Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Tuesday 17 January 2012

Kebersihan di hospital



Cara penyucian di katil wad amat diragui kebersihan mengikut hukum syarak. Sebagai  orang Islam yang ada peraturannya mestilah kita patuhi. Sekiranya kita gagal mematuhi cara-cara bersuci sampai bilakah kita akan bersih? Hukum hakam yang diturun oleh Allah dan kepada RasulNYa, wajiblah kita ikuti. Apabila kita gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai orang yang sentiasa suci, maka syaitan akan sentiasa bersama kita. Sebab itulah sembahyang dan amal ibadat kita Allah tidak terima kerana kotornya kita.

Apa yang saya perhatikan di salah sebuah hospital kerajaan, cara penyucian air kencing persakit. Petugas dalam wab dan jururawat hanya memusingkan badan pesakit dan menarik kain cadar yang basah kuyup terkena air kencing dan terus menggantikan dengan yang baru. Adakah cara ini sesuai bagi orang yang beragama Islam? Apa yang saya lihat, kain cadar yang baru pun basah walaupun sedikit sahaja. Bayangkan jika pesakit itu kita wudukkan dia dan kita suruh solat. Sedangkan tempat itu dan badan pesakit sudah terkena najis.

Dan bertambah malang lagi apabila waktu melawat orang sakit di wad, pelawat akan duduk dibirai katil pesakit. Sedangkan sebelum waktu melawat tadi jururawat dan petugas dalam wad menukar kain cadar dengan cara tidak Islamik. Maka duduklah Al Ustaz, bayangkan jubah yang ustaz pakai tadi akan dibawa solat maghrib nanti sebagai iman.

Sebagai ringkasan perkara ini, saya rasa semua orang sudah tahu cara menyucikan kotoran ataupun najis ini tetapi buat tidak endah sahaja. Bermula hari ini pastikan diri, keluarga, rumah dan dimana-mana tempat yang anda singgahi pastikan kebersihannya. Dan untuk kita yang tidak mengetahuinya elok berhubung dengan Ustaz Don TV Al Hijrah jam 10 malam, panggil dia buat kuliah di masjid mahupun di surau hatta tempat kerja kita. Contohnya macam di hospital, teramat sangatlah pihak hospital perlu menitik beratkan perkara ini. Sebabnya 99.2 peratus petugas dalam wad dan jururawatnya yang beragama Islam. InsyaAllah cara pengggunaan bahasa dan praktikalnya lebih berkesan.

Bukan tugas saya untuk promosi mana-mana ustaz, tetapi cara penyampaiannya yang amat sesuai yang pernah saya pelajari mana-mana ustaz sebelum ini, dialah yang terbaik. Walaupun perkara ini dianggap kecil tetapi kesannya sangat besar sepanjang hidup kita. Sama-samalah mencari keredhaan Allah SWT. Dan kepada ibubapa yang mempunyai anak 3 tahun kebawah amat elok kita belajar semula cara penyucian dan cara tukar lampin pakai buang. Sebab banyak sangat kita alpa dengan cara menyuci ini.

No comments:

Post a Comment