Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Monday 16 January 2012

Berpesan-pesan tentang kebenaran

Gambar hiasan sahaja.


Atas tajuk ini ingin saya perkatakan tentang penggunaan kenderaan PAS milik Kawasan. Apa yang perlu difokuskan ialah cara penggunaan kenderaan itu. Adakah kerana Parti atau boleh disewa oleh sesiapa pun?
Perkara ini ingin saya pertengahkan lagi. Contoh kru blogger jejaki ialah apabila satu kenderaan milik PAS Kawasan yang parking di ICT. Apabila diterjah lagi, pemilik yang membawa kenderaan berkenaan berseronok. Dengan cara pemakaian kenderaan milik parti tetapi berlagak macam kenderaan sendiri akan meyusahkan YDP Kawasan menjawabnya.
Berhati-hatilah wahai teman seperjuangan dalam membuat sesuatu perkara. Fikir dahulu sebelum terlambat. Oleh itu semasa pemakaian harta parti jagalah harta itu seperti manjaga amanah yang paling berat untuk dipikul. Jangan rosakkan aqidah kita kerana nafsu. Jangan rosakkan amanah orang kerana nafsu.
Anda bayangkan jika kenderaan milik parti parking di tempat yang tidak senonoh. Blogger UMNO akan main cerita siang dan malam. Pernah dahulu Tuan Guru Presiden berkata, jangan buat perkara yang menyusahkan parti dan merugikan masa parti untuk menjawapan tuduhan liar.
Sekarang sudah banyak masa parti yang dirugikan oleh puak-puak yang munafik dalam parti. Bayangkan masa untuk peminpin tertinggi fikirkan kearah kecermelangan parti, tiba-tiba timbul puak munafik yang berkelahi sesama sendiri.
Saya berpesan perkara ini untuk diri saya sendiri dan untuk anda semua, kerana saya sayang rakan-rakan seperjuangan. Perkara ini bukan untuk aidkan orang atau mana-mana PAS Kawasan. Tetapi sekadar peringatan yang telus ikhlas. Terima kasih kerana anda sudi membacanya.

No comments:

Post a Comment