Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Saturday 25 June 2011

LYNAS


BENCANA TIDAK BERPERI

Ramai bertanya kepada saya tentang isu Lynas. Macamana? Tak kurang juga yg menganggap saya terlebih pakar daripada pakar. Sementelah lagi bila dah ada seakan “wahyu” baru, menyebabkan sudah ada rakan yg mula menarik “hand break”.
Isu Lynas mesti dilihat secara menyeluruh.. Pandangan semua pakar mesti diambil kira. Pakar Nuklear, Pakar Kejuruteraan Kimia, Fizik, Pakar toksikologi, pakar alam sekitar, pakar perubatan dan beberapa pandangan lain.
Adalah tidak adil kalau hanya merujuk pada pakar nuklear sahaja. Hendak siapkan satu bangunan pun mesti merujuk kepada beberapa pakar yg berkaitan... Takkanlah nak bina logi pemprosesan radioaktif kita hanya bertanya pada pakar nuklear?
Lupakah kita dengan kenyataan pakar Nuklear sebelum berlakunya Tsunami di Jepun. kata seorang pensyarah berkaitan teknologi nuklear di sebuah universiti di Jepun “Sekiranya berlaku gempa bumi, larilah ke loji nuklear!”. Menunjukkan keyakinannya kepada tahap keselamatan dan bahaya radiasi. Inilah pandangan orang orang yang menghargai nuklear. Lihatlah apa yg berlaku di Jepun hari ini.
Saya mewakili penduduk yg terdekat dengan Lynas. Rumah saya 5 km sahaja dari logi tersebut. Manusia manusia yg “berfatwa” selamat, duduk nun jauh ratusan km dari perkampungan kami.
Pada awalnya penduduk kampung sekitarnya tidak tahu apa yang hendak ditanya tentang radioaktif ini. Kerisauan penduduk hanya mampu diluahkan dalam bentuk soalan “selamatkah?”, “perlukah?” bagaimana kalau..?
Rakyat bukan sahaja mesti selamat.. rakyat juga mesti rasa selamat. Persoalan hari ini, rakyat terbanyak di Kuantan tidak rasa selamat. Jaminan Kerajaan dan pakar tidak meyakinkan.
Kami tidak bertindak berdasarkan emosi, tidak juga dipengaruhi oleh kepentingan politik tertentu. Kerisauan penduduk berasas. Bukan soal ‘kejahilan’ mereka tentang radioaktif, tetapi ada isu yang lebih besar di sebalik itu. Lihatlah fakta-fakta ini.
1.             Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2-3 KM dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dalam jarak 40KM dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35KM dari kawasan penempatan penduduk.
2.             Projek ini disembunyikan daripada pengetahuan rakyat. Tiada ‘public consultation’ atau Konsultansi dari pihak awam. Operasi pembinaannya benghairankan bermula pada tahun 2008. Kami dipanggil pada tahun penghujung tahun 2009. Kami dipanggil atas nama PAS negeri Pahang. Kami dimaklumkan perjumpaan ini disertai oleh staf kanan Lynas, Pegawai AELB dan Seorang ahli Parlimen dari Selangor.. Ada sesuatu yg tak kena, saya pada ketika itu menjawat Jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS, mengambil sikap tidak hadir, sebagai tanda saya tak bersetuju kami dipanggil dalam keadaan tergesa-gesa dan dalam kumpulan yg kecil tanpa disertai oleh pakar yg berkaitan dipihak kami. Lebih menghairankan lagi, Ahli Parlimen dari Selangor bercakap bagaikan seorang yang bermajikan Lynas untuk meneutralkan penentangan kami. Dalam keadaan tidak memiliki fakta rombongan PAS Pahang terpinga-pinga kebingungan dan mengambil sikap, tunggu dan mencari maklumat lagi dari pelbagai sumber yg lain.
3.             EIA (penilaian Kesan Alam sekitar) dan RIA (penilaian Kesan Radiologi) disembunyikan dari pengetahuan kami. Sehinggalah hanya dipamer pada 30 Mei lalu. Dimana rasionalnya projek yg sudah hampir siap, tetapi EAI dan RIA baru dipamerkan sekarang.
4.             Penduduk dikelirukan dengan fakta yg bercanggah. Diperingkat awal dikatakan tidak mengandungi radiasi. Kemudian dikatakan paras radiasi rendah dan selepas diasak radiasi yg bahaya boleh dikawal dengan teknologi . Aduhai.. pakar.. oh pakar... Tiba tiba Menteri MOSTI Datuk Seri Maximus Ongkili berkata nadir bumi dari Mount Weld mengandungi radioaktif sederhana. Mana yang betul?
5.             Lebih menghairankan penduduk, bahan galian yang nak diproses dibawa nun sejauh 3000km dari Australia untuk diproses disini. Tiada negara membangun yg berani meneroka industri yg menguntungkan ini. Malahan dari Australia berkata, terdapat 18 Akta yang perlu Lynas ikuti untuk kerja-kerja perlombongan di Mount Weld. Berapa banyakkah Akta di Malaysia untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan persekitaran terpelihara?.
6.             Lynas menjadi anak emas, apabila dikecualikan cukai selama 12 tahun. Kita dimaklumkan Lynas akan mengaut keuntungan sehingga 8 billion setahun, namun kerajaan tak dapat apa apa keuntungan melalui cukai.
7.             Jumlah bahan kombinasi kimia yg digunakan sebanyak 505,420 tan setahun. Penggunaan Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik sahaja sebanyak 704 tan sehari atau 257,012 tan setahun yang diketahui umum bertoksid tinggi dan bersifat menghakis itu juga boleh mengancam keselamatan, kesihatan dan persekitaran. Bagaimana pula kesan dari pembebasan Gas Radon yg tinggi yang diketahui umum penyebab 20,000 kematian di Eropah setiap tahun yang juga boleh tersebar melalui udara jika tidak diurusselia dengan baik oleh pihak pengurusan Lynas dan dipantau secara ketat oleh agensi pihak berkuasa.
8.             Sisa radiaoaktif ini akan ditanam di Gebeng. Sekali lagi Lynas dapat keistimewaan. Kilang lain tak mendapat keistimewaan melupus sisa industi (bukan radioaktif) di kawasan industri mereka. Sehingga kini Pelan Pengurusan Sisa tidak diumumkan. Bagaimana sisa diurus? Pengarah AELB mendakwa Lynas hanya kan menyimpan sisa di sini dalam jangka waktu tertentu, CEO Lynas pula mendakwa mereka sudah dapat keizinan dari kerajaan Malaysia untuk meninggalkan sisa di sini buat selama lamanya. Lawak bodoh apakah ni?
9.             Penggunaan air 500 meter padu sejam sebagaimana yg dimuatkan dalam laporan EIA dan RIA. Bayangkan satu hari... bukankah hampir menyamai penggunaan air seluruh warga Kuantan. Bagaimana air beradioaktif ini dirawat? Apa jadi pada sungai Balok kalau air ini dialir masuk ke Sg Balok yg dah sedia tercemar. Tambahan pula, Balok kini adalah kawasan banjir kilat. Hanya 3 atau 4 jam hujan lebat tanpa henti, beberapa taman perumahan sekitarnya akan dinaiki air separas pinggang. Bayangkan selepas Lynas beroperasi. Air sungai bakal tercemar dan rumah bakal tenggelam lebih parah dari sebelum ini.
10.          Percayakah kita dengan penguatkuasaan undang undang di Malaysia. Dalam kegagalan tahap integriti Malaysia. Kita tak percaya pada agensi penguatkuasaan yg diganggu oleh orang politik. Mengapa pula kita semacam dipaksa untuk percaya dalam isu Lynas ini. Kita tinggal di sebuah negara yang maju tetapi jalanrayanya berlubang-lubang, stadium runtuh, sekolah roboh. Banyak projek diselaputi konflik dan amalan rasuah, nepotisme dan kronisme, semua ini menjadi asas keraguan terhadap integriti kerajaan. Tambahan pula, kebebasan dokumen serta maklumat dikongkong melalui akta-akta seperti ISA, OSA dan yang seumpama dengannya.
11.          Di Kuantan Jualan hartanah merudum sebanyak 50% sejak Mac. Nilai Rumah menyusut sebanyak 20%. Bank juga dilihat sudah keberatan untuk memberikan pinjaman. Perkara ini disahkan kepada Malaysia Insider oleh Pang Wong Piang, Pengerusi Dewan Perniagaan Cina yg juga pemaju perumahan terbesar di Kuantan. Kerajaan BN telah memberi ‘Subsidi Radiasi’ untuk pembeli-pembeli rumah di Kuantan
12.          China dan USA yg merupakan negara pengeluar Rare Earth terbesar hari ini mengakui pemprosesan bahan ini menyebabkan penyakit serius dan kemusnahan alam sekitar.
13.          Wartawan antarabangsa turun ke Kuantan. Aljazera, Blomberg, Korean New, NHK, ABC dan banyak lagi. Adakah mereka datang merentasi ribuan km untuk mendapatkan berita “palsu” untuk siaran media mereka.
14.          Kenyataan Lynas yang memaklumkan bahawa sejumlah wang telah didepositkan oleh Lynas kepada kerajaan sebagai jaminan jika berlakunya pelepasan bahan bahaya daripada kerja-kerja pemprosesan mereka jelas menunjukkan tiada jaminan 100% dari Lynas bahawa pelepasan bahan bahaya ini tidak akan berlaku langsung.
15.          Peristiwa Bukit Merah seharusnya menjadi pengajaran. Satu ketika dulu pakar dari AELB mendakwa Bukit Merah selamat namun perkara sebaliknya berlaku. Di mana semua pakar ini pada ketika rakyat Bukit Merah bertarung dengan industri Rare Earth milik Jepun? Rakyat terpaksa mengadu di mahkamah selepas pakar-pakar ini ‘menikus’ mempertahankan orang politik yang lebih menjaga pelabur dalam Dasar Pandang ke Timur. Sehingga hari ini Bukit Merah menyimpan mimpi ngeri kecacatan dan kemusnahan yg bukan sedikit.
16.          Hari ini rakyat meluahkan kebimbangan.. MMA (Persatuan Perubatan Malaysia yg terdiri dari 13,000 pakar perubatan) Majlis Peguam Malaysia, Sahabat Alam Malaysia, Teras Keupayaan Melayu, Pertubuhan Kaum Sikh Pahang, Gamis (Gabungan Mahasiswa Islam) SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia) MCLM, MNS, CAP, FOMCA, Green Collition, ABIM dan banyak lagi NGO melahirkan kebimbangan. PAS Pahang, PKR dan DAP juga turut bersama kebimbangan rakyat.
Untuk 16 fakta kebimbangan kami ini, hanya dijawab dengan kalimah “dengarlah nasihat dari pakar.” Nasihat seumpama ini telah menerjah ke telinga kami sejak tahun 2009. Kami dah muak dengan kalimah “dengarlah nasihat dari pakar.”Kebimbangan kami tidak dijawab.
Fakta apa lagi yg dikehendaki. Habuan apa yg sedang dinanti. Kepentingan apa yg sedang dipertahankan sehingga kini. Isu Lynas bukan isu logi nuklear... Ianya isu sisa yg mengandungi radioaktif yg akan dilupuskan di Gebeng, 5 km dari tempat kami tinggal dan mencari rezeki.




SETENGAH JUTA TAN SETAHUN PENGGUNAAN ASID DI LYNAS

Ini adalah points yang Mr Lim CK dan Andansura present kepada panel antarabangsa. Point ini diambil dalam EIA yg dibentangkan oleh kerajaan dan dipamirkan di IPK, Perpustakaan awam, pejabat JAS dll. Point ini disalin balik sebab, EIA yg dipamirkan tak dibenarkan untuk fotocopy

Garisan merah. Cuba bayangkan jumlah asid yg digunakan setahun??? 505,420 tan/setahun... waw... Setengah juta tan asid digunakan setahun. 

dalam bulatan merah. Cuba tengok pula penggunaaan asid sulfurik dan asid hidrocloric.
110,238 tan/tahun + 146,774 tan/ tahun =
 257,012 tan setahun.
Maknanya penggunaan sehari untuk 2 asid bahaya ini ialah 
700 tan sehari

Dua asid ini bila bercampur, gas radon akan terbebas ke udara. Radon merupakan gas radioaktif yang menyebabkan kanser paru-paru.




GUNA AIR 500 METER PADU SEJAM

Bersiap sedialah orang kuantan untuk menghadapi krisis bekalan air. Lynas akan menggunakan air utk tujuan pemprosesan Rare Earth sebanyak 500 meter padu sejam..... (sila rujuk EIA dan RIA). apa??? 500 METER PADU/JAM.. 

Air itu akan dibuang ke sungai Balok. Mampukah air sebanyak itu dirawat sepenuhnya??? Kalau satu jam, 500 meter padu, Bayangkan 1 hari ... air yg akan digunakan oleh Lynas melebihi penggunaan air seluruh warga Kuantan. 

Tambahan pula sekarang ni, bila hujan lebat di Balok dalam 2 atau 3 jam, air sungai balok melimpah dan rumah penduduk di beberapa tmn perumahan akan dinaiki air separas pinggang. Bayangkanlah bila lynas beroperasi + dengan musim hujan .. alamatnya air akan mencecah paras bumbung... 

Adakah kerugian anda akan dibayar oleh penyokong Lynas... ???? Lu fikir laa sendiri..

No comments:

Post a Comment