Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Saturday 7 April 2012

PEMBINCANGAN PEMBELIAN KABIN UNTUK PASTI AL FALAH SKJ

6 April 2012 Jumaat jam 10 pagi. 4 orang AJK SKJ dan Encik Saiful melihat sendiri keadaan kabin di syarikat Grace yang dibuka tender pembelian.

Tandas akan diberi percuma sekiranya pembelian 2 buah kabin. 

Kabin yang sudah lengkap dengan air cond 1.5 sebanyak 3 buah akan diberi percuma.

Encik Ariffin adalah manager bahagian Maintenace orang yang penting dalam tender pembelian kabin. Mengikut pembincangan awal dengan SKJ, pihaknya menawarkan tender pembukaan RM5 ribu bagi 1 buah kabin lengkap air cond yang bersaiz 10 x 40 kaki. Hasil pembincangan ini, Encik Ariffin bersetuju untuk memberi keutamaan kepada SKJ dalam pemilikan kabin ini. Beliau mengharapkan pihak SKJ menunggu jawapan dalam tempoh yang terdekat ini setelah proses kemaskini segala data maklumat yang dikehendaki oleh pihak purching syarikat dapat dilakukannya. 
Hasil keputusan antara syarikat Grace dan SKJ, maklumat awal yang diterima Alhamdulillah. SKJ akan dapat membawa kabin ini dengan pembelian 2 buah kabin yang berharga RM10 ribu. Oleh itu sukacita memaklumkan bahawa SKJ memerlukan dana untuk pembayaran pembelian kabin dan hal-hal berkaitan. Sebagai kira-kira awal kos pembelajaan yang diperlukan ialah RM14 ribu (2 buah kabin RM10 ribu, lori panjang 2 buah 1 ribu, lori kecil 1 buah RM150, pembelian air cond 1 buah RM1,200, sewa crane RM350 dan kos baikpulih tambahan RM1.300). Kos ini belum termasuk dalam pembinaan bumbung. 
Encik Saiful orang perantaraan antara SKJ dan Syarikat Grace.

Encik Zainal adalah pekerja di Syarikat Grace yang memberi maklumat tentang pembukaan tender kabin kepada SKJ.

Syarikat yang menawarkan kabin kepada SKJ.

6 April 2012 Jumaat jam 9 malam. Surat permohonan tender pembelian kabin diserahkan kepada Encik Saiful sebagai wakil SKJ untuk diserahkan kepada syarikat Grace. Untuk makluman Encik Saiful adalah pekerja di ILP Gebeng Kuantan.

1 comment:

  1. Assalam,sy ad sebuah kabin 24kaki siap toilet untuk dijual rm2800,ade sisiapa yg berminat??pm/whatssup 0133600071 tq

    ReplyDelete