Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Tuesday 31 July 2012

Penghinaan kepada Nabi Musa A.S. di Olimpik 2012?

Gambar di atas: Dikatakan bahawa Nabi Musa dihanyutkan oleh ibunya di Sungai Nil kerana bimbang akan tentera Firaun yang akan membunuh mana-mana bayi lelaki yang lahir pada masa itu. 

Lihat gambar bayi itu, yang sedang tidur dan dibawa secara perlahan-lahan, menggambarkan bahawa bayi tersebut adalah Nabi Musa A.S yang sedang dihanyutkan diatas Sungai Nil ketika waktu malam.
Selepas itu dalam gambar ini muncul pula patung seolah-olah ahli sihir yang memegang tongkat. Kita pernah dengar cerita-cerita mengenai Nabi dan Rasul kita termasuklah Nabi Musa kan. Nabi Musa A.S mempunyai tongkat yang mempunyai kuasa dan itu adalah mukjizat yang diberikan Allah SWT kepada beliau. Nabi Musa A.S menggunakan tongkat itu untuk membelah laut setelah mendapat petunjuk dari Allah SWT bagi menyelamatkan kaumnya Bani Israel untuk melarikan diri dari dikejar Firaun Laknatullah. Dan dengan kuasa Allah SWT laut itu terbelah dua dan ketika Firaun melintasinya, laut itu kembali seperti sedia kala dan menenggelamkan Firaun dan pengikutnya.

Gambar ini adalah satu penghinaan kepada Islam umumnya. Mereka menggambarkan Nabi Musa A.S sebagai ahli sihir tersebut. Dikatakan ketinggian Nabi Musa adalah 40 hasta.

1 HASTA = 45.72 CM
40 HASTA = 1828.8 CM
1828.8 CM = 18.2 M

Bukankah ketinggian ahli sihir itu lebih kurang 18 meter ??? Wallahu’alam.. 

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mengagumi acara itu kerana percayalah banyak lagi bukti-bukti upacara penyembahan syaitan dan penghinaan kepada Islam berlaku pada acara itu. Cuma kita menyedarinya ataupun tidak sahaja.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui,
Sama ada baik ataupun yang buruk.
Jadi banyak-banyakkan lah meminta ampun kepadaNya.
InsyaAllah, Dimakbulkan doa kita semua..
Amin, Assalamu’alaikum. 


Sunday 29 July 2012

Kisah dari Penjara Sungai Buluh - Adakah ini satu Fakta?

 

Sebuah kisah benar. 

Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh.
Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pada banduan-baduan di sana...Pengarah Penjara telah berjumpa dengan beliau dan menceritakan pada beliau tentang seorang banduan yang bernama AMIN.... iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yang didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yang Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.Apa yg menarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. Pendek kata banduan yang tiada bermasalah. Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pada pakaiannya.Mengikut ceritanya lagi, pada malam sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat. Pada malam sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah-olah tiada apa-apa akan berlaku pada pagi esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pagi esok.Bayangkan kalau orang nak kena gantung pagi esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya. Bila tepat jam 4.00 pagi, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal,solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur. Ketika Amin sedang sujud pada masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba masa hendak digantung, tiba-tiba Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dengan kain hitam dan hukuman pun dijalankan. Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti enggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pada kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar seperti kebiasaan mereka yang digantung. Tangan seperti orang dalam solat di jari telunjuk seperti membaca tahiyat akhir. SubhanaAllah. ......... mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung... ...Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba-hambanya yang soleh dan sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kepada kita semua.Inilah kisah yang diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari syurga serta membawa wewangian dari syurga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi. Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sangat banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keredhaanNya.”Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya titisan air dari bibir tempat air.

Admin: Sekiranya ia berita yang betul Alhamdulillah. Tetapi sekiranya salah tolong beri pendapat

WALLAHU A'LAM 

Gadis cina berpuasa?

 

SENSASI DI YOUTUBE: Gadis cina hot BUKAN ISLAM memberi hujah-hujahnya mengapa beliau berpuasa di bulan Ramadhan! KEBANGKITAN PENDAKWAH BUKAN ISLAM!

J SZE adalah ikon baru dalam dunia dakwah. Apa yang unik ialah beliau bukan Islam tetapi merupakan salah seorang anggota team Najasyi / Abu Talib yang giat belajar tentang logik Islam dan juga bahasa Arab. Beliau mengambil ijazah dalam child psychology.

J SZE telah menakjubkan ramai di pentas KONVENSYEN FIQH UMMAH baru2 ini di Johor bila beliau menjelaskan hujah demi hujah mengapa aqidah Islam lebih rasional dari agama-agama lain. Ini adalah video pertama J SZE dalam usahanya untuk menghilangkan prejudis masyarakat bukan Islam terhadap Islam. Beliau amat menentang Islamofobia. -Xifu Naser

Saturday 28 July 2012

Anak Yatim mohon sumbangan untuk sambung belajar di Jordan

Ini gambar Ibu saya

SITI NUR RADHIAH BINTI ALIAS
325 RUMAH KOS RENDAH GELIGA
24000 KEMAMAN
TERENGGANU
Tel: 013-937 5788 (Ibu – Kak Noraisah)
No. Akaun MayBank: 1630 2880 4258

8 JULAI 2012

Kepada:

SESIAPA YANG SUDI

Tuan,
Per: MEMOHON SUMBANGAN DERMA BAGI MELANJUTKAN PELAJARAN KE LUAR NEGARA – JORDAN

Merujuk perkara di atas sukacita dimaklumkan bahawa saya SITI NUR RADHIAH BINTI ALIAS akan melanjutkan pelajaran ke UNIVERSITI MU’TAH, JORDAN. InsyaAllah saya akan berangkat pada 8 September 2012 ini bersamaan 20 Syawal 1433 hijrah.

Oleh kerana keluarga saya bukanlah dari kalangan yang berkemampuan dan saya tidak mendapat mana-mana tajaan setakat ini. Maka saya amatlah mengharapkan jasa baik pihak tuan bagi menghulurkan sedikit sumbangan bagi melancarkan proses pembelanjaran saya di sana dan juga sekiranya ada yang sudi menghulur komputer riba terpakai secara percuma. Ataupun membeli tunai komputer riba untuk saya, InsyaAllah saya akan membayarnya secara beransur-ansur setiap bulan kepada tuan.

Sekian dimaklumkan, semoga mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya dari pihak yang bersimpati. Sumbangan dari tuan, saya dahulukan ucapan jutaan terima kasih.

Yang Memohon,
SITI NUR RADHIAH
NO. K/P: 930909-06-5406
Ehsan Blog suraukgjaya.blogspot.com (pemudahcara IT)

s/k:
Surau Kampung Jaya (SKJ) – mohon kutipan kuliah
PAS Kawasan Kemaman – mohon sumbangan ehsan
Pekerja Perwaja Steel Kemaman – mohon kutipan
Blog DakwahKemaman.blogspot.com (Masjid Al Solihin Permai Jaya) – mohon sebaran

BIODATA:
1.       Anak sulung
2.       Anak Yatim kematian ayah
3.       Lepasan pelajar Darul Quran Rusila
4.       Tinggal bersama Ibu, Bapa Saudara 3 orang anak (17th lelaki, 15th lelaki OKU dan 12th perempuan) Datuk dan Nenek dalam satu rumah
5.       Ibu bekerja kerani di syarikat swasta
6.       Bilangan adik beradik enam orang (18th perempuan metrik di Arau baru masuk 28 Mei 2012, 16th perempuan Sekolah Agama Al Falah Kemaman, 15th lelaki Pondok di Batu Buruk Terengganu, 13th lelaki Maahad Tahfiz Tok Jiring dan 10th lelaki Sekolah Rendah Kampung Tengah Kemaman)  
7.       Datuk dan Nenek tidak bekerja
8.       Bapa Saudara bekerja di syarikat swasta - teknikal

Tolong panjang dan sebarkan kepada mana-mana yang bersimpati dengan saya. Semoga Allah memberkati rezeki tuan. InsyaAllah. JazakaAllah. Terima kasih semua.
30 Julai 2012 Isnin - Penyerahan wang kutipan di SKJ yang diwakili oleh TSU Encik Rahim kepada Ibu adik Siti Nur sebanyak RM800.00. Alhamdulillah. Terima kasih kepada penyumbang. JazakaAllah. Majlis penyerahan berlangsung di tempat kerja Ibunya. 

Friday 27 July 2012

Ustaz Azhar Idrus yang ku kenali dahulu

Penampilan era 80an. Jejaka yang kacak sentiasa menjadi siulan anak gadis remaja yang meminatinya dalam bidang sukan dan muzik. Kereta Datsun model "kuih Bauhulu" menjadi saksi perubahan diri Ustaz setiap hari. Dan kereta inilah yang menjadi kuda tunggangan sewaktu mula-mula datang ke Kemaman untuk kuliah maghrib di Surau Jabor.

Semasa kuliah berkenaan, Ustaz masih sempat bergurau dengan ahli jemaah supaya hadiahkanya satu kereta yang baru bagi memudahkan perjalanannya untuk berkuliah.  Bermula dari detik itulah, ustaz menunjukan satu perubahan yang ketara untuk memujuk remaja dan pemuda untuk sama-sama bangkit sayangkan Islam. Pada awalnya golongan pertengahan dan warga emas kurang meminatinya kerana bahasa yang digunakan agak kasar dan keras. Tetapi sekarang ini Alhamdulillah... tuhan memberi yang terbaik untuknya meneruskan perjuangan dalam merakyatkan rakyat negara ini agar bangun bersama Islam secara keseluruhannya.

Pada dahulunya, penulis SKJ terpaksa membeli CD-CD ustaz untuk memperdengarkan kepada rakan-rakan sepejabat supaya dengar dan fahami isi kandungan kuliah yang disampaikan. Dan jangan cepat melatah apa yang ustaz sampaikan sekiranya kita tidak jelas tentang hukum.

Ketika dahulu kuliah ustaz hanya di Ladang, Gelong Bilal dan Pinang Merah Paka dan berapa buah lagi yang surau yang berdekatan mengambilnya untuk mengajar selepas solat maghrib. Tetapi sambutannya di kawasan kuala Terengganu agak suram. Semasa kehadiranya ke Masjid Pinang Merahlah, bangkitnya remaja yang semakin minat untuk mengikuti kuliahnya. Setelah ustaz datang ke Daerah Kemamanlah satu kejutan yang besar apabila sambutannya boleh dikatakan yang teramai ketika itu. Alhamdulillah.

Dan nama Tok Batin pun tersebar memluas di Daerah Kemaman kerana dialah yang membawa ustaz ke sana dan kemari. Siapa Tok Batin? Tok Batin sekarang sudah bertukar tempat kerja dari Kemaman ke Melaka dan .....? Tetapi Tok Batin masih lagi penggerak utama dalam kuliah ustaz di Daerah Kemaman. Tok Batin adalah AJK SKJ Lujnah Penerangan. Terima kasih Tok Batin kerana jasa mu membawa ulama ke Bumi Kemaman yang sekarang ini SKJ menjadi tumpuan orangramai. 

Dengan perkembangan terkini ustaz yang semakin sibuk dengan jadual kuliah dan berbagai-bagai program teratur. Maka peluang bagi surau dan masjid yang dahulunya ustaz boleh singgah setiap mingguan tetapi sekarang ini bertukar bulanan. Di atas permintaan peminat seluruh tempat di semenanjung yang mahukan ustaz hadir secara bulanan ditempat mereka. Terpaksalah banyak perubahan yang dilalui.


Oleh itu penghijrahan yang beliau pilih. Kini sudah menjadikan beliau seorang ulama' tersohor di Malaysia. Mana taknya, setiap kuliah yang ustaz adakan, penuh sesak satu masjid. Itulah aura orang yang bernama Ustaz Azhar Idrus. Pendekatan yang beliau gunakan iaitu mendekati golongan muda melalui aktiviti-aktiviti beliau dilaman-laman sosial seperti di facebook dan ustazazhar.net banyak membantu golongan muda dalam memahami dan memantapkan pengetahuan terutamanya dalam hukum fiqh.

Siapa pun kita pada hari ini, tak menjamin siapa kita pada hari esok. Kalau dulu mungkin Ustaz Azhar sendiri pun tak menyangka beliau akan jadi seperti siapa beliau pada hari ini, kita juga begitu. Jika sekarang kita berada jauh dari Islam, maka berhijrahlah dengan hati yang ikhlas. Islam is the way of our life. Jadikan Islam cara hidup kita! Berubahlah jangan ditangguh lagi.

Suasana berbuka di Kuantan Pahang

 Masjid yang tersergam indah menanti kehadiran ahli jemaah yang betul-betul berimam serta taat dalam suruhanNya.
Betapa ramainya lautan manusia yang berpuasa seperti berpesta di padang MPK Taman Kerang yang berhampiran dengan Masjid. Tetapi adakah seramai ini yang akan memasuki masjid untuk menunaikan solat maghrib nanti? Ada yang berkeluarga, bersama teman sekolah, sepejabat dan berbagai lagi telatah serta gelagat manusia yang cuma mereka-mereka ini pamerkan kepada masyarakat realiti hidup di bandar yang bebas dan bersukaria. Tetapi adakah mereka-mereka ini betul-betul berpuasa? Sedangkan solat tidak diendahkannya? Betapa ramainya pasangan bujang yang berkepit seperti orang berkeluarga disini yang jelas menolak hukum Allah S.W.T tentang haramnya pembuatan mereka ini.
Waktu solat maghrib. Dimana mereka-mereka ini bersembunyi? Tidakkah mereka ramai sebentar tadi?


Bantahan kekejaman keatas rakyat Rohingya



 
26 Julai 2012 selepas solat Jumaat. Himpunan aman yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman Terengganu berlangsung di Masjid Pasil Minal dengan kerjasama NGO-NGO Islam yang lain.

Himpunan tersebut di ketuai oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Terengganu Ustaz Sheikh Hanafi Abdul Aziz dan pengerusi program demo Ustaz Ramlan. Turut serta YDP Kemaman Tuan Haji Ismail Harun dan Ustaz Nik Nasri Nik Malik yang membaca doa. Ustaz Nik yang membaca doa dalam keadaan sebak dituruti oleh ahli demo yang menitis air mata kerana kesedihan umat Islam yang semakin hari semakin yang ditindas oleh kaum kafir laknatuAllah.

Dalam keadaan cuaca diluar masjid yang panas terik matahari, ahli demo tetap teguh berdiri demi sebangsa agama yang dizalimi untuk menunjukkan kepada masyarakat IT yang kami ini masih mengingati sebangsa agama di Rohingya. Kami menadah tangan memohon kepada Allah untuk memberi pelindungan yang sebaiknya kepada sebangsa agama kami disana. Dan kami serahkan kepada Allah untuk menhukum mereka yang zalim kepada rakyat Rohingya serta dimana sahaja umat sebangsa agama kami yang dizalimi oleh kaum kafir laknatuAllah.
Admin: Tetapi apabila kita membaca petikan ini yang dilaporkan. Amat berdukacitalah kerana kejatuhan Pas Negeri Terengganu pada 2004 adalah sumbangan kumpulan ini. Hasil titik peluhnya di hantar ke kampung halaman untuk makan anak bini disana. Jika ini betul, satu bala yang sangat dahsyat Allah turunkan kepada mereka. SubahanaAllah. Nauzubillah.

Wednesday 25 July 2012

Tiba-tiba 'pelacur' berkeliaran dalam kawasan masjid

26 Jul 2012 

 
Gempar: Orang Ramai Terkejut, Pelacur Tiba-Tiba Boleh Berkeliaran Dalam Kawasan Masjid Negeri ! 
KUANTAN, 25 Julai - Orang ramai yang mahu menunaikan solat Tarawikh di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I dekat sini malam tadi gempar dengan kelibat seorang wanita seksi dan mengiurkan yang cuba mengganggu jemaah yang mahu masuk ke masjid berkenaan. Tidak diketahui dari mana wanita terbabit, namun apa yang berlaku ini sungguh memalukan. Sebelum ini masjid negeri digemparkan dengan kelibat "babi hutan" yang masuk ke kawasan terbabit, terbaru menjelang Sukan Malaysia (SUKMA XV) Pahang baru-baru ini. Namun, kejadian yang berlaku malam tadi sungguh memalukan dan tidak wajar sebenarnya. Seorang mangsa yang menghubungi kami semalam berkata, beliau terkejut dan tergaman apabila seorang wanita seksi dengan pakaian yang mengiurkan menegur beliau di kawasan masjid berkenaan. "Saya datang dari luar Kuantan kerana mempunyai tugasan di sini. Saya sudah solat jamak Isyak semasa dalam perjalanan dan kemudian menginap di hotel Shahzan Inn yang berdekatan dengan masjid berkenaan. Sekitar lebih kurang jam 9.o0 malam saya telah bergegas ke masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawikh. Saya tergamam dan terkejut apabila didatangi wanita (berbangsa Cina) itu dan kemudian dia menegur saya ....
Asslammualaikum Ustaz, Do you want have some fun !!... (Adakah anda mahu berseronok) katanya. Saya mengucap panjang sebelum bergegas masuk ke dalam masjid", kata saksi terbabit. Apa yang berlaku ini kemungkinan tidak disedari oleh Ahli Jawatankuasa Masjid sebenarnya. Namun, pihak pengawal yang ditugaskan menjaga keselamatan di masjid berkenaan seharusnya memantau pergerakan orang ramai yang lalu lalang di situ. Tambahan pula kejadian berlaku di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. 
 
Keselamatan di Masjid Negeri pada sebelah malam kini diragui sebenarnya 
[Persoalannya yang timbul, siapakah wanita terbabit dan kenapa dia bebas menganggu jemaah masjid?. Malah, perkataan yang diluahkan itu saling tak tumpah sama seperti perkataan yang diucapkan oleh "pelacur" sebenarnya. Jika benar dia pelacur, kenapa di boleh terlepas?. Apakah ia ada kaitan dengan pendedahan awal PDO bahawa penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada bulan Ramadhan ini agak longgar dari hari biasa sebelum ini. Amat malang sekali bila adengan ini berlaku kepada orang luar yang berkunjung ke masjid terbabit. Ada maklumat mengatakan wanita itu "tidak betul" atau "gila". Tapi yang menghairankan, kenapa wanita berbangsa Cina itu boleh memberi salam sedemikian rupa?. Inilah yang memusykilkan sekarang, Justertu, pihak berkuasa dan masjid sendiri diminta memantau perkara ini dan mengambil tindakan segera demi imej agama Islam. Kita tidak mahu orang ramai menuduh pelacur pun boleh berkeliaran dan cari makan di dalam kawasan masjid di negeri Pahang ini

WARGAKILANG: Bantuan Ramadhan di Kemaman Terengganu

 Oleh MonierMatDin

Baru-baru ini saya ada terdengar tazkirah seorang Ustaz yang memetik kata-kata Orang Alim, katanya: Kalau Allah SWT hendak memberi kebaikan kepada seseorang itu, tambah-tambah pula di bulan ramadhan ini, maka Allah SWT akan jadikan orang itu sibuk dengan urusan/kerjabuat untuk memberi kebaikan kepada orang lain. Maksudnya, sibuk dengan kerja-kerja amal dan kebajikan.
Sebab itu, bila ada seorang sahabat dari Terengganu hantar email ajak Jalan-Jalan Masuk Kg bagi sumbangan kepada orang-orang miskin di sana; walau pun ambik masa 7 jam perjalanan dari Kedah ke Tganu, tapi sebab dok ingatkan tazkirah Ustaz tadi, saya gagahkan juga diri untuk turun ke Kemaman, Terangganu hari Sabtu 28 Julai ini. Mudah-mudahan ada kebaikannya menanti di sana.

Sebut pasal Kemaman, kalau kita google Internet bab Isu Kemiskinan di Malaysia, Daerah Kemaman sama naiknya dengan Baling, daerah kelahiran saya di Kedah sana. Kedua-dua daerah ini termasuk dalam kawasan kajian awal kemiskinan di Malaysia oleh Prof Diraja Ungku Aziz di sekitar tahun 60an dulu.

Secara kebetulan orang rumah saya orang Kemaman, lahir dan dibesarkan dalam keluarga Nelayan yang serba kekurangan. Maka bila anak Penoreh Getah dari Baling Kedah bertemu jodoh dengan anak Nelayan dari Kemaman, Terengganu; kisah kemiskinan terus menjadi sebahagian daripada sejarah keturunan kami.

Mungkin kerana kami berdua pernah hidup dalam kemiskinan agaknya, maka bila ada kawan ajak turun padang bantu orang miskin, mudah saja kami berbuat demikian. 
 (Melihat gambar anak kecil ini mengingatkan isteri saya dirinya sewaktu kanak-kanak tatkala menanti kepulangan arwah ayahnya dari laut - entah kan pulang entah kan tidak!)
 (Dua anak kecil ini girang bermain di sebalik kain langsir yang sudah luntur di rumah papan berdinding kayu plywood usang)

Ibunya hanya bergantung kepada upah siang ikan sekilo 60 sen untuk makan minum mereka sehari-hari. Bayangkan kalau nak beli beras 10kilo RM25, kena siang 40 kilo ikan!! – orang macam mereka ini, kalau ada orang boleh bagi beras, pasti amat-amat menghargainya.
Menurut sahabat kami, keluarga ini adalah yang paling daif antara semua. Ayah bekerja tidak menentu, anak-anak 4 orang. Si kecil ini OKU. Ibunya pula walau pun baru 40an tapi raut wajah nampak macam orang berusia 60n, mungkin kurang zat makanan agaknya.
 Keluarga ini tinggal di sebuah rumah kedai zaman dulu-dulu, amat usang seperti sebuah gudang lama, tak sangka ada orang boleh tinggal dalam gudang macam ini, dengan lantai simen lama sudah nipis hampir menyamai lantai tanah. Insyaallah kami akan ke sana nanti.
Ini adalah gambar seorang Ibu Tunggal anak 5; bila tengok gambar dia, terus saya teringatkan kisah seorang Ibu Tunggal di Baling, Kedah bernama Kak Mazni yang pernah kami bantu suatu ketika dulu.

Apa tidaknya, sampai mati pun saya tak akan lupakan Kak Mazni – beliau menangis teresak esak bila saya hulurkan Duit Note RM50. Dia kata, “Terima kasih lah adik, terima kasih banyak-banyak (sambil menangis tersedu-sedu), orang ingat kakak ni senang, kakak ada duit, walhal anak-anak kakak pergi sekolah tak makan apa, tak bawa duit…”

Sungguh saya tak sangka RM50 itu bagi sesetengah orang cuma untuk sekali bubuh minyak kereta saja, tapi bagi Kak Mazni besar nilainya.

Macam itu juga dengan Kakak dalam gambar di bawah ini, cuti Raya Cina 2012 yang lalu, kami ada singgah di rumah beliau bagi sumbangan beras gula kopi serba sikit. Bila dia dapat beras sekampit pertama yang kawan-kawan bawa turun dari kereta saya tu, terus Kakak ini cakap:

 “ALHAMDULILLAH – HARI INI DAPAT LAH MAKAN NASI”

Bila kami longgokkan brg2 lain sampai bertimbun-timbun kat pelantar rumah dia, kakak ini tak habis-habis mengucapkan TIMA KASIH TIMA KASIH berulang-ulang kali; dia tak tau nak kata apa sampai merah mata dia bergenang dgn air mata, menangis tanda berterima kasih bersyukur tak terkira.

Tak sangka - ada orang menangis bila dapat beras!

Tanpa ditanya, kakak ini terus mengadu kat kami, dia kata dia ada 5 orang anak-anak yg masih bersekolah yg perlu disara. Tiap-tiap pagi bila bangun tidur, dia kena fikir macam mana nak dapatkan RM15 untuk hari itu supaya anak-anaknya ada makanan untuk dimakan. Kadang2 dia amik upah siang ikan keropok (60 sen sekilo isi ikan), kdg2 ambik upah kemas rumah orang dan apa saja pekerjaan halal untuk dapat RM15 itu.
 
 (Rumah pusaka arwah mak/pak mertua saya di Kemaman – tidak ada lagi adik beradik yang tinggal di sini setelah masing-masing berkeluarga)
Makcik Tua ini pula terkejut dengan kunjungan sahabat kami sewaktu Team NGO Wargakilang Pantai Timur masuk ke kg-kg di Kuala Kemaman mengenal pasti keluarga yang layak menerima bantuan. 
 (Lantai rumah serupa sahaja luar dan dalam)
 (Menunggu masa menyembah bumi)

Makcik Tua ini pula terkejut dengan kunjungan sahabat kami sewaktu Team NGO Wargakilang Pantai Timur masuk ke kg-kg di Kuala Kemaman mengenal pasti keluarga yang layak menerima bantuan.
Ini pula adalah rumah typical kaum Nelayan di Kuala Kemaman, insyaallah antara yang tersenarai dalam list penerima sumbangan nanti.

(Rumah berbumbung dan berdinding Zink Usang dihadang dengan kain/kanvas)



Semua sekali, insyaallah ada 20 buah keluarga miskin yang bakal menerima sumbangan bagi meringankan beban mereka menempuh saki baki baki Ramadhan yang tinggal.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Walaupun kalian semua tidak mengenali kakak ini dan juga watak-watak lain dalam coretan saya ini, tapi percayalah mereka semua adalah SANAK SAUDARA kita, yang dihubungkan secara ghaib melalui kalimah SYAHADAH yang ada di dada-dada kita.

Maka itu, kalau ada masa, mai lah join team kami, NGO WARGAKILANG yang baru belajar nak bertapak di Pantai Timur ini – maghi lah bersama sama kami berkumpul di parking lot Masjid Geliga, Kemaman seawal jam 8.00 pagi, Sabtu 28 Julai 2012. Bawalah apa yang ada, insyaallah jika diizinNya kita akan membawa sumbangan untuk 20 keluarga.

Moga kerja buat kita untuk memberi kebaikan kepada orang lain ini akan dicatakan sebagai pahala kebaikan daripada Allah SWT untuk kita semua. Terima Kasih.

24.7.12

Admin SKJ: Menitis air mata penulis membaca kisah fakir miskin. Sesungguhnya kemiskinan itu sangat hampir dengan kekufuran jika ilmu agama kosong. Bantulah wahai sahabatku sekian. Selamatkan sahabat kita daripada kemiskinan. 

Rahsia 10 beradik penghafaz al-Qur'an...


Ayah mereka yang bernama Mutammimul Ula adalah seorang ahli Parlimen Indonesia (PKS) yang sibuk.

Ibu mereka pula, Wirianingsih adalah seorang Dekan, Fakulti Pasca Siswazah yang juga merupakan aktivis tarbiah peringkat wilayah di Indonesia.

Bagaimana mereka yang sibuk ini boleh mengeluarkan 10 orang anak pengafaz al-Qur'an yang lahir daripada didikan di rumah mereka sendiri ?

Di antara rahsia ibu bapa mereka :

1-Bercita-cita tinggi untuk menjadikan semua cahaya mata mereka penghafaz al-Qur'an.

2-Pengurusan masa yang baik dengan mengkhususkan kebanyakan masa selepas subuh dan selepas maghrib bersama anak-anak setiap hari dengan bacaan dan didikan al-Qur'an.

3-Memberikan hadiah dan galakan kepada anak-anak yang cemerlang dengan pencapaian hafazan al-Qur'an.

4-Banyak berkorban untuk agamaNya, maka Allah permudahkan urusan pendidikan anak-anak mereka.

Bagaimana dengan anak-anak kita ?

Mufti setuju atlit Olimpik tangguh puasa




Mufti Perlis Dr Juanda Jaya bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani dan bekas mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya atlit Muslim yang mewakili Malaysia di temasya Sukan Olimpik, menangguhkan ibadah puasa.

"Setuju (dengan Harussani dan Dr Asri) sebab mereka (atlit) musafir dan mereka berhak ambil rukhsah dan keringanan yang diperkenankan oleh syarak," kata Dr Juanda melalui kiriman SMS kepadaMalaysiakini.

Bagaimanapun, tokoh agama itu berkata ia terserah kepada atlit tersebut sama ada berpuasa ataupun tidak sekalipun ia merupakan "keluasan agama".

Dr Juanda mengulas pandangan Harussani dan Dr Asri yang dilaporkan berkata, atlit Muslim boleh menangguhkan puasa bagi mengelakkan daripada dituduh tidak beri kerjasama, diboikot atau boleh menjejaskan peluang kemenangan.

Malah Dr Asri yang juga pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) dilaporkan The New Straits Times sebagai berkata, atlit boleh berbuat demikian kerana mereka bermusafir.

Isu berkenaan turut mendapat perhatian Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) supaya bersidang bagi memutuskan pandangan mereka berhubung perkara itu.

Setiausaha PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor kepada dihubungi Malaysiakinipetang ini berkata pandangan yang dikemukakan itu bukan pandangan rasmi kerajaan.
"Umat Islam memerlukan satu panduan yang sama. Kita menghormati padangan Tan Sri Harussani dan Dr Asri. Tetapi pandangan mereka tidak mewakili satu badan yang berpusat dari kerajaan.

"Itu pandangan peribadi mereka," katanya yang menambah PUM telah berbincang mengenai perkara itu sebelum ini.
Bagaimanapun masyarakat Islam sangat memerlukan keputusan majlis itu dan PUM mahu diselaraskan di peringkat kebangsaan, kata Dr Mohd Roslan lagi.
Admin: Dulu Dato Mufti kata, Haji mesti diutamakan dari PRU, sebab Haji adalah rukun Islam, sekarang ni pulak mufti kata takpe tak puasa kerana olimpik, nak tanya dengan jujur dan ikhlas mintalah Dato Mufti jawap ' olimpik rukun Islam yang keberapa ye'?

MENUTUP AURAT..BUKAN HALANGAN UNTUK BERKERJA


Seorang wanita merekodkan program dalam studio saluran TV baru yang sedang diuruskan dan dikendalikan secara eksklusif oleh wanita yang memakai hijab yang penuh, yang akan dilancarkan hujung minggu ini, di Kaherah, July 19, 2012. 
Pada zaman Hosni Mubarak Mesir, 
niqabis ditindas dri segi sosial dan politik mengharapkan tempat yang baru dalam masyarakat. Walaupun Mesir adalah masyarakat yang amat konservatif dan kebanyakannya Islam, pemakai niqab telah dinamakan diskriminasi dalam pasaran kerja, pendidikan dan di tempat lain

Monday 23 July 2012

SKJ mendapat sumbangan TV 50"

23 Julai 2012 jam 5 petang SKJ mendapat TV 50 inci daripada ahli jemaah yang membuat sumbangan peribadi. Alhamdulillah TV berkenaan telah digunakan semalam semasa Tazkirah ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Rahman Semayor. Satu kepuasan kepada ahli jemaah muslimat apabila suasana lebih ceria berbanding sebelum ini TV 21 inci. InsyaAllah bahagian belakang untuk muslimin akan menyusur kemudian untuk mengantikan penggunaan LCD projector yang tidak bersesuaian lagi sekarang ini. 

Pengesahan penerimaan oleh syarikat pembekal dan pemilik yang diwakili oleh TSU SKJ Encik Rahim.

Tidak Tahu Baca Qur’an, Kuburnya Bercahaya Menjulang Ke Langit

 

Oleh: abuhikam

"Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata.

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

 Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anihnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek alqur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.

Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “ “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan pengampunan ini. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua. " 

Keajaiban Dan Keanehan Air Zam-Zam


Oleh: kamal_hasan

"Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.

Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.

Berapa Juta Liter Air Zam-Zam? 

Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.

Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.
Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter.

Keanehan Air Zam-Zam

Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.

Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam.

Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah
untuk diuji.

Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.

Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.

Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).

Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.

Mahkamah putuskan BERSIH entiti yang sah





Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.
Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.

Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.

Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

Sunday 22 July 2012

INGAT LIMA PERKARA - Ustaz khairul Nizam @ Ustaz Yo




Menjadi lumrah manusia, maka akan menjadi ingat, berwaspada dan bersiap sedia apabila diberi ingatan atau amaran selagi tiada ingatan yang masuk ke corong telinga, maka akan sentiasa alpa dan leka yang akhirnya tanpa benteng iman ampuh menjerumuskan mereka ke lembah kemurkaan.
        Apabila Allah S.W.T memberi ingatan. Tegahan atau amaran, ia mempunyai maksud disebaliknya. Kita boleh menjadi kafir apabila tidak mempercayainya, munafik apabila kurang yakin dan fasik apabila menganggap mudah lantaran dituruti runtunan hawa nafsu.
        Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
        Hadis ini memperlihatkan kepada kita betapa Rasulullah s.a.w begitu sekali bersungguh-sungguh tidak mahu umatnya kerugian kerana mengabaikan kelima-lima peluang yang patut mereka bersungguh-sungguh merebutnya sebelum datang lima perkara yang boleh menyebabkan mereka ditimpa penyesalan.
        Sikap mengambil mudah ini menyebabkan begitu banyak orang Islam telah membiarkan kelima-lima masa atau keadaan itu hilang lesap tanpa dimanfaatkan. Dan ianya berlalu dengan pantas pula diisi oleh kelima-lima masa atau suasana yang merupakan lawannya itu.
         Manusia mudah leka apabila mereka dikurniakan nikmat seperti kelapangan hidup sehingga sewaktu mereka bermesra dengan anak-anak dan isteri, seakan-akan mereka tidak lagi didatangi waktu yang sempit yang membuatkan mereka merasa begitu menyiksakan.
         Masa kaya sebelum miskin dengan mengisi masa kaya ialah dengan menggunakan harta kekayaan itu dengan sebaik-baiknya yang dapat memberi keuntungan terutamanya di dalam kehidupan akhirat dengan cara menolong sanak saudara yang berkesempitan, memperbanyakkan sedekah terutama kepada anak-anak yatim, orang-orang miskin, pergi ke Mekah menunaikan ibadat haji dan berzakat apabila telah cukup haul dan nisbahnya.
         Begitu juga cara untuk mengisi masa sihat sebelum datangnya masa sakit. Ketika sihat, seseorang manusia itu seharusnya mengenangi nikmat Allah yang dikurniakan ke atas dirinya dengan cara membandingkan nikmat sihatnya dengan kesengsaraan yang ditanggung oleh orang yang sedang terlantar sakit. Ini pastinya boleh menolong kita atau seseorang itu untuk insaf dan kemudian berusaha mengisi masa sihatnya dengan cara membanyakkan ibadat kepada Allah S.W.T.
         Cuba kita yang sihat ini bayangkan, bagaimana jika sekiranya tiba-tiba sahaja kita ditimpa sakit dan terlantar di katil pada saat-saat kita masih berangan-angan untuk menyimpan ibadat setelah hari tua? Tidakkah kita akan menyesal kerana ditimpa kerugian yang datang tanpa kita sangka-sangka itu?.
        Seterusnya Rasulullah s.a.w menyuruh kita mengisi pula masa lapang sebelum datangnya masa sempit. Kebanyakkan manusia apabila kedapatan masa lapang, akal fikiran mereka terus terarah kepada kegiatan-kegiatan atau aktiviti-aktiviti yang mendatangkan keseronokan semata-mata. Padahal apa yang sepatutnya ialah mereka perlu mengisi masa berharga itu dengan amalan yang boleh menghalakan hati untuk memberi sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap Allah S.W.T. Bukan semata-mata melampiaskan dorongan hawa nafsu buas. Jika masa santai mereka itu dengan cara membawa keluarga bersiar-siar mengambil angin, melihat keindahan tumbuhan seperti bunga.
        Sudah tentu perkara terakhir yang merebut masa hidup sebelum tibanya masa mati. Inilah kesudahan yang mana kalau terlepas akan ditindih oleh penyesalan yang tidak akan habis-habis walaupun mata terpaksa bermandi dengan pancaran air darah. Jika sudah didatangi kematian, maka berakhirlah segala-galanya. Malah untuk mengerjakan sembahyang sunat sekadar dua rakaat di dalam kubur yang mana sangat diinginkan oleh setiap mayat tidak lagi diizinkan oleh Allah S.W.T. Kenapa? Kerana di sana bukan lagi tempat untuk beramal ibadat.
        Masa mati adalah masa untuk menerima balasan. Balasan baik akan merasai nikmat kemanisannya. Balasan buruk pula akan merasai azab keperitaannya. Ini kerana masa hidup adalah hidup adalah masa bercucuk tanam, manakala masa mati adalah masa untuk menuai pula.
        Justeru demi memperolehi keselamatan hidup dunia dan akhirat, umat Islam perlu mengambil peringatan terhadap saranan Rasulullah s.a.w yang amat penting seperti yang tersebut di dalam hadith tadi. Marilah kita isikan masa-masa yang lima itu dengan bersungguh-sungguh tenaga kita sebelum datangnya lima perkara yang penuh dengan duri dan ranjau yang mungkin akan menghitamkan muka kita setelah kita bangkit di Mahsyar nanti.
        Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Asr ayat 1-3 yang bermaksud : "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpusu-pusu dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan kesabaran."