Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Friday 6 January 2012

BILIK GERAKAN/MARKAS PRU13 HAMPIR SIAP

6 Jan 2012 Jumaat jam 8.30 pagi, kerja-kerja pembinaan bagi bilik gerakan dilakukan dengan gotong royong AJK SKJ dan skuad Surau Dusun Nyiur. Walaupun skuad Surau Dusun Nyiur sibuk kerana terlibat dengan masakan untuk program bersama YB Salehuddin Ayub di Taman Islam Bakau Tinggi bermula pada jam 7 malam. Tetapi masih meluangkan masa jam 9 pagi sehingga jam 12 tengahari bersama SKJ. Dan pihak SKJ mengucapkan JazakaAllah kepada Surau Dusun Nyiur kerana memberi seorang tenaga kerjanya kepada SKJ sehingga jam 6 petang.



Alhamdulillah kerja-kerja ini dapat diteruskan sehingga jam 12 malam.





InsyaAllah pada pagi 7 Jan 2012 Sabtu kerja-kerja akan diteruskan lagi kerana hanya tinggal bahagian ini sahaja lagi tanpa penyudahan yang cantik.


InsyaAllah disebelah malam nanti kerja-kerja pemasangan pintu dan tingkat dilakukan. Sesudah itu barulah kerja-kerja mengecat. Maka sudahlah bilik gerakan PRU13.

No comments:

Post a Comment