Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Wednesday 1 June 2011

PAS Kawasan Kemaman Mendapat Setiausaha Baru


Kemaman, 1hb. Jun : PAS Kawasan Kemaman mendapat Setiausaha Kawasan yang baru untuk sessi 2011/2013 ini apabila Ustaz Alias Abdul Hamid dilantik menerajui sekretariat tersebut berkuatkuasa beberapa hari lepas.
(Gambar - Mantan Setiausaha PAS Kawasan Kemaman, Haji Salahuddin Othman (kiri) menyerahkan beberapa dokumen kepada Ustaz Alias Abdul Hamid sebagai simbolik di upacara penyerahan tugas sebagai Setiausaha PAS Kawasan Kemaman yang baru untuk sessi 2011/2013).
Ustaz Alias adalah mantan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman bagi sessi lepas dan diamanahkan sebagai Ketua Penerangan PAS Kawasan pada sessi 2007/2009.
Majlis penyerahan tugas oleh mantan Setiausaha lepas, Haji Salahuddin Othman kepada Ustaz Alias telah berlangsung dalam suasana yang penuh mesra di Pejabat PAS Kawasan Kemaman, Jalan Penghiburan, Chukai beberapa hari lepas.
Alfadhil Ustaz Alias adalah seorang yang berpengalaman luas dalam aspek pengurusan dan pentadbiran parti. Beliau adalah mantan Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) dan memegang Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) selama beberapa penggal di zaman kepermudaannya.
Beliau pernah bertanding mewakili PAS di DUN Kemasik semasa PRU 1999 dan PRU 2004 dimana pada PRU 1999 beliau hanya tewas tipis sebanyak 115 undi kepada calon UMNO/BN ketika itu, Dato' Abu Bakar Ali.
Beliau juga merupakan Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik akan menamatkan pengajian peringkat Diplomanya dalam bidang Kewangan Islam dan Pengajian Perniagaan (Islamic Finance & business Studies) di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam tempoh terdekat ini.

No comments:

Post a Comment