Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Friday 6 January 2012

KEJUTAN BUDAYA

 Mutakhir ini, heboh diperkatakan tentang isu pelajar cemerlang SPM (2005) iaitu Nur Amalina Che Bakri (foto). Anak tunggal kepada Seorang Guru dan Jurutera DBKL itu berjaya mememperoleh 17A1 dalam 17 mata pelajaran yang diambilnya. Kejayaan beliau menggemparkan seluruh negara dan namanya terus harum untuk dijadikan idola kepada pelajar-pelajar selepas itu. Kini, segalanya seakan telah berubah. Kami tidak mahu memberikan komen yang tajam sangat dengan isu ini, kerana ia bukanlah isu politik dan sekadar peribadi semata-mata. Namuun, harus juga diingat bahawa Amalina adalah ikon kepada anak-anak muda terutamanya pelajar yang masih menuntut. Jika ini gambaran yang ditonjolkan, selepas menjadi pelajar cemerlang maka apakah beliau boleh dibanggakan lagi. Nampak benar akhlaknya sudah rosak tatkala jauh dirantau orang. Hubungan sosial merasaskan kepada gambar-gambar yang dipapar itu jelas menunjukkan Amalina kini sudah tersasar dari landasan. Buarlah apa jua pengakuan pun, gambar dan video terkini pengakuan beliau boleh menceritakan segalanya. Kenyataan beliau kononnya seluar ketat yang dipakai ketika bergambar seksi di sana adalah pemberian ibunya itu jelas menggambarkan dia memangh sudah ketandusan idea. Malah, ibunya pula boleh mengaku menghadiahkan seluar itu kepada Amalina. Wajarkah seorang ibu kepada anak cemerlang boleh berbuat demikian?. Di sini jelas menggambarkan keluarga terbabit memang sudah rosak identitinya. Amalina yang kini mengambil pengajian perubatan di Universiti Edinburgh, Scotland dikatakan gemar berfoya-foya dan bersosial dengan rakan-rakannya diluar negara. Malah, akibat tindakan itut pelajarannya kini dikatakan semakin merosot dan merudum

Semuanya gara-gara kejutan budaya. Wajarkah pelajar cemerlang seperti beliau boleh terkena kejutan budaya sebegitu?. Sedangkan ramai lagi pelajar Malaysia di sana yang masih mengamalkan cara hidup ketimuran dan Islam. Inilah yang dipersoalkan oleh orang ramai sekarang. Terkini, cuba lihat video jawapan balas beliau melalui bantuan Skype yang dilakukan oleh kalangan wartawan tempatan sendiri di rumah keluarganya di Kota Tinggi, Johor. Video ini telah disiarkan oleh Buletin 1.30 TV3 disebelah siang. Sama-samalah anda nilai sendiri dengan apa yang disaksikan ini.

Lihat, gaya buka aurat dan aksi romantis Nur Amelina dengan jejaka Mat
Saleh yang cetus kontroversi beliau selaku Pelajar Cemerlang SPM 2005

Semoga anak beranak, adik beradik, saudara mara kita terkecuali daripada gejala moral yang tidak sihat ini. Sesungguhnya kepada Allah SWT jua tempat kita memohon perlindungan. 

No comments:

Post a Comment