Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Wednesday 4 January 2012

3.1.2012 SELASA KULIAH BULANAN USTAZ AZHAR DI KEMAMAN

Bertempat di Masjid Al Solihin Permai Jaya. Kehadiran jemaah amat menggalakan. Alhamdulillah orang kemaman sudah beralih arah kearah keagamaan dalam kehidupan. Dahulunya ramai orang tidak minat untuk datang ke Masjid dan Surau. Tetapi sekarang ini sudah bertambah dan berubah. Syukur Allah SWT telah buka pintu hati orang Kemaman untuk sama-sama menggerakan dakwah Islam dan seterusnya menjadikan Islam yang memerintah dalam negari dan negara Malaysia. Amin.

Dalam sessi soalan, Ustaz mengulas tentang 31 Dis 2011. Beliau berkata bukannya menyambut tetapi mengubah anak muda ke satu tempat yang lain daripada lain. Alhamdulillah ramai anak muda kita yang terselamat. Apa yang hendak ditekankan oleh ustaz ialah artis adalah kepala atau ketua kepada remaja masakini yang sentiasa menjadi idola. Oleh kerana itulah satu pendekatan yang perlu dibawa. InsyaAllah ustaz akan sentiasa berjumpa dan sentiasa akan keterbukaan hati kepada artis.


No comments:

Post a Comment