Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Wednesday 25 January 2012

BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA - BRIM

Gambar dirakam sewaktu pembahagian cek oleh kru JKKK.

Ini adalah salah satu suasana dimana Dewan Sivik dijadikan pengkalan pembahagian dana BR1M. Mengikut edaran surat, penama dikehendaki datang seawal jam 8 pagi. Anda bayangkan jam berapakah, warga emas akan datang ketempat ini? Sudah semestinya jam 7.30 pagi. 

Gambar dirakam sewaktu tunaikan cek dengan kru  CIMB.

Apakah perasaan anda apabila melihat suasana sebegini? Mungkin anda memberi cara yang terbaik dalam pembahagian RM500 kepada rakyat. Mungkin anda tidak akan menyusahkan rakyat. Untuk lebih dekat lagi mendalami perasaan anak muda, penulis bertanya "sudah pukul berapa anda beratur untuk dapatkan RM500?". "Dari jam 8 pagi saya datang, mendengar ceramah, selepas itu beratur untuk dapatkan cek, selepas itu beratur lagi untuk dapatkan RM500 dan sekarang jam 1.15 minit petang baru boleh, Alhamdulillah gaji saya hari ini RM500 serta kuih 3 biji dan 1 air kotak". katanya. Penulis bertanya lagi "Apa terjadi sekiranya pembahagian BR1M ini sehingga jam 12 tengah malam seperti yang terjadi di salah satu tempat dalam daerah Kemaman sehingga orangramai membaling kuih?" Jawapannya ringkas tetapi padat "Set orang gila buat kerja begitu". 

Oleh itu untuk memberi sesuatu kepada rakyat, janganlah menyusahkan rakyat sehingga menimbulkan banyak masalah kepada rakyat. Seperti keletihan melampau, lapar serta dahaga, masa yang terluang, kedudukan yang tidak selesa, perbalahan semasa beratur, bertelagah semasa semakan penama dengan JKKK dan macam-macam lagi kerenah. Walaupun pada zahirnya RM500 itu besar nilaiannya tetapi kita harus ingat perasaan amarah manusia atas cara yang menyusahkan mereka. Hak mereka untuk dapatkan BR1M RM500 yang telah diputuskan oleh kerajaan. Maka berilah kepadanya dengan cara baik dan betul. Jangan sampai untuk kempen PRU13 pula. Kenapa harus di persulitkan pembahagiannya? Adakah Dana BR1M ini hak PARTI? Persoalan ini harus dijawap oleh kerajaan secara jujur dan bukannya wakil parti. Orang ramai boleh menilai sekarang siapakah yang betul-betul menyenangkan perasaan hati rakyat. 

Suasana dalam dewan semasa tunaikan cek.

Bagi penulis, cara pembahagian dana BR1M ini adalah keterlaluan serta menyusahkan rakyat di pendalaman dan kerana kepentingan pihak parti sahaja. Walaupun pembahagian dana ini boleh dipuji tetapi perlaksanaannya adalah berbentuk kepentingan parti. Maka hancurlah parti ini apabila dikutuk dan dimaki hamun kerana pembuatan yang melampau-lampau kepada rakyat.

Maka rakyatlah tempat yang terakhir penyerahan kuasa. Bagi orang yang beriman kepada adanya Allah SWT, Tuhan segala pemilik alam ini, maka penyerahannya hanya kepada Allah SWT sahaja yang menentukan segal-galanya. 

No comments:

Post a Comment