Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Friday 6 July 2012

Kuliah maghrib bersama Ustaz Nur Salam Al Hafiz di SKJ

6.7.2012 Jumaat di SKJ.

Salah seorang ahli rombongan Ustaz Nur Salam yang  membuka majlis dengan bacaan ayat suci Al Quran.
Adik Nur Safira berumur 9 tahun berdiri sambil menyampaikan pidato mengenai peristiwa Nabi melancong ke langit dan diperlihatkan tentang solat. Adik Nur Safira yang telah menghafal 2 juzud di Pondok yang dihuni seramai 350 orang pelajar. Adik Nur Safira yang mewakili Pondoknya memohon sumbangan kewangan daripada anda semua untuk meneruskan pembelajaran rakan-rakannya dengan menaja selama setahun iaitu RM600.00 seorang.  
Ustaz Nur Salam seorang tokoh ulama yang hebat di Indonesia dan seringkali berkunjung ke SKJ untuk menyampaikan ilmunya. Malam tadi Ustaz Nur Salam mengupas apa yang diperkatakan oleh adik Nur Safira tentang solat. Pada permulaannya Ustaz menyatakan jangan lihat siapa yang menyampaikan tetapi apa yang diperkatakan oleh penyampainya. Dan ambillah ilmunya jika manfaat bagi  kamu.


Kutipan yang dibuat semasa kuliah diserahkan kepada Ustaz Nur Salam oleh Timbalan Setiausaha Encik Rahim. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment