Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Sunday 15 April 2012

Karnival Sukan Pasti Kawasan Kemaman 2012

 
Kemaman 14 Apr : Sukan tahunan PASTI Kawasan Kemaman telah berjaya diadakan di perkarangan Surau Feri, Kemasik.
  
Program bermula jam 9.00 pagi dengan perbarisan peserta dari PASTI-PASTI qaryah disusuli lafaz ikrar PASTI.
  
Majlis dirasmikan pengarah Majlis Tindakan Dun Kijal, Ustaz Alias Abd Hamid merangkap Setiausaha PAS Kemaman.Menurut pengarah program, Abdul Rolit  kejohanan ini merupakan sesuatu yang mesti dilaksanakan secara kerap kerana ia dapat memupuk semangat persaingan disamping dapat memugarkan aktiviti-aktiviti yang menyihatkan badan.
  
Kejohanan tahun ini disertai oleh 16 pasukan bola sepak dan 8 pasukan bola jaring dari 23 qaryah terdiri dari PASTI Adam Mak Chili, PASTI Al-Mahabbah Bukit Kuang, PASTi Nur Islam Bukit Mentok, PASTI Darul Yakin Batu 4, PASTI Nurul Ehsan Pasir Minal, dan PASTI Al-Jihadi Paya Berenjut.

Turut serta ialah PASTI Bestari Al-Hikmah, PASTI Al-Qamariah Binjai, PASTI Al-Falah Kg Jaya, PASTI Al-Amin Kijal, PASTI Syawal Cheneh, PASTI Permai Jaya, PASTI Nur Nabila Teluk Kalong, PASTI Ammar Chabang,PASTI Ar-Rahman dan PASTI Abrar, masing-masing di Kerteh.
  
Turut hadir ialah Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Penyelaras PASTI Kawasan Kemaman merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman.
 















No comments:

Post a Comment