Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Monday 16 January 2012

ADAT BERTANYA



Perkara bertanya bagi saya tiada masalah asalkan kita boleh menjawabnya. Tetapi dalam persoalan bertanya, ada adat-adatnya yang patuh kita patuhi. Jika adat bertanya kita tidak menjaga secara sopan maka jawapannya pun yang kita terima kurang sopan ataupun tidak lengkap. Adakah kita puas?
Oleh itu perlu di ingat apabila kita berkereta dan bertanya arah perjalanan, seelok-eloknyalah turunlah kita daripada kereta dahulu dan hulurkanlah tangan bersalaman. Janganlah sesekali membuka cermin sahaja dan laungkan dimana arah perjalanan.
Perkenalkan diri kita dan ahli yang ada didalam kereta. Barulah arah pertunjuk,  akan orang berikan dengan puashati.  Selepas berpuashati meminta diri, bersalaman tanda terima kasih kita kepada orang yang sudi menolong.
Bayangkan anda daripada Johor hendak ke Paka singgah di Bandar Chukai Kemaman waktu malam berhenti bertanya arah perjalanan yang seterusnya. Tetapi anda hanya duduk dalam kenderaan hanya membuka cermin tingkap tanpa matikan enjin sahaja. Adakah orang akan memberi respon yang baik kepada anda? Walaupun alasan anda berikan emergency anak sakit, tidak pernah datang ke Terengganu dan tidak tahu arah tuju.
Teramat sukar untuk kita menolong, bayangan kejahatan manusia sekarang ini amat terbatas untuk kita percaya antara satu sama yang lain. Apatah lagi orang yang tidak pernah kita kenali. Sebab itulah adat-adat bertanya biarlah bersopan.
Teramat cantiknya jika kita singgah solat berjemaah dan selepas itu barulah kita bertanya arah perjalanan. InsyaAllah jawapan amat kemas dan menyakinkan. Bukan kita tidak mahu membantu sesama manusia, tetapi jagalah adatnya.




No comments:

Post a Comment