Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Sunday 31 July 2011

SAMBUTAN JUBLI PERAK DI DUN KEMASIK 28hb - 30hb. JULAI 2011









HENTIKAN KEZALIMAN UMNO

Kemasik, 30hb. Julai : YB Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah menyeru seluruh masyarakat menghentikan perbuatan zalim dan khianat pemimpin UMNO/BN dengan menolak mereka pada PRU Ke-13 nanti.
'Seorang pelajar Melayu dan Islam yang bakal menduduki peperiksaan akhir lagi dua minggu telah dipecat dari sebuah universiti di Mesir kerana terlibat dengan demonstrasi BERSIH 2.0 di sana pada 9hb. Julai lepas', jelas YB Ustaz Mohd Nor.
Beliau terus bertanya, 'apakah kesalahan tersebut terlalu berat dan UMNO/BN telah menggelapkan masa depan kaum keluarga pelajar tersebut demi kepuasan hawa nafsu sesetengah pemimpin UMNO sahaja', jelasnya lagi.
(Gambar - YB Ustaz Mohd Nor Hamzah sedang menyampaikan Sijil Penghargaan kepada salah seorang penerima di Sambutan Jubli Perak PASTI DUN Kemasik, pagi tadi)
Kerajaan UMNO/BN menganggap hasil negara adalah milik mereka justeru itu tidak hairanlah isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor membelanjakan sebanyak RM 24 Juta untuk sebentuk cincin sahaja sedangkan dalam masa yang sama rakyat terus terbeban dan tersempit dengan kenaikan harga barang keperluan seharian.
Beliau juga mempersoalkan ugutan pemimpin UMNO/BN kepada pelajar di Mesir yang terlibat dengan BERSIH 2.0 untuk menarik balik pemberian bantuan zakat kepada pelajar tersebut'
'Perlu saya tegaskan disini duit zakat ini bukan duit emak/bapak pemimpin UMNO/BN, mereka UMNO/BN hanya menguruskan sahaja selaku pemerintah', tegasnya lagi.
Justeru itu, YB ADUN Bukit Payong menyeru seluruh masyarakat untuk menggantikan UMNO/BN kepada Pakatan Rakyat dan PAS yang bersedia untuk mengurus segala harta negara secara berhemah, amanah dan jujur.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan sambutan Jubli Perak PASTI DUN Kemasik di PASTI Al Husna, Kg. Semayor, Kemasik pagi tadi.
Turut bersama ialah Ustaz Alias Abdul Hamid (Setiausaha PAS Kemaman), Ustaz Hishamuddin Abdul Karim (Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman), Ustaz Ramlan Mahmud (Setiausaha DPPKK), Haji Zukiman Jusoh (AJK DPPKK) dan Abdul Rolit Mohd Yusof (AJK Jabatan PASTI Kawasan Kemaman).
'Anak - anak kita berumur 4,5 dan 6 tahun adalah bersih dan suci sesuci kain putih dan wajiblah ibubapa/penjaga memberi pendidikan ilmu, iman dan takwa sebagai bekalan mereka dan jika tidak mampu ibubapa/penjaga boleh menghantar anak/jagaan mereka ke institusi pra-persekolahan yang berkonsep Islam seperti Pusat Asuhan Tunas - Tunas Islam (PASTI) ini', jelas Ustaz Mohd Nor lagi.
Seterusnya beiau berkata, 'rakyat akan berdepan dengan pemimpin kerajaan yang bercakap perkara yang tidak dibuat dan melakukan perkara yang tidak dicakapkan seperti Hukum Islam dan sebagainya', ujarnya lagi.












ORANG MELAYU DI KAMPUNG YANG TIADA MAKLUMAT ADALAH PENYOKONG UMNO TEGAR

kemasik, 29hb. Julai : UMNO/BN akan terus malah memperhebatkan pembohongan di media massa miliknya demi mengekalkan sokongan rakyat menjelang PRU Ke-13 ini.
Sasaran utamanya ialah golongan Melayu di luar bandar dan kampung pendalaman yang tidak mendapat maklumat altenatif selain media massa milik UMNO/BN seperti RTM 1, RTM2, TV3, Utusan Melayu dan Berita Harian.
 
Timbalan Presiden PAS, Haji Mohd Sabu berkata demikian di majlis Sambutan Jubli Perak PAS DUN Kemasik di PASTI Al Husna, Kg. Semayor, Kemasik, Kemaman, semalam.
(Gambar - Haji Mohd Sabu, Timbalan Presiden PAS sedang menyampaikan ceramahnya sambil duduk di atas kerusi)
'Kajian dari Merdeka Center merumuskan UMNO/BN telah hilang sokongan dan kepercayaan di kalangan rakyat bandar dan separa bandar dan statistik ini semakin menarik selepas peristiwa BERSIH 2.0 yang diadakan pada 9hb. Julai lepas', jelas Timbalan Presiden PAS tersebut.
'Kita perlu berhati - hati dengan taktik lapuk UMNO/BN yang akan memainkan isu perkauman menjelang PRU Ke-13 ini bagi mengekalkan sokongan orang Melayu yang berada di kampung dan luar bandar', ujarnya lagi.
Turut bersama menyampaikan ceramah ialah Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat) dan Haji Ismail Harun (Yang DiPertua PAS Kemaman).
Turut hadir ialah isteri Haji Mohd Sabu, Puan Normah Alwi, Timbalan Yang DiPertua PAS Kemaman, Ustaz Nik Mohd Nasri Nik Malek, Ustaz Hj Hazri Jusoh (Naib YDP) dan Ustaz Alias Abdul Hamid (Setiausaha PAS Kemaman).
Haji Mohd Sabu yang bertongkat masih tidak sihat sepenuhnya akibat kecederaan di lutut yang dialaminya semasa peristiwa BERSIH 2.0 pada 9hb. Julai lepas.
Pada majlis tersebut Timbalan Presiden PAS juga menerima borang keahlian Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Cawangan Air Jernih yang turut dihadiri oleh Dr BalaChandran, Pengerusi DHPP Negeri Terengganu.
Seramai 65 orang terdiri dari kaum Tionghua di Kg. Ayer Jernih yang diketuai oleh Saudara Lee Keng Boon, 24 tahun telah menyerahkan borang keahlian kepada Haji Mohd Sabu.
Seterusnya beliau menyeru masyarakat menumbangkan UMNO/BN dalam PRU akan datang jika inginkan kehidupan yang lebih selesa dan bermakna.
Pelbagai penyelewengan dan teka teki seperti pembelian cincin isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor berharga RM 24 Juta dari manakah sumbernya dan pesta kenaikan harga barang asas yang berlaku akibat kegagalan UMNO/BN mengawal paras kenaikan harga tersebut.








PROJEK SELEPAS SOLAT TARAWIH. TERPAKSA DILAKUKAN JUGA KATA TUKANG