Kerja-kerja seperti ini (amal) amat susah untuk mencari tenaga kerja yang ramai. Sebab itulah perlu hati yang ikhlas dalam pekerjaan. Bila hati sudah terbuka dengan kerja-kerja ikhlas seperti ini, gerakerja akan menjadi seronok. tidak sabar untuk datang lagi menyambungnya. Itulah kelebihan bila hati senang bercampur gembira.
Dalam kerja-kerja amal tiada paksaan dan suruhan. Apa yang anda tahu, buatlah dan bantulah sekadar yang termampu. Anda rasa mahu datang melihatnya sahaja pun kita tidak melarang dan lebih menyukainya. Boleh teman berborak dengan rakan-rakan yang ada. Manalah tahu esok lusa, anda datang dengan semangat waja untuk membantu pula, hari ini datang cuma mahu melihat skil yang ada pada rakan-rakan. Kelebihan anda datang ketempat seperti ini adalah perolehan ilmu secara tidak tersurat. Tiba-tiba anda akan pandai pasang mozek sendiri atau membuat kerja-kerja pertukangan.
Alhamdulillah ilmu yang Allah SWT berikan kepada kita melalui cara itu. Sekurang-kurangnya anda tidak lagi tertipu oleh tukang-tukang yang asyik merapu apabila anda memerlukannya. Coretan ini sekadar pengalaman daripada seorang yang duduk dalam pejabat dan datang ke surau tetapi boleh membuat rumah sendiri sehingga siap. Tidak pernah memsuki kelas khas pertukangan dan tidak pernah membuat kerja-kerja pertukangan kecuali kerja-kerja amal di surau atau seumpamanya. Alhamdulillah Allah berikan kesenangan dalam kerja kerja kita lakukan. Tipsnya jangan kita tinggalkan solat berjemaah dan diwaktu azan dilaungkan berhenti dalam membuat sebarang aktiviti sehingga habis kedengaran azan. Cuba anda lakukannya sekarang, mudah-mudahan anda sudah tergolong dalam kumpulan yang pandai membuat kerja. Tidak cuba, tidak tahu. sudah cuba baru tahu.
Setelah kita lancarkan perlunya dana RM8 ribu untuk projek ini, Alhamdulillah sambutan menggalakan daripada hamba Allah. Walaupun masih tidak mencukupi pada target awalnya. Dan SKJ masih membuka lagi ruang kepada penyumbang dan penderma yang masih bermurah hati untuk membuat kerja-kerja amal melalui bentuk kewangan.
No comments:
Post a Comment