Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Friday 6 January 2012

6 JAN 2012 JUMAAT PENDAFTARAN KAFA DARUL AFNAN

Alhamdulillah seramai 110 orang pelajar telah berdaftar sebagai pelajar di Kafa Darul Afnan SKJ. Pengambilan pelajar berumur 6 tahun sehingga 15 tahun sahaja. Waktu belajar hanya jam 8.30 pagi hingga jam 10.30 pagi setiap hari Jumaat dan Sabtu. Bayaran yuran pendaftaran RM10, yuran bulanan RM15 dan kertas yuran RM 5. Kafa Darul Afnan menawarkan diskaun kepada keluarga yang menghantar anaknya melebihi 3 orang.


Ustazah Hartini memberi peluang percuma kepada salah seorang pelajar yang ingin belajar sehingga bulan Febuari sahaja. Ini kerana pelajar berkenaan akan menghadiri kelas tambahan di sekolahnya setiap hari Jumaat dan Sabtu. Dan Ustazah adalah salah seorang tenaga pengajarnya. Alhamdulillah, InsyaAllah Kafa Darul Afnan sentiasa terbuka hati dan berlapang dada sekiranya pelajar menghadapi sebarang masalah.

Ustaz Faizan bertugas sebagai mudir.


Pertambahan pelajar dari tahun  ke setahun. walaupaun dikawasan sekitar ada juga menyediakan kelas kafa fardu ain. Tetapi tempat SKJ juga menjadi pilihan. Terima kasih.






Pihak SKJ dan Ustaz Faizan mengucapkan terima kasih kepada Ibubapa yang hadir kerana sudi menghantar anaknya ke kelas Kafa Darul Afnan. Terima kasih semua kerana Kafa Darul Afnan menjadi pilihan anda. Sedikit juadah makanan disediakan kepada yang hadir.

No comments:

Post a Comment