Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Friday 13 January 2012

ANAK YATIM MASUK HOSPITAL KEMAMAN

11 Jan. 2012 Rabu, adik Mohd Syakir Firdaus 12 tahun darjah enam daripada sekolah rendah kebangsaan Air Putih yang tinggal di asrama telah dimasukan ke Hospital Kemaman kerana kemaluannya bengkak. Setelah membuat pembedahan kecil di hospital, adik Mohd Syakir telah dibenarkan pulang pada pagi 13 Jan 2012 Jumaat. 

Beliau yang ditemani Datuk Saudara sebelah arwah ayah. Sebelum ayahnya  meninggal, ibunya telah meninggalkan keluarga tanpa khabar berita sehingga sekarang. Walaupun berbagai usaha telah dijalankan mencari ibunya tetapi masih gagal. Adik Mohd Syakir Firdaus memnpunyai dua orang adiknya iaitu berumur 9 tahun dan 10 tahun yang masih belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Seberang Tayor yang tinggal bersama datuk saudaranya. Sepanjang berada di hospital adik Mohd Syakir Firdaus dihulurkan makanan oleh pelawat katil bersebelahan yang bersempati atas nasibnya. 

Alhamdulillah kru SKJ telah menghulurkan sedikit sumbangan kepada beliau. Apa yang diceritakan oleh adik ini, beliau tidak kenal suadara terdekat sebelah ibu dan ayahnya. Hanya datuk saudaranya yang sentiasa mengambil berat tentang halnya sahaja yang dia kenali.

Dan mengikut kata datuk saudaranya pula, keluarga yang terdekat dengan adik ini ramai tetapi tidak pernah bertanya khabar pun. "Apa boleh buat masing-masing ada keluarga sendiri, makan sendiri tidak cukup macamana mahu tanggung anak orang pulak" luahan rasa datuk saudara tentang prihal keluarga terdekat dengan adik ini.

No comments:

Post a Comment