Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Sunday 19 June 2011

APA NAK JADI.............

 Hari ini Media yang menjadi Lidah Rasmi sebuah Parti yang majority Ahlinya berbangsa Melayu dan berugama Islam telah menyiarkan satu kartun yang jelas menghina hukum Allah..

Pada 11 Jun 2007, Vilks telah dijemput untuk menyertai pameran kesenian dengan tema “The Dog in Art” (Anjing dalam Seni) yang telaj diadakan di pecan kecil Tällerud di Värmland, Sweden. Vilks menghantar tiga lukisan pena dan dakwat diatas kertas A4 yang menggambarkan Nabi Muhammad sebagai anjing di bulatan jalan(roundabout dog).


Lars Endel Roger Vilks (lahir 20 Jun 1946) ialah seorang seniman dari negara Sweden. Beliau dilahirkan di Helsingborg, Sweden dan beliau adalah seorang kafir yang tidak kenal apa itu dosa dan apa itu pahala sebagaimana yang diajarkan didalam Islam atau dalam lain ayat beliau Jahil..

Kerana kekafirannya itu bagi beliau apa yang dilukisnya itu adalah satu karya seni yang perlu dihargai..

Tetapi apakah pula yang boleh kita sifatkan tentang seorang kartunis mungkin beragama Islam dari Malaysia yang Islam adalah agama rasminya, melukis satu karikatur yang jelas menghina hukum Islam dan dibenarkan pula penerbitannya oleh sebuah Akhbar yang dimonopoli oleh Melayu yang berugama Islam?

Pada Ogos 2009 pula , apabila Mursyidul Am Pas Tok Guru Nik Aziz berkata beliau tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam."

Maka riuh rendahlah para pemimpin UMNO menghentam tindakan Tok Guru itu dan dalam masa yang sama menunjukkan betapa mereka amat sayangkan Islam.

Baca apa kritikan mereka terhadap Tok Guru seperti yang disiarkan oleh Lidah Rasmi UMNO dibawah ini..
Apa beza DAP dengan Salman Rushdie, pelukis karikatur Nabi?

KUALA LUMPUR 13 Ogos - "Apa bezanya DAP dengan Salman Rushdie dan pelukis karikatur Nabi Muhammad S.A.W sehingga ahli parti tersebut dibenarkan menghina agama Islam?"

Demikian soal bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang berang dengan sikap 'semua boleh' Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat termasuk dalam aspek menghina kesucian Islam oleh penganut agama lain.

Katanya,, kenyataan Menteri Besar Kelantan itu yang tidak mahu membantah tindak-tanduk pemimpin DAP dengan alasan parti tersebut bukan Islam dan kefahaman mereka terhadap agama suci itu tidak mendalam adalah alasan yang terlalu rapuh.

''Apa istimewanya DAP di mata Pas dan Nik Abdul Aziz sedangkan Salman diburu dan nyawanya difatwakan halal dibunuh kerana menghina al-Quran.

''Karikatur Nabi Muhammad pula menyebabkan seluruh umat Islam bangkit menentang termasuk ahli Pas. Mereka juga bukan Islam dan tidak mempunyai pemahaman yang mendalam tentang Islam," tegasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula kecewa dengan kenyataan Nik Abdul Aziz yang membiarkan segelintir pemimpin DAP menghina Islam dan menyifatkan kenyataan itu sebagai meragukan.

"Saya terkejut membaca kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa orang bukan Islam boleh menghina Islam apatah lagi kenyataan itu dibuat oleh seorang pemimpin parti yang berlabelkan Islam dan mendakwa memperjuangkan Islam.

"Setahu saya orang Islam tidak boleh menghina orang bukan Islam dan orang bukan Islam tidak boleh menghina Islam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahrizat, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, setidak-tidaknya Nik Abdul Aziz perlu menegur pemimpin DAP jika beliau benar-benar mahu menjaga kesucian Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom menegaskan, semua pihak harus sedar bahawa perbuatan seperti itu bukan setakat menghina individu tertentu, tetapi ia sebenarnya menghina Allah.

''Dalam konteks hubungan antara agama, kita tidak dibenarkan membuat penghinaan. Oleh itu, jika berlaku penghinaan terhadap Islam, kita wajib mempertahankannya kerana yang dihina itu bukan setakat individu tertentu, tetapi adalah Allah,''

Sementara itu di Melaka, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Noh Omar berkata, Pas sebagai parti yang memperjuangkan syiar Islam di negara ini sepatutnya lebih ke hadapan dalam memerangi pihak yang menghina Islam.

''Kenyataan Nik Abdul Aziz itu seolah-olah menunjukkan beliau mahu menggadai agama Islam demi kepentingan mereka termasuk mengatakan orang bukan Islam boleh menghina Islam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan jentera membajak dan menuai kepada pesawah di Kampung Parit Penghulu Benteng di sini hari ini.

Selain itu, katanya lagi, Mursyidul Am Pas tersebut sepatutnya memahami perbuatan DAP yang jelas menghina agama Islam sekali gus bertentangan dengan hak kebebasan beragama di negara ini.

''Dalam hak kebebasan beragama, kita dilarang untuk mengatakan perkara yang tidak baik dan tidak sesuai tentang agama lain.

''Saya hairan bagaimana Nik Abdul Aziz boleh membuat kenyataan itu, malah beliau juga pernah menyatakan sejak Pas dan DAP berkawan, DAP boleh membawa al-Quran dan untuk itu, mereka sudah memahami Islam," katanya.- Lidah Rasmi UMNO

Sekarang apabila Media yang menjadi Lidah Rasmi mereka pula menghina syariat Islam dimana mereka? Dimana Mohd Isa Abdul Samad, dimana Shahrizat, mana Jamil Khir Baharom dan juga dimana Noh Omar?

Mereka tidak mungkin akan membidas Lidah Rasmi UMNO itu kerana ianya alat untuk memperbodohkan masyarakat yang berkuasa bagi mereka.

Mereka juga menunjukkan kepada kita bahawa Islam bagi mereka hanyalah alat untuk mengekalkan kuasa mereka sahaja... kerana bilamana ada hukumnya yang bercanggah dengan kepentingan mereka.. Islam akan diketepikan oleh mereka..

Persatuan Ulama kecam karikatur Utusan Malaysia, dakwa hina Islam

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengecam karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini sambil menyifatkan ia menghina agama Islam.

Yang Dipertuanya Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir berkata, penyiaran karikatur itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.

Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.

Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video.

Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.

Dialognya berbunyi “Bagus... Alat itu pun boleh jadi bukti!”

Jelas Sheikh Abdul Halim, tindakan Utusan Malaysia melepaskan karikatur itu adalah tidak wajar dan boleh menyebabkan perpecahan antara umat Islam.

“PUM memandang serius penyiaran kartun dalam Utusan Malaysia disiarkan pada yang secara jelas menghina ulama dan Islam ... perkara ini tidak harus dibiarkan.

“Kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.

“Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru beliau mahu Majlis Fatwa Kebangsaan memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan susulan ekoran keberanian pelukis dan Utusan Malaysia menyiarkan karikatur begitu.

“PUM meminta supaya para mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama.

“Sehubungan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini,” katanya.

Selain itu, tegas Sheikh Abdul Halim, pihaknya juga mahu pelukis dan Utusan Malaysia didakwa kerana menghina Islam.

“Sepatutnya perkara sebegini sepatutnya mereka perlu mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan.

“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini di dakwa atas penghinaan ke atas Islam,” katanya yang turut menyarankan agar kerajaan mengadakan lebih banyak program untuk menyelesaikan isu berkaitan agama Islam.

Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor pula berkata sepatutnya pelukis karikatur itu perlu tahu bahawa tindakannya akan mengundang rasa marah umat Islam yang lain.

“Kartun ini hina Islam sebab dalam kes zina memang rakaman video tidak boleh dijadikan bukti tapi dalam kes rogol ia boleh dipertimbangkan dengan rakaman video itu disahkan dulu.

“Kes rogol bukan perbuatan zina, saya rasa pelukis ini silap dan tidak faham,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan juga mengecam sekeras-kerasnya Utusan Malaysia.

“Lakaran kartun tersebut jelas sekali memperlekehkan aspek sistem keadilan di dalam Islam dengan memaparkan seorang wanita yang mendakwa dirogol dan diminta mendatangkan empat orang saksi serta ditolak bukti melalui rakaman videonya,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari dalam satu kenyataan.

Kata beliau, jelas sekali mesej yang ingin disampaikan oleh rakaman tersebut ialah betapa zalim dan primitifnya Islam yang menggariskan syarat empat orang saksi lelaki yang adil dalam penghakiman kes zina serta liwat dan rogol.

“Perlu diingatkan bahawa, penentuan ini bukan dibuat oleh mana-mana pemimpin pembangkang khususnya PAS seperti yang mungkin ingin disampaikan melalui kartun tersebut, tetapi ia dibuat melalui firman Allah SWT,” katanya.

Tambah beliau, akhbar seperti Utusan Malaysia yang mendakwa membela Islam pula yang menjatuhkan maruah Islam dan memperlekehkan aspek penghakiman dalam kes zina dan rogol dengan menyiarkan lakaran kartun seperti ini.

Justeru, kata beliau, pihaknya menuntut supaya Utusan Malaysia menarik balik lakaran kartun ini dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia di atas kebiadapan menghina Islam dan sistem perundangannya.

“Utusan Malaysia juga sewajarnya layak diisytiharkan sebagai akhbar biadap yang paling bangsat di Malaysia di atas penyiaran lakaran kartun ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment