Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Tuesday 14 June 2011

SUDUT BERITA

Halang ayah sembelih ibu
KAJANG: Tindakan pantas tiga beradik menyelamatkan ibu mereka berusia 30-an daripada disembelih suaminya dengan parang apabila tiba-tiba ‘naik hantu’ selepas bergaduh dalam kejadian di rumah mereka, di Taman Kelab Ukay, di sini, kelmarin.
Difahamkan, pergaduhan kira-kira jam 7.30 malam itu berlaku selepas suami mangsa yang berusia 40 tahun berang dengan sikap isterinya yang pergi melancong ke luar negara bersama kawan-kawan tanpa memaklumkan kepadanya.
Berikutan itu, berlaku pergaduhan sebelum suaminya yang bekerja di sebuah syarikat swasta berang dan bertindak lebih kejam apabila mula menampar muka, menumbuk badan dan menghentak kepala isterinya ke dinding.

Akibat tindakan itu, si isteri lebam dan cedera di badan.

Sumber polis berkata, pada mulanya pasangan itu berbincang berikutan si isteri melancong ke luar negara tanpa memberitahu suami sebelum menjadi lebih panas apabila lelaki terbabit hilang pertimbangan dan mula menampar muka serta memukul isterinya.



Cinta berputik di kubur
RAWANG: Cinta pandang pertama di perkuburan Islam Bandar Tasik Puteri, Rawang di sini, membawa seorang warga emas yang juga Imam 3, Masjid Bandar Tasik Puteri (MBTP), Idris Muhammad Sharif, 72, ke jenjang pelamin bersama Junanaah Zakaria, 53, kelmarin.
Pasangan berkenaan mengakui gementar pada saat majlis pernikahan itu dimulakan, namun gembira hasrat mereka mendirikan mahligai tercapai.

Idris berkata, semuanya bermula di tapak perkuburan selepas kematian isterinya, Miah Bidin, 64, pada 2009.
“Sejak kematian isteri, saya menziarahi kubur arwah setiap hari. Pada masa sama, saya lihat ada seorang wanita turut ada di situ menziarahi kubur arwah suaminya.

“Setiap kali bertemu, kami tak bertegur sapa. Namun hati ini terdetik hendak bertanya sesuatu tapi terasa malu. Di situlah hati saya terdetik memikat hati wanita berkenaan,” katanya. Sementara itu, Junanaah berkata, dia menziarahi kubur arwah suaminya setiap hari sejak Mohd Isa A Yasih, 71, meninggal dunia juga pada 2009.

“Saban hari saya menziarahi kubur arwah suami manakala abang (Idris) menziarahi kubur arwah isterinya. Kami hanya berpandangan tapi tak berani bertegur sapa. “Pada Mac lalu abang merisik dengan menghubungi saya sendiri tanpa menerusi orang tengah. Dia menyatakan hasratnya untuk memperisterikan saya. Saya terpinga-pinga kerana tak tahu dari mana abang dapat nombor telefon saya tapi inilah yang dikatakan jodoh,” katanya.
Menerusi perkahwinan pertama, Idris dianugerahi lima anak dan lapan cucu manakala Junanaah pula mempunyai dua anak dan enam cucu.



Kambing wajah filem animasi

ALOR GAJAH: Seekor anak kambing yang baru tiga hari dilahirkan di Kampung Baru (2) Gadek berwajah pelik menyerupai watak makhluk asing ‘Sully’ dalam filem animasi ‘Monster Inc’ dan didakwa mengeluarkan suara seperti bayi.
Anak kambing diberi nama ‘Mewa’ sempena singkatan ‘Istimewa’ oleh pemiliknya, Zakaria Husin, 70, yang mula menyedari keanehan pada haiwan ternakannya itu yang dilahirkan kembar di kandang miliknya.

“Ibu kambing itu melahirkan anak kembar dan ketika hendak membersihkan bendalir pada tubuh seekor anak kambing itu, saya terkejut melihat wajahnya yang pelik tidak seperti kebanyakan kambing lain dengan matanya tersembul keluar. Seekor lagi anak kambing itu dilahirkan normal,” katanya.
Lebih mengejutkan, Zakaria mendakwa anak kambing itu tidak mengembek kerana bunyinya seakan-akan bayi menangis dan ada ketikanya dia mendengar ia seolah-olah menjerit perkataan ‘mak’.

“Saya kasihan melihat keadaan fizikalnya dan disebabkan wajahnya yang unik itu menyebabkan dia sukar berdiri dengan betul dan kepalanya bergoyang ke kiri dan juga ke kanan serta tidak stabil, selain lidahnya terjelir sejak lahir,” katanya.

Menurut Zakaria, ‘Mewa’ tidak boleh menyusu ibunya sendiri kerana lidahnya sentiasa terjelir dan dibantu dan jika tidak ia tidak duduk diam, malah akan mula merengek seperti bayi
PELIK...Zakaria menatang anak kambing kesayangannya yang dilahirkan tiga hari lalu menampilkan keunikan pada wajahnya.

No comments:

Post a Comment