Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Sunday 26 June 2011

FORUM PERDANA DI SKJ 01 JULAI INI (HARI JUMAAT). SEBARKAN!!

BONUS:

1.  KULIAH SUBUH OLEH USTAZ KHAIRUL
     IKHWAN - I JULAI (JUMAAT)

2.  KULIAH MUSLIMAT OLEH USTAZ
     KHAIRUL IKHWAN - I JULAI
     (JUMAAT @JAM 3.00 PTG)

..............DATANG JANGAN TAK DATANG.......

Saturday 25 June 2011

LYNAS


BENCANA TIDAK BERPERI

Ramai bertanya kepada saya tentang isu Lynas. Macamana? Tak kurang juga yg menganggap saya terlebih pakar daripada pakar. Sementelah lagi bila dah ada seakan “wahyu” baru, menyebabkan sudah ada rakan yg mula menarik “hand break”.
Isu Lynas mesti dilihat secara menyeluruh.. Pandangan semua pakar mesti diambil kira. Pakar Nuklear, Pakar Kejuruteraan Kimia, Fizik, Pakar toksikologi, pakar alam sekitar, pakar perubatan dan beberapa pandangan lain.
Adalah tidak adil kalau hanya merujuk pada pakar nuklear sahaja. Hendak siapkan satu bangunan pun mesti merujuk kepada beberapa pakar yg berkaitan... Takkanlah nak bina logi pemprosesan radioaktif kita hanya bertanya pada pakar nuklear?
Lupakah kita dengan kenyataan pakar Nuklear sebelum berlakunya Tsunami di Jepun. kata seorang pensyarah berkaitan teknologi nuklear di sebuah universiti di Jepun “Sekiranya berlaku gempa bumi, larilah ke loji nuklear!”. Menunjukkan keyakinannya kepada tahap keselamatan dan bahaya radiasi. Inilah pandangan orang orang yang menghargai nuklear. Lihatlah apa yg berlaku di Jepun hari ini.
Saya mewakili penduduk yg terdekat dengan Lynas. Rumah saya 5 km sahaja dari logi tersebut. Manusia manusia yg “berfatwa” selamat, duduk nun jauh ratusan km dari perkampungan kami.
Pada awalnya penduduk kampung sekitarnya tidak tahu apa yang hendak ditanya tentang radioaktif ini. Kerisauan penduduk hanya mampu diluahkan dalam bentuk soalan “selamatkah?”, “perlukah?” bagaimana kalau..?
Rakyat bukan sahaja mesti selamat.. rakyat juga mesti rasa selamat. Persoalan hari ini, rakyat terbanyak di Kuantan tidak rasa selamat. Jaminan Kerajaan dan pakar tidak meyakinkan.
Kami tidak bertindak berdasarkan emosi, tidak juga dipengaruhi oleh kepentingan politik tertentu. Kerisauan penduduk berasas. Bukan soal ‘kejahilan’ mereka tentang radioaktif, tetapi ada isu yang lebih besar di sebalik itu. Lihatlah fakta-fakta ini.
1.             Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2-3 KM dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dalam jarak 40KM dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35KM dari kawasan penempatan penduduk.
2.             Projek ini disembunyikan daripada pengetahuan rakyat. Tiada ‘public consultation’ atau Konsultansi dari pihak awam. Operasi pembinaannya benghairankan bermula pada tahun 2008. Kami dipanggil pada tahun penghujung tahun 2009. Kami dipanggil atas nama PAS negeri Pahang. Kami dimaklumkan perjumpaan ini disertai oleh staf kanan Lynas, Pegawai AELB dan Seorang ahli Parlimen dari Selangor.. Ada sesuatu yg tak kena, saya pada ketika itu menjawat Jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS, mengambil sikap tidak hadir, sebagai tanda saya tak bersetuju kami dipanggil dalam keadaan tergesa-gesa dan dalam kumpulan yg kecil tanpa disertai oleh pakar yg berkaitan dipihak kami. Lebih menghairankan lagi, Ahli Parlimen dari Selangor bercakap bagaikan seorang yang bermajikan Lynas untuk meneutralkan penentangan kami. Dalam keadaan tidak memiliki fakta rombongan PAS Pahang terpinga-pinga kebingungan dan mengambil sikap, tunggu dan mencari maklumat lagi dari pelbagai sumber yg lain.
3.             EIA (penilaian Kesan Alam sekitar) dan RIA (penilaian Kesan Radiologi) disembunyikan dari pengetahuan kami. Sehinggalah hanya dipamer pada 30 Mei lalu. Dimana rasionalnya projek yg sudah hampir siap, tetapi EAI dan RIA baru dipamerkan sekarang.
4.             Penduduk dikelirukan dengan fakta yg bercanggah. Diperingkat awal dikatakan tidak mengandungi radiasi. Kemudian dikatakan paras radiasi rendah dan selepas diasak radiasi yg bahaya boleh dikawal dengan teknologi . Aduhai.. pakar.. oh pakar... Tiba tiba Menteri MOSTI Datuk Seri Maximus Ongkili berkata nadir bumi dari Mount Weld mengandungi radioaktif sederhana. Mana yang betul?
5.             Lebih menghairankan penduduk, bahan galian yang nak diproses dibawa nun sejauh 3000km dari Australia untuk diproses disini. Tiada negara membangun yg berani meneroka industri yg menguntungkan ini. Malahan dari Australia berkata, terdapat 18 Akta yang perlu Lynas ikuti untuk kerja-kerja perlombongan di Mount Weld. Berapa banyakkah Akta di Malaysia untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan persekitaran terpelihara?.
6.             Lynas menjadi anak emas, apabila dikecualikan cukai selama 12 tahun. Kita dimaklumkan Lynas akan mengaut keuntungan sehingga 8 billion setahun, namun kerajaan tak dapat apa apa keuntungan melalui cukai.
7.             Jumlah bahan kombinasi kimia yg digunakan sebanyak 505,420 tan setahun. Penggunaan Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik sahaja sebanyak 704 tan sehari atau 257,012 tan setahun yang diketahui umum bertoksid tinggi dan bersifat menghakis itu juga boleh mengancam keselamatan, kesihatan dan persekitaran. Bagaimana pula kesan dari pembebasan Gas Radon yg tinggi yang diketahui umum penyebab 20,000 kematian di Eropah setiap tahun yang juga boleh tersebar melalui udara jika tidak diurusselia dengan baik oleh pihak pengurusan Lynas dan dipantau secara ketat oleh agensi pihak berkuasa.
8.             Sisa radiaoaktif ini akan ditanam di Gebeng. Sekali lagi Lynas dapat keistimewaan. Kilang lain tak mendapat keistimewaan melupus sisa industi (bukan radioaktif) di kawasan industri mereka. Sehingga kini Pelan Pengurusan Sisa tidak diumumkan. Bagaimana sisa diurus? Pengarah AELB mendakwa Lynas hanya kan menyimpan sisa di sini dalam jangka waktu tertentu, CEO Lynas pula mendakwa mereka sudah dapat keizinan dari kerajaan Malaysia untuk meninggalkan sisa di sini buat selama lamanya. Lawak bodoh apakah ni?
9.             Penggunaan air 500 meter padu sejam sebagaimana yg dimuatkan dalam laporan EIA dan RIA. Bayangkan satu hari... bukankah hampir menyamai penggunaan air seluruh warga Kuantan. Bagaimana air beradioaktif ini dirawat? Apa jadi pada sungai Balok kalau air ini dialir masuk ke Sg Balok yg dah sedia tercemar. Tambahan pula, Balok kini adalah kawasan banjir kilat. Hanya 3 atau 4 jam hujan lebat tanpa henti, beberapa taman perumahan sekitarnya akan dinaiki air separas pinggang. Bayangkan selepas Lynas beroperasi. Air sungai bakal tercemar dan rumah bakal tenggelam lebih parah dari sebelum ini.
10.          Percayakah kita dengan penguatkuasaan undang undang di Malaysia. Dalam kegagalan tahap integriti Malaysia. Kita tak percaya pada agensi penguatkuasaan yg diganggu oleh orang politik. Mengapa pula kita semacam dipaksa untuk percaya dalam isu Lynas ini. Kita tinggal di sebuah negara yang maju tetapi jalanrayanya berlubang-lubang, stadium runtuh, sekolah roboh. Banyak projek diselaputi konflik dan amalan rasuah, nepotisme dan kronisme, semua ini menjadi asas keraguan terhadap integriti kerajaan. Tambahan pula, kebebasan dokumen serta maklumat dikongkong melalui akta-akta seperti ISA, OSA dan yang seumpama dengannya.
11.          Di Kuantan Jualan hartanah merudum sebanyak 50% sejak Mac. Nilai Rumah menyusut sebanyak 20%. Bank juga dilihat sudah keberatan untuk memberikan pinjaman. Perkara ini disahkan kepada Malaysia Insider oleh Pang Wong Piang, Pengerusi Dewan Perniagaan Cina yg juga pemaju perumahan terbesar di Kuantan. Kerajaan BN telah memberi ‘Subsidi Radiasi’ untuk pembeli-pembeli rumah di Kuantan
12.          China dan USA yg merupakan negara pengeluar Rare Earth terbesar hari ini mengakui pemprosesan bahan ini menyebabkan penyakit serius dan kemusnahan alam sekitar.
13.          Wartawan antarabangsa turun ke Kuantan. Aljazera, Blomberg, Korean New, NHK, ABC dan banyak lagi. Adakah mereka datang merentasi ribuan km untuk mendapatkan berita “palsu” untuk siaran media mereka.
14.          Kenyataan Lynas yang memaklumkan bahawa sejumlah wang telah didepositkan oleh Lynas kepada kerajaan sebagai jaminan jika berlakunya pelepasan bahan bahaya daripada kerja-kerja pemprosesan mereka jelas menunjukkan tiada jaminan 100% dari Lynas bahawa pelepasan bahan bahaya ini tidak akan berlaku langsung.
15.          Peristiwa Bukit Merah seharusnya menjadi pengajaran. Satu ketika dulu pakar dari AELB mendakwa Bukit Merah selamat namun perkara sebaliknya berlaku. Di mana semua pakar ini pada ketika rakyat Bukit Merah bertarung dengan industri Rare Earth milik Jepun? Rakyat terpaksa mengadu di mahkamah selepas pakar-pakar ini ‘menikus’ mempertahankan orang politik yang lebih menjaga pelabur dalam Dasar Pandang ke Timur. Sehingga hari ini Bukit Merah menyimpan mimpi ngeri kecacatan dan kemusnahan yg bukan sedikit.
16.          Hari ini rakyat meluahkan kebimbangan.. MMA (Persatuan Perubatan Malaysia yg terdiri dari 13,000 pakar perubatan) Majlis Peguam Malaysia, Sahabat Alam Malaysia, Teras Keupayaan Melayu, Pertubuhan Kaum Sikh Pahang, Gamis (Gabungan Mahasiswa Islam) SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia) MCLM, MNS, CAP, FOMCA, Green Collition, ABIM dan banyak lagi NGO melahirkan kebimbangan. PAS Pahang, PKR dan DAP juga turut bersama kebimbangan rakyat.
Untuk 16 fakta kebimbangan kami ini, hanya dijawab dengan kalimah “dengarlah nasihat dari pakar.” Nasihat seumpama ini telah menerjah ke telinga kami sejak tahun 2009. Kami dah muak dengan kalimah “dengarlah nasihat dari pakar.”Kebimbangan kami tidak dijawab.
Fakta apa lagi yg dikehendaki. Habuan apa yg sedang dinanti. Kepentingan apa yg sedang dipertahankan sehingga kini. Isu Lynas bukan isu logi nuklear... Ianya isu sisa yg mengandungi radioaktif yg akan dilupuskan di Gebeng, 5 km dari tempat kami tinggal dan mencari rezeki.




SETENGAH JUTA TAN SETAHUN PENGGUNAAN ASID DI LYNAS

Ini adalah points yang Mr Lim CK dan Andansura present kepada panel antarabangsa. Point ini diambil dalam EIA yg dibentangkan oleh kerajaan dan dipamirkan di IPK, Perpustakaan awam, pejabat JAS dll. Point ini disalin balik sebab, EIA yg dipamirkan tak dibenarkan untuk fotocopy

Garisan merah. Cuba bayangkan jumlah asid yg digunakan setahun??? 505,420 tan/setahun... waw... Setengah juta tan asid digunakan setahun. 

dalam bulatan merah. Cuba tengok pula penggunaaan asid sulfurik dan asid hidrocloric.
110,238 tan/tahun + 146,774 tan/ tahun =
 257,012 tan setahun.
Maknanya penggunaan sehari untuk 2 asid bahaya ini ialah 
700 tan sehari

Dua asid ini bila bercampur, gas radon akan terbebas ke udara. Radon merupakan gas radioaktif yang menyebabkan kanser paru-paru.




GUNA AIR 500 METER PADU SEJAM

Bersiap sedialah orang kuantan untuk menghadapi krisis bekalan air. Lynas akan menggunakan air utk tujuan pemprosesan Rare Earth sebanyak 500 meter padu sejam..... (sila rujuk EIA dan RIA). apa??? 500 METER PADU/JAM.. 

Air itu akan dibuang ke sungai Balok. Mampukah air sebanyak itu dirawat sepenuhnya??? Kalau satu jam, 500 meter padu, Bayangkan 1 hari ... air yg akan digunakan oleh Lynas melebihi penggunaan air seluruh warga Kuantan. 

Tambahan pula sekarang ni, bila hujan lebat di Balok dalam 2 atau 3 jam, air sungai balok melimpah dan rumah penduduk di beberapa tmn perumahan akan dinaiki air separas pinggang. Bayangkanlah bila lynas beroperasi + dengan musim hujan .. alamatnya air akan mencecah paras bumbung... 

Adakah kerugian anda akan dibayar oleh penyokong Lynas... ???? Lu fikir laa sendiri..

Friday 24 June 2011

PRESIDEN MENGARAHKAN SEMUA AHLI HADIR KE KUALA LUMPUR PADA 9hb JULAI 2011 UNTUK BERSIH


KUALA LUMPUR, 23 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar datang ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini bagi menyertai perhimpunan Bersih 2.0.
"Saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai ini untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil," kata Abdul Hadi dalam sidang media bersama Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, sebentar tadi.
Perhimpunan Bersih 2.0 akan diadakan di Kuala Lumpur 9 Julai ini. Pengerusi Bersih 2.0 adalah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Srenevasan. Anggotanya terdiri daripada para pemimpin NG0, manakala PAS, PKR dan DAP menyokong perhimpunan itu.
Menurut Abdul Hadi, perhimpunan tersebut mempunyai tujuan yang amat murni dan perlu disokong oleh semua pihak serta dijamin aman sesuai dengan matlamatnya yang murni.
Sehubungan itu, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta setiap pihak yang menyertainya dilarang melakukan sebarang kekacauan, mengganggu ketenteraman awam dan kerosakan harta benda awam.
"Setiap ahli PAS yang menyertainya jangan sekali-kali membawa senjata. Saya juga suka mengingatkan ahli-ahli PAS agar jangan bermusuhan dengan pihak polis," katanya.
Sesuai dengan nama perhimpunan itu sendiri sebagai himpunan aman, sekiranya berlaku perkara tidak diingini dalam pehimpunan itu, ia bukanlah didatangkan oleh ahli-ahli PAS dan mereka yang menyertainya.
Sebaliknya, kejadian tersebut pasti dilakukan oleh pihak lain, termasuk oleh pihak Umno dan kerajaan BN, atau provokasi yang dilakukan oleh pihak polis sendiri seperti yang telah berlaku dalam siri perhimpunan-perhimpunan aman yang diadakan sebelum ini.
"Oleh itu yang perlu dikawal oleh pihak polis dalam perhimpunan itu adalah pihak-pihak yang membuat provokasi dan bukan polis sendiri yang membuat provokasi," tegasnya.
Umno dan Kerajaan BN, katanya, tidak perlu takut dengan perhimpunan tersebut kerana ia tidak sekali-kali terfokus kepada perkara-perkara tidak diingini, tetapi hanyalah terhadap pilihanraya di negara ini.
Pilihanraya di negara ini seperti yang diketahui umum tidak pernah berlangsung dengan bersih dan adil, tetapi penuh dengan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN yang memerintah menerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).
Keadaan yang sama turut dilakukan oleh Umno dan Kerajaan BN terhadap media, apabila media yang menyokongnya diberikan kebebasan untuk disebarkan dan dibaca secara meluas di segenap pelosok negara, tetapi media yang menyokong pembangkang atau PAS serta Pakatan Rakyat pula dihalang dengan pelbagai cara.
"Pilihanraya yang tidak bersih itu tidak boleh dibiarkan kerana ia pasti akan menimbulkan kemarahan rakyat. Itulah yang perlu dibantah dan itulah matlamat Perhimpunan Bersih 2.0.
"Matlamat tersebut sememangnya sesuatu yang baik sebab itulah PAS menyokong langkah yang diadakan oleh Bersih untuk mengadakan perhimpunan itu bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil," katanya.
Pihak Umno dan Kerajaan BN, tegas beliau, perlu faham perkara itu dan tidak sepatutnya menghalang perhimpunan tersebut diadakan kerana ia juga pasti memberikan kesan yang positif kepada pihak pemerintah sendiri.
"Semua negara demokrasi yang maju di dunia ini tidak menghalang perhimpunan aman yang diadakan oleh rakyatnya. Malah ia akan dikawal dan diberikan kerjasama dengan baik oleh pihak keselamatan selagi perhimpunan itu tidak mengganggu ketenteraman awam.
"Malah di negara-negara demokrasi maju di dunia ini, pihak pemerintah sendiri turut mengambil manfaat dari demonstrasi aman yang diadakan bagi mendengar suara rakyat untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Umno dan Kerajaan BN juga sepatutnya bersikap seperti itu demi kepentingan negara," ujar beliau.
Mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa perhimpunan tersebut akan mengancam mata pencarian para peniaga dan mencemarkan imej negara di mata pelancong, beliau berkata, dakwaan tersebut ternyata tidak berasas, malah perhimpunan itu sendiri akan mendatangkan keuntungan yang besar kepada para peniaga.
"Mereka yang menyertai perhimpunan itu cukup besar jumlahnya dan mereka pasti akan berbelanja. Jadi, para peniaga sendiri pasti akan mendapat keuntungan besar dengan adanya perhimpunan itu.
"Manakala sepanjang perhimpunan diadakan pula, para pelancong asing pasti akan turut tertarik melihatnya kerana ia dilakukan dengan baik dan aman sehingga mereka sendiri akan kagum dengan keamanan di negara kita.
"Tetapi jika pihak polis sendiri yang membuat provokasi, suasana itu pasti berbeza. Jadi yang mengubah keadaan itu bukannya pihak penganjur dan pesertanya, tetapi pihak polis, pihak Umno dan pihak Kerajaan BN sendiri," tegas beliau

NAKNYA ANAK LELAKI



Pelbagai cara bagi si bapa yang berhasrat untuk memiliki anak lelaki. Bagi seseorang lelaki, pelbagai gurauan sinis yang tak sedap di dengar apabila mereka berkahwin tetapi tidak memiliki anak. Selepas memiliki anak, tetapi jika gagal mendapatkan anak lelaki, mereka juga akan menghadapi pelbagai sindirian seolah-olah tidak pandai membuat anak.
Jodoh pertemuan ditangan Tuhan. Lelaki dan perempuan adalah sama sahaja. Rezki daripada Allah Swt. Mereka terima ketentuanNya. Tetapi terasa juga kekurangan dengan mengharapkan kelahiran anak lelaki yang meneruskan kesinambungan ‘bin’ dengan nama beliau bahkan sebagai lambang kepimpinan dan ketua keluarga.

Pelbagai cara para lelaki berusaha untuk memiliki anak lelaki dan salah satu yang pelik adalah amalan Kailash Singh. Masih lagi gagal hingga kini. Jika anda merasa takut untuk meniru cara Salleh Ya'kob... Adakah anda ingin mencuba cara ini ???

Inikah Pria Terbau di Dunia? Kailash Singh tak Pernah Mandi Selama 37 Tahun

NEW DELHI - Kailash Singh percaya dengan tidak mandi akan membantu dia memiliki anak lelaki. Ugutan istrinya untuk berhenti tidur dengannya dianggap sebagai angin lalu. Tak terasa, sudah 37 tahun badan dan rambutnya tak pernah bersentuhan dengan air!

Singh, 65 tahun, tidak mandi atau memotong rambutnya sejak tahun 1974. Menjelaskan tekad peliknya itu, Singh menyatakan seorang imam harus memiliki anak lelaki untuk meneruskan generasi kepemimpinan. Sementara, ia hanya memiliki anak perempuan, tujuh orang jumlahnya. "Mungkin saya baru akan mandi di kehidupan kedua saya kelak." Sebagai pemimpin agama, Singh menghabiskan hari-harinya mengurus lembunya, menghisap ganja, berdoa kepada Dewa Siwa, dan menari di sekitar api unggun.

 Keluarganya menceritakan, bukan sekali dua mereka meminta Singh mandi. "Dia selalu melawan kami dan melarikan diri jika disuruh mandi," kata istrinya, Kalavati Devi, 60 tahun. "Kami sudah mencuba beberapa kali sejak dia mogok mandi, dan selalu berakhir dengan perbalahan." Menurut Devi, bagi suaminya, lebih baik mati daripada disuruh mandi dan hanya anak lelaki yang boleh mengubah fikirannya. "Sudah bertahun-tahun, sekarang saya sudah terbiasa dengan baunya," katanya.

Keluarga Singh tinggal di dekat kota suci India Varanasi, di tepi Sungai Gangga, di mana suhu harian rata-rata 47 derajat Celcius. Fuh!!! Boleh tahan pe???


Apahal sebenarnya penulis bawak berita Kaish Singh ini. Bukannya apa kerana penulis tertarik dengan berita tentang bagaimana Umno-BN menggunakan Datuk Amar Singh yang dikatakan ada cara untuk menghalang himpunan Bersih 2.0 yang dipimpin oleh Datuk Ambiga (Sign jugak kot).

Polis akan menggunakan cara tersendiri untuk memastikan perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini tidak akan berlaku, kata Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh.

"Apa rancangan dan jenis tindakan yang akan kita ambil itu, biarlah polis sahaja yang tahu. Yang pasti, kita akan ambil tindakan sewajarnya bagi menghalang perhimpunan ini," katanya dalam sidang akhbar di ibunegara hari ini.

Agak-agak! Apa ke cara tersebut. Jangan tiru Kailash Singh sudah le. Diharap datuk Amar Singh… bisik-bisk le kepada Karpal Singh.

Wednesday 22 June 2011

Perhilitan rampas 60 haiwan di Zoo Saleng


KULAIJAYA 20 Jun -Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor telah merampas lebih 60 ekor haiwan pelbagai spesies yang dilindungi di Zoo Saleng di sini, selepas permit khas pemilikan zoo tersebut tidak diperbaharui.

Pengarah Perhilitan Johor, Saharudin Anan berkata, zoo persendirian yang beroperasi sejak 17 tahun lalu itu tidak mendapat kelulusan untuk memperbaharui permit khas tersebut selepas dipercayai melanggar Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.
Beliau berkata, haiwan yang dirampas adalah 32 ekor harimau belang, 10 ekor singa termasuk empat anak, beruang (lima), iguana (dua), harimau kumbang (seekor), burung tiong emas (seekor), kucing batu (dua), landak raya (tiga), beruk (empat), buaya (11), ular sawa (11), ular tedung (tiga) dan kera (empat).


"Perhilitan turut menerima aduan daripada orang awam dan pertubuhan bukan kerajaan yang mendakwa zoo berkenaan mengeksploitasi haiwan-haiwan peliharaannya.
"Kita telah memberi peluang kepada pemilik zoo untuk membuat rayuan sejak tiga bulan lalu, namun kita masih tidak boleh melanjutkan permit khas selepas mereka didapati gagal membuat sebarang penambahbaikan mengikut akta yang ditetapkan," katanya di sini, hari ini.

Lebih 64 anggota jabatan itu terlibat dalam kerja pemindahan haiwan dilindungi itu bermula pukul 9 pagi dan dijangka berakhir 27 Jun ini.
Tambah Saharudin, pihaknya hanya merampas haiwan yang dilindungi dan bukannya menutup zoo berkenaan kerana mereka tidak mempunyai sebarang kuasa untuk berbuat demikian.

Lama tak dengar berita tentang zoo mini idea Dato Ahmad Said di jajahan beliau Kijal tu. Ada permit tak? Atau kalau dah hak kerajaan pihak perhilitan tak boleh buat apa-apa tapi kalau hak persendirian boleh disita dengan kerugian berjuta ringgit. Itupun dah bertahan 17 tahun.
Bagaimana dengan Zoo Mat Said ini? Nak kata untung memang jauh sekali. Paling tidak pun diharap boleh le cover kos pengurusan. Berapa orang yang melawat Zoo tersebut. Dengan kedudukannya dikawasan jin tending itu nampaknya tak berapa ada orang mana yang nak melawat. Sesuai untuk kawasan binatang sahaja agaknya…

Kot jadi projek gajah hitam pulak. Kroni dah dapat projek. Untung dah dibawak lari . Nantinya rakyat terpaksa menanggung kos penyelengaraan macam dok galas biawak hidup. Nanti, dicadangkan pula Dato Mat Said ambil aje binatang yang disita di Johor tu untuk diletak dalam Zoo beliau tu. Dalam erti-kata bolehlah pulak mengalas buaya hidup pulak….


Berapa kos sebenarnya zoo ini?. Dalam sidang dewan DUN, MB Mat Said berkata, kos keseluruhan bagi pembinaan Zoo Bukit Takal di Kemaman itu berjumlah RM9.228 juta. Beliau menjelaskan, kos pengurusan zoo berkenaan dari tahun 2008 hingga 2011 pula adalah kira-kira RM2.9 juta. Setiap bulan, kos pengurusan zoo berkenaan mencecah sekitar RM40,000

Itupun beliau berhasrat untuk memperluaskan lagi kawasan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman di Bukit Takar di sini daripada lebih 15 hektar kepada 120 hektar. Sebuah air terjun buatan telah dibina dengan kos RM1 juta untuk tontonan pelawat. Bilik persalianan sahaja menelan belanja RM900 ribu ringgit. Betapa banyak duit diperhabiskan termasuk sangkar untuk menempatkan menempatkan pelbagai spesies mamalia, reptilia, ikan dan burung untuk tatapan pengunjung.Sepasang Harimau Malaya juga dibawa masuk dari zoo Melaka. Hah berapa kos makanan harimau ni tak tahulah pula. Takkan nak bagi makan keropok lekor.

Alangkah baik dalam suasana rakyat mengikat perut untuk kelangsungan hidup, duit yang berpuluh juta itu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat khususnya keperluan asas dan pendidikan bukannya memenuhi nafsu pemimpin Umno untuk merompak duit rakyat.

Sekarang ini orang-ramai dikenakan bayaran RM5 dan RM10 untuk menampung kos penyelengaraan. Tapi mampu ke? Ramai mana sangat rakyat Kemaman nak pergi melawat Zoo tersebut dan bukannya nak duduk situ hari-hari. Sekali adalah nak pergi lepas tu… Nampaknya kerajaan jugaklah terpaksa menanggung kos perbelanjaannya. Bukan pakai duit gaji Mat Said… tapi rakyatlah terpaksa galas kecuali kita perebahkan Umno dalam PRU kali ke 13 dan rakyat berpeluang untuk memasukkan Mat Said dalam zoo tersebut. Kita tengoklah samada harimau Malaya tu makan Mat said atau Mat Said yang terkenal bengkeng itu memakan harimau???


Drp : Ustaz SaifulBahri TPJ 1 Trg

KERANA BERSUNAT DIDENDA RM3K DAN PENJARA 1 TAHUN?



Nampaknya hak asasi manusia & hak beragama bakal dicabul lagi. Berkhitan merupakan amalan beragama dan dituntut dalam Islam bahkan ianya diamalkan sejak zaman nabi Ibrahim a.s. Tetapi kini nampaknya amalan beragama ini bakal diserang lagi. Baru reda isu mereka yang berjilbab dikenakan denda khususnya di Perancis dan Eropah. Berjilbab didenda tetapi berbogel adalah hak asasi manusia???
Kini amalan bersunat pulak dijadikan sasaran. Yang bertindik dan meletakkan pelbagai assesori tu takpe pulak. Yang bakal didenda adalah Tok Mudim. Nampaknya nanti Tok mudim kena buat sembunyi-sembunyi dalam gelap. Macam orang Islam disetengah Negara Eropah. Menyembelih binatang untuk dimakan adalah salah disisi undang-undang. Melanggar hak asasi binatang. Kalau nak sembelih jugak terpaksa sembunyi-sembunyi dan sembelih dalam tandas.. ish3X ada ke patut!!!

SAN FRANSISCO – Sebuah Organisasi gabungan telah diwujudkan dari kalangan doktor dari komuniti Muslim serta Yahudi. Ia bertujuan untuk menghadapi satu peraturan baru untuk menghalang praktik bersunat ke atas laki-laki di California itu.

November ini akan dilakukan pengundian atas perancangan tersebut. Salah satunya adalah mengenakan denda sampai USD1,000 dan satu tahun penjara bagi si pelaku sunat. San Francisco merupakan kota pertama yang mengadakan pungutan suara awam bagi larangan bersunat.

Para penyokong peraturan larangan tersebut mendakwa khitan bagi anak lelaki adalah satu bentuk paksaan dan penganayaan genital oleh orang tua terhadap mereka yang tidak berupaya (bayi). Amalan wajib oleh orang Yahudi dan Muslim itu adalah satu pelanggaran hak perundangan.

The Anti-Defamation League (ADL), Organisasi itu pula mendakwa kempen dan pungutan suara anti-sunat itu tidak sah dengan alasan bahwa Kota San Francisco tidak mempunyai bidang kuasa untuk melaksanakan larangan. "Hukum California jelas," kata Nancy Appel, Pengarah ADL di San Francisco. "Hanya negara yang mempunyai bidang kuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang tentang prosedur perubatan dan apatah lagi larangan ini melanggar peraturan itu. Hal ini tidak hanya membuang waktu, tenaga dan biaya, tetapi juga menyinggung pengertian tentang hak-hak orangtua dan kebebasan beragama."

CATATAN TIMBALAN PRESIDEN


Saya kebetulan membesar dalam perjuangan, menyertai PAS pada 1978 dan tahun 1979 berlaku revolusi Islam Iran. Perkembangan dan kebangkitan di sana menjadi tumpuan ramai. Kemudian kemunculan gerakan Islam seperti Hizbullah, yang juga dipimpin seorang ulama yang memakai serban.

Kita ambil contoh Imam Khomeini. Macam mana seorang ulama yang menggerakkan rakyat sehingga boleh buat revolusi. Isu apa yang dipakai? Mereka tidak sebut pertentangan kelas. Tetapi beliau mengemukakan isu Mustakbirin dan Mustad'afin, iaitu yang menindas dan yang kena tindas, 'oppressed and oppressors'.

Bagaimana Khomeini berjaya meletakkan semua golongan dibawahnya. Sama ada sosialis, komunis, liberal dan sebagainya berketuakan dia. Yang ini kita perlu belajar, bukan soal mazhabnya.

Saya juga menghormati, bahkan dalam ucapan-ucapan saya tidak lekang menyebut Imam Hassan Al-Banna. Dia seorang guru agama biasa tetapi dia berdakwah dan berjaya masuk sampai ke bar dan kelab malam. Bagaimana dia boleh memimpin semua peringkat, sehingga intelektual universiti, profesor juga ada di bawah naungannya. Pemimpin macam ini saya amat hormat.

Begitu juga dengan Hizbullah. Di Beirut, yang digelar 'Paris of the East', tempat tarian gelek, tarian separuh bogel, minum arak, pakai bikini, tiba-tiba di tengah kota ini muncul satu badan yang begitu disiplin dan begitu menitikberatkan hal kebajikan. Serta boleh mengumpul anak muda dan bagaimana mereka dilatih sehingga sanggup korbankan nyawa harta benda untuk melawan dengan Israel.

Kemudian, dari sudut politik, mereka boleh menarik golongan kristian Michael Aoun yang bersenjata dan kumpulan sekular yang lain berada di bawah naungan Hizbullah. Ini taktik dan strategi politik. Inilah yang saya kagum dan mahu belajar daripada mereka.

Begitu juga Sheikh Ahmad Yasin yang berjuang daripada muda sehinggalah beliau berkerusi roda terus berjihad. Sesetengah kita bila masuk umur tua sedikit cepat-cepat menyerahkan kepada orang muda, "biar kami tua-tua ni duduk di belakang". Tetapi Sheikh Ahmad Yasin ini menyemarakkan semangat jihad sehingga melahirkan Hamas.

Jadi contoh-contoh inilah yang saya kagum. Kadang-kadang saya tidak tahu pun latar belakang soal anutan mazhab mereka, tetapi saya melihat dari sudut ilmu bagaimana mereka mengorak langkah dan memimpin. Dan dalam dunia moden ini, bagaimana ulama ini boleh diterima umum.

Kita ambil contoh macam Hassan Nasrullah. Penyanyi, ahli sukan, artis, semuanya boleh menerimanya. Kita kena lihat di mana kekuatan mereka. Begitu juga dengan dunia intelektual. Saya minat pandangan Dr Kalim Siddiqui, ahli sains sosial daripada England yang meninggal dunia di Afrika Selatan.

Saya mengingati juga Dr Ali Shariati tanpa mengetahui apa mazhab dia. Beliau membuat kupasan yang menarik terhadap sejarah, haji, firaun, kerajaan Mongul yang jatuh di India. Saya minat membaca pemikiran seperti ini. Begitulah juga dengan Dr Fathi Yakan yang membicarakan langkah awal perjuangan Islam.

Bagi saya bukan melihat pemahaman, anutan dan sebagainya. Dan kadang-kadang saya tidak tahu apa pegangan dan anutan mereka tetapi saya melihat dari sudut kepimpinan.

Begitu juga di tengah-tengah kelemahan orang Islam yang tidak yakin langsung tentang nilai jati diri sehingga orang berkata "macam mana hendak merdeka, orang Melayu, jarum pun tidak boleh buat, sedangkan British ada kapal perang".

Di sini pula muncul Jamaluddin Afghani yang memberi nafas baru kepada orang Islam untuk yakin kepada kekuatan diri menuntut kemerdekaan: "Kamu boleh mencapai kemerdekaan sendiri, kalau bersedia untuk berjuang".

Inilah sikap saya dalam hal merujuk kepada pejuang-pejuang, yang tidak langsung melihatnya dari sudut latar belakang mazhab mereka. - MAT SABU

Lambaian atas jalan

 SAKIT...orang ramai cuba mententeramkan Mohd Hakimi yang mengalami kecederaan parah sementara gambar bawah keadaan motosikal dinaiki dua beranak itu yang rosak teruk.

ALOR GAJAH: Lambaian serta tangisan pilu seorang pelajar sekolah rendah yang terbaring di atas jalan raya menyentuh perasaan orang ramai selepas motosikal ditunggang ibunya dirempuh sebuah kereta di Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru, dekat sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi, Mohd Hakimi Musazali, 10, bersama ibunya, Roziah Basah, 35, dari Kampung Tanjung Dahan, Kuala Linggi cedera parah selepas motosikal dinaiki dilanggar sebuah Produa Kancil dari belakang.

Pada masa sama, sebuah Produa Viva dipandu seorang wanita bersama anaknya dari arah Kuala Sungai Baru terbabas dan terbalik ketika cuba mengelak dua beranak itu yang terbaring di atas jalan.
Difahamkan, motosikal Yamaha Lagenda ditunggang Roziah berada di tengah jalan untuk membelok masuk ke rumahnya sebelum dirempuh dari belakang Perodua Kancil terbabit.

Berikutan rempuhan kuat itu, Roziah terpelanting kira-kira lima meter menyebabkannya cedera parah di kepala, perut dan kaki kiri manakala Mohd Hakimi yang juga pelajar tahun empat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (China) Yok Sin, Kuala Sungai Baru, di sini, pengsan serta cedera di kaki kanan.

Pemandu Perodua Viva itu, Munirah Mohd Nazir, 27, berkata, dia dalam perjalanan dari Taman Seri Aman, Masjid Tanah ke Kuala Linggi untuk berniaga apabila melihat sebuah Perodua Kancil mengekori belakang motosikal dua beranak itu. “Saya lihat kereta itu dipandu agak kelam-kabut dan laju manakala motosikal dinaiki mangsa ditunggang perlahan dan ketika tiba di satu simpang, pemandu kereta Kancil tiba-tiba merempuhnya dari belakang.
“Dua beranak itu terpelanting di atas jalan raya manakala Pemandu Kancil itu memecut laju ke arah Kuala Sungai Baru selepas merempuh motosikal itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Munirah berkata, dia gagal mengelak lalu terlanggar motosikal yang tercampak di tepi jalan menyebabkan keretanya berpusing beberapa kali dan terbabas lalu terbalik.
“Ketika cuba elak daripada merempuh dua beranak itu, saya terpusing stereng kereta ke kiri lalu melanggar tembok rumah dan tiang elektrik.

“Kalau tidak mengelak pasti mereka akan dilanggar dan saya berharap dua beranak itu selamat,” katanya yang memberitahu dia bersama anaknya, Muhamad Qayyum Rozaidi Azizi yang berusia tiga tahun tidak cedera dalam kejadian itu. Roziah yang cedera parah di kepala, perut serta kaki kiri manakala anak sulungnya patah kaki kanan dihantar ke Hospital Melaka menggunakan ambulans untuk menerima rawatan.

Sementara itu, Jurucakap Hospital Melaka mengesahkan wanita itu ditempatkan di Zon Merah Unit Kecemasan hospital berkenaan berikutan kecederaan parah dialami memerlukan pembedahan segera.

“Mangsa kini kritikal kerana pendarahan di kepala dan berkemungkinan besar akan dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut manakala pembedahan kaki kirinya yang patah akan dilakukan segera,” katanya.

Tuesday 21 June 2011

CATATAN PERIBADI ANAK MARANG DIPENDALAMAN


Gua bukannya ahli PAS tetapi gua sokong dasar parti itu yang berpegang kepada Al-Quran dan Hadis sebagai perlembagaan tertingginya. Gua sebenarnya disenangi oleh ahli PAS dan juga ahli Umno kerana gua boleh berbahas tentang apa-apa isu pun berkaitan politik. Gua mengenali PAS pada 1977, iaitu setahun sebelum PAS kehilangan Kelantan.

Ramai kenalan gua terdiri dari ahli Umno dan keluarga gua pula adalah penyokong kuat PAS walau pun gua sendiri bukan ahli mana-mana parti. Gua selalu mengikuti ceramah-ceramah PAS dan Umno, gua bukan jenis terima bulat-bulat apa yang dikatakan para pemimpin Umno atau pun pemimpin PAS. Dulu gua menyokong Anwar semasa beliau memimpin ABIM bersama dengan al-Marhum Ustaz Fadhil Noor.
Ketika itu TG Haji Hadi adalah Yang Dipertua Abim Terengganu sebelum beliau meletak jawatan dari kerajaan Terengganu yang dipimpin Wan Mokhtar. Sebenarnya jawatan TG Haji Hadi ialah pagi masuk petang balik, tiap-tiap bulan terima gaji. Beliau disediakan sebuah meja dan sebuah kerusi tanpa melakukan apa-apa kerja kerana Wan Mokhtar cuba mengikat beliau dari masuk politik selepas pulang dari pengajiannya dia di Asia Barat.

Ini adalah cerita yang beliau ceritakan pada gua semasa gua bertandang di rumahnya bersebelahan masjid Rusila dan masa itu beliau telah menjawat sebagai Timbalan Presiden PAS. Dua minggu sekali beliau datang mengajar agama di kampung orang tua gua yang terletak diperdalaman daerah Marang. Gua pernah bersama-sama ahli PAS memenangkan beliau untuk ahli parlimen Marang dan Dun Rusila pada 1990.
Waktu itulah wujudnya pengundi hantu yang dibawa dari Pekan, Pahang iaitu pekerja kilang milik seorang bilioner yang terkorban dalam nahas helikopter di Pahang. Jika tidak kerana kerja keras ahli-ahli PAS, pasti TG Haji Hadi akan kecundang kerana lebih 3000 ribu pengundi hantu dapat ditahan. Walau pun gua bukan ahli PAS tetapi gua menghormati beliau sebagai seorang Tok Guru.

Gua selalu mendengar cerita-cerita tentang 'Karamah' beliau, tetapi bagi gua ianya hanyalah sebagai berita dari penyokong fanatik beliau. Untuk segelintir lu yang kurang tahu tentang apa itu 'Karomah', maka gua story sikit kat lu. Gua pun bukan tahu sangat walau pun gua banyak membaca tentang Karomah-Karomah orang alim seperti Sheikh Abdul Kadir Jailani, Tok Kenali, Tokku Paloh, Tuan Tulis dan ramai lagi.

Karomah ialah suatu perkara yang luar biasa di mana akal kita pun tidak boleh memikirkannya kerana ia cukup luar biasa. Karomah hanya diberikan kepada orang-orang alim atau ahli sufi sebagaimana Allah s.w.t. memberikan Mukjizat kepada Rasul-Rasul Nya dan sebesar-besar Mukjizat ialah Al-Quran yang diturunkan kepada kekasih Nya Rasulullah s.a.w. Sepertimana Allah s.w.t. berfirman, "TidakKU jadikan alam ini melainkan kerana kasihKU terhadap Nur Muhammad.

Dengan kekuasaan Allah s.w.t. kepada hambanya, gua telah ditunjukkan di hadapan mata gua sendiri kehebatan TG Haji Hadi dan cerita ini gua kongsikan bersama lu all. Pada satu malam di mana giliran TG Haji Hadi mengajar kuliah agama di kampung orang tua gua. Kebiasaaannya gua akan ke masjid untuk mendengar kuliah agama dan solat bersama-sama dengan TG Haji Hadi.

Nak jadikan cerita, kebetulan hari itu gua keberatan untuk ke masjid dan gua hanya duduk kat lambor (beranda) rumah ajer. Kuliah TG Haji Hadi boleh didengar melalui pembesar suara dan kebetulan pula rumah gua hanya 40 meter sahaja dari masjid. Selepas solat Maghrib kuliah pun bermula, gua dapat mendengarnya dengan jelas.

Tiba-tiba kedengaran guruh dan petir yang amat kuat dengan ribut berserta hujan yang lebat. Tidak semena-mena elektrik terpadam di seluruh kampung orang tua gua kerana ia dialirkan oleh satu pencawang kecil yang terdapat di kampung itu. Biasa ler bagi sebuah kampung yang terpencil dari daerah Marang bila berlaku blockout, semua rumah terpadam tetapi masjid tempat TG Haji Hadi cerah benderang seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Semua orang yang berada didalam masjid tidak mengetahui apa yang berlaku. Selepas kuliah yang disampaikan oleh TG Haji Hadi hampir selesai, elektrik kembali pulih dengan izin Allah s.w.t. Ketika itulah gua terpegun dan tidak semena-menannya bulu roma gua naik menegak kerana melihat sendiri keajaiban yang Allah s.w.t. tunjukkan kepada gua.

Keesokan paginya gua story kat orang-orang tua yang berada dalam masjid apa yang berlaku, mereka semua terkejut dan mengucap panjang mendengar cerita gua. Gua rasa inilah keajaiban yang hanya sekali dalam seumur hidup, gua dapat menyaksikan 'Karomah' seorang alim. Gua memang banyak mendengar Karomah TG Nik Aziz dan TG Hadi Hadi tetapi inilah pertama kali gua melihat di hadapan gua dalam keadaan sedar dan waras. Gua ada tanya kat ustaz-ustaz dan mereka kata gua dikira bertuah melihatnya.

Kalau Rosmah ker, pemimpin Umno ker, Perkosa ker, Pukida ker dan yang sewaktu dengannya, gua boleh kata hari-hari dengar dan lihat KARAMamah mereka, malah lebih hebat lagi. Pagi ada kat Malaysia, petang dah ada kat Qatar, sampai Qatar tangan kosong, tiba-tiba RM300,000 jatuh dari siling. Pergi New York dengan tangan kosong, bila balik penuh barang 2 kontena. Pagi ada kat Seri Perdana, malam dah ada kat hotel bajet USD 30,000 satu malam. Inilah sebahagian KARAMamah yang dimiliki oleh Rosmah, belum lagi yang lain-lain. Kalau nak story KARAMamah mereka semua, gua kena karang buku 20 jilid.