Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Tuesday 24 January 2012

UCAPAN MB TERENGGANU SEMASA PENYAMPAIAN GERAN HAKMILIK TANAH KAWASAN KEMAMAN

 

22 Jan 2012 Ahad – Bertempat di Dewan Belian Majlis Pembandaran Kemaman (MPK). Seramai 640 orang menerima geran tanah. Dun Kemasik (Mukim Kemasik) seramai 23 orang, Mukim Kerteh 97 orang, Mukim kerteh (RTB) 163 orang. Dun Kijal (Mukim Hulu Cukai) 11 orang, Mukim Teluk Kalong 19 orang. Mukim Kijal 30 orang. Dun Cukai (Mukim Banggol) 124 orang. Mukim Cukai 47 orang, Dun Air Putih (Mukim Binjai) 21 orang, Mukim Pasir Semut 12 orang, Mukim Bandi 8 orang,Mukim Hulu Jabur 10 orang, Mukim Tebak 36 orang dan penerima LMS RTB pertanian Bukit Kerdas 39 orang.

Dalam ucapan MB, 1 jam pada majlis itu. MB memperkatakan kerajaan negeri sudah ketiadaan tanah lagi. Sekiranya ada, akan dibahagikan kepada rakyat. Setiap keluarga akan diberikan 1 lot tapak rumah atau 1 bidang tanah untuk pertanian. Rakyat dikenakan bayaran RM2k sehingga 15k untuk 1 lot mengikut harga tanah. Jika mengikut harga pasaran terkini RM2k bersamaan RM20k begitulah seterusnya.

Bagi penerima bukan bumiputera Dun Cukai (Mukim Banggol) 13 orang penerima bangsa cina, Mukim Cukai 1 orang, Dun Air Putih (Mukim Pasir Semut) 1 orang dan Mukim Hulu Jabur  seramai 1 orang bangsa cina dan 4 orang bangsa india.

Apa yang dikesalkan ialah perkataan MB yang mengatakan PAS parti ajaran sesat. Walaupun suaranya semasa melafazkan perkataan itu agak pelahan tetapi dapat didengar  dengan jelas oleh orang ramai. Selepas itu berderet-deret perkataan MB perkatakan PAS bodoh, penipu, berlagak, kedekut, selalu berangan-angan mat jenin dan selalu cakap tidak serupa bikin. Kata nista ini sudah sebati dengan jiwa MB.

Antara yang sempat penulis catatkan secara ringkas semasa MB berucap ialah kejahilan PAS dalam isu tanah. Katanya, PAS tidak tahu pasal borang jadual 1 dan tidak faham cara pembahagian tanah. Sebab itulah semasa pembahagian tanah dizaman PAS berlaku bermacam-macam kerenah yang diterajui oleh JSR. Ketelusan hanya pihak kroni sahaja. MB menunjuk contoh tanah di Paya Mengkuang Kijal yang senang-senang PAS agihkan kepada kroni. Sedangkan tanah itu sudah diterokai olehnya sejak zaman Tan Seri Wan Mukhtar menjadi MB lagi. Cara pengukuran yang dikendalikan oleh pihak swasta yang meletakkan nilai yang mahal. Tanah belum ada lagi, tetapi lot tanah sudah ada penama.

Zaman PAS tadika Kemas di tutup, tetapi zaman saya dibuka. Walaupun tiada kelulusan daripada pihak majlis daerah. Tetapi untuk anak-anak belajar kita teruskan juga, walaupun kita tidak mempunyai surat kebenaran. Jika PAS benar-benar hebat, laksanakan, buatkan sekolah rendah, menengah dan university. PAS hanya layak buat PASTI sahaja.

Dalam ceramah PAS di Seri Bandi dan Dusun Nyiur, PAS mengatakan saya zalim kerana saya berkata RM500 lebih baik beri ke Harimau daripada beri kepada ahli PAS. Belanja di Zoo untuk harimau RM400. Sebab ahli PAS tidak pandai ucap terima kasih. Pelancong datang daripada Kuantan untuk ke Zoo dan singgah di Cukai, kedai orang PAS juga yang pelancong singgah. Makan otok-otok, satar dan kerepok, Siapa yang untung? Begitu juga saya beli angsa RM4k seekor daripada Belanda. Bayangkan jika awak mahu ke Belanda mahu tengok angsa berapa kosnya. Sekarang saya letak angsa belanda di Kenyir, awak tidak perlu lagi ke Belanda. Jimat kos.

Mengenai Jambatan Bukit Kuang pada asalnya 2 lorang, saya tidak setuju. Saya mahu 4 lorong dan tinggi 15 meter. PAS kata saya baham projek untuk beri kepada kroni. PAS tidak tahu ada 3 lagi kilang besi di Teluk Kalong. Sebab itu jambatan perlu tinggi untuk tokang dan studboat lalu untuk keluar barangan daripada kilang besi nanti. Dan saya akan mendalamkan sungai dan membuat sungai yang baru sehingga ke kilang berkenaan. Kepadatan pembinaan kilang menguntungkan orang PAS jugak yang menjual disekitar tepi jalan di Bukit Kuang.

Dalam manifesto PAS, mahu beri air percuma 20 meter padu kepada rakyat. Kemaman akan mengalami masalah air jika perkara ini terjadi. Sungai Pinang pernah kering dan kerajaan terpaksa membeli air dengan Petronas. Kilang Besi yang baru akan membelanja RM1 juta sebulan penggunaan air dan Kilang Perwaja RM400k sebulan. Dan terkini kerajaan negeri Kelantan ingin memohon air daripada negeri Terengganu untuk di salurkan ke Pasir Puteh. Permohonan negeri Terengganu daripada kerajaaan pusat untuk dana projek saluran bekalan air supaya sentiasa terkawal dan mencukupi.

Semasa PAS memerintah Terengganu, banjir di Pasir Minal, Ketua Wanita Kemaman Senator Puan Rohani sendiri yang menjujuk beras untuk disampaikan kepada mangsa dengan mengharungi air paras pinggang. Mangsa lemas dan banjir serta kematian di Pengkalan Padan, dimana PAS? Apabila penduduk memohon sumbangan untuk membeli biskut kerana berjaga malam mencari mangsa lemas, YB PAS berkata tertinggal beg duit. Ustaz kedekut. Hadirin gelak ketawa.

Penghapusan tol di jambatan Sultan Mahmud, walaupun sudah tiada lagi hutang tetapi satu tindakan yang tidak bijak.  Kutipan cukai tanah bagi daerah Kemaman adalah yang paling tertinggi iaitu 91.9% dan pada ketika ini juga orang yang hadir bertepuk tangan. Disini penulis terkeliru dengan suasana apabila dikatakan kutipan cukai kepada rakyat, rakyat bangga?

Dengan penuh makian, kutukan kepada PAS dan harapan untuk BN menang dalam PRU13, MB terus mengajak rakyat supaya terus menyokong BN. Walaupun MB sedar dalam dewan ini respon untuk menyokong BN adalah kecil. Tetapi itulah kata-kata MB yang merancakkan pembangunan dan merakyatkannya.

Tetapi dari segi moral dan keselamatan agama tidak ada langsung untuk MB tegaskan. MB hanya memberi sesuatu dalam kehidupan dunia semata-mata. Inilah janji seseorang yang berkuasa. Rezeki dan kesenangan hidup hanya BN yang menentukan hala tuju rakyat. Apakah para ustaz yang berada di dewan ini sedar atau tidak dengan kata-kata MB? Walaupun majlis ini adalah untuk kempen PRU13, tetapi biarlah bersandarkan kekuasa Allah.

Bagi penulis, dunia perlu dan akhirat pun perlu. Oleh itu penekanan kepada aqidah amatlah perlu. Supaya kita tidak tersasar jauh dan syirik tanpa disedari kerana jahilnya kita tentang landasan ilmu tauhid. Berpolitik biarlah ada halal dan haramnya. Jangan kita anggap diri kita Melayu maka Islamlah kita. Penulis yang turut diperli oleh JKKK “tidak boleh bergantung dengan janggut dah” itulah kata-katanya. Penulis tersenyum. Walaupun dahulunya penulis sangat rapat dengan JKKK ini, tetapi sekarang I am sorry. Walaupun JKKK ini persoal kenapa penulis berada disini. Oleh itu janganlah politik dan agama dipisahkan. Dan apabila dipisahkan jadilah seperti orang tidak beragama.

Dan kepada yang ingin mengetahui atau merasai suasana MB Terengganu bercakap, silalah hadir mana-mana program MB kerana ucapan MB adalah skrip hafalan yang sama sahaja walaupun berlainan tempat dan tujuan. Anda fikirlah sendiri dengan otak yang waras berserta ilmu.

Selamat menghadiri majlis bersama MB Terengganu.


No comments:

Post a Comment