Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Monday 16 April 2012

Siswa di Dataran terima sumbangan khemah

Saudara Mohamad Karim dari Perak ditahan di Pudu Raya kira2 jam 12.00 tadi kerana memakai baju kuning Bersih. Beliau telah dibawa ke Pondok Polis untuk diambil keterangan.

Koh Jun Lin 

7:35PM Apr 16, 2012

Pelajar yang menduduki kawasan Dataran Merdeka untuk menuntut pengajian tinggi percuma menerima khemah baru hari ini untuk menggantikan khemah yang didakwa dirosakkan oleh pegawai Majlis Bandaraya Kuala Lumpur. 

Selain itu, kumpulan pelajar berkenaan turut menerima sumbangan daripada orang ramai dalam perkhemahan yang masuk hari ketiga hari ini. 

 
Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Haziq Abdul Aziz berkata, kumpulan pelajar berkenaan menerima sekurang-kurangnya empat khemah pada Sabtu, yang didirikan selepas ratusan kumpulan pelajar berkenaan berhimpun dan berarak di pusat bandar Kuala Lumpur. 

Lima lagi khemah diterima pada malam tadi kata Haziq yang menambah, kumpulan pelajar itu juga menerima sumbangan makanan, minuman, dan wang tunai beberapa kali sehari. 

Malah, mereka menerima begitu banyak makanan sehingga terpaksa didermakan kepada golongan tidak berumah, katanya. 

Tiga khemah berkenaan, daripada sekurang-kurangnya 12 khemah yang dimiliki mereka kini didirikan di Dataran Merdeka. 

Khemah selebihnya kini disimpan, kata Haziq lagi yang ditemui selepas insiden yang dialami mereka pagi ini di mana salah satu daripada khemah itu didakwa diruntuhkan pegawai DBKL. 

Admin: Aku sokong tapi jaga sikit adab2, maklum la orang muda 
darah panas..sokong pendidikan percuma drp harta negara 
habis 'dipercumakan' oleh orang2 tetentu, ngara x kan bnkrap 
klau bagi pendidikan prcuma, ttpi ngara akn bnkrap bila 
rasuah brlaku, mnteri kata pulangkan duit ptptn kalau stuju 
ptptn dmnsuhkan..ttpi pulangkan juga duit 
rakyat.. 
1, duit lembu 250 juta 
2, duit perwaja yg tak trkira bnyaknya 
3, duit stadium runtuh d trg lbih 250 juta 
4, duit pkfz 
5, duit moonson cup yg diakui oleh mnteri sukan mmbazir 
6, hutang tajudin ramlei 500 juta 
7, duit mas 
8, duit jmbatan bengkok yg gagal hangus mcm tu je duit 
9, duit kapal selam 
10, duit enjin jet yg hilang 
itu baru sebahagian..

No comments:

Post a Comment