Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Monday 30 January 2012

SAHABAT KITA KEUZURAN

27 Jan 2012 Jumaat selepas solat asar, AJK SKJ sempat meluangkan masa menziarah sahabat yang sakit. Sahabat kita Shiekh Abdullah sudah 2 bulan tidak boleh berjalan kerana sakit sendi ditambah pula pendengaran langsung tidak berfungsi dengan baik.

Atasan keperitan ini, penulis memohon sahabat membantu menghulurkan sedikit bantuan seperti kewangan dan kerusi roda bagi penggerakanya untuk ke bilik air. Untuk pengetahuan sahabat, sahabat kita tinggal dirumah sewa, anaknya bersekolah darjah 3 dan 4 di sekolah Rendah Kebangsaan Pusat. Isterinya terpaksa menjaganya sepenuh masa. Oleh itu sumber kewangan amat diperlukan. Tambahan pula sahabat kita terpaksa memakai lampin pakai buang. Bantulah sahabat kita ini.



Bacaan doa memohon agar Allah SWT menyembuhkan penyakit yang ditanggung oleh sahabat kita.


Inilah anak sahabat kita.

No comments:

Post a Comment