Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Wednesday 4 April 2012

Penjawat Awam Tersenyum Lebar

 

Sehari dua ni penjawat awam tersenyum lebar bila tengok gaji baru yang naik boleh tahan banyaknya tu. Walaupun gaji tu belum dapat, tapi senyum tetap senyum dulu, itu pasti. Jangan lupa, elaun Cola pun naik RM 50 juga. Dan yang lebih penting adalah berangan dulu apa nak beli. Ada yang dah rancang nak beli kereta baru, beli rumah baru, repair rumah, pergi melancong dan sebagainya.

Simpan Duit

Apa pun rancangan kita, sepatutnya kita banyak menyimpan untuk masa depan. Hari ini kita senang, esok lusa dan hari mendatang, belum tentu kita senang macam sekarang. Ada orang tak boleh kalau ada duit, mesti nak dihabiskan saja. Ada yang berpendapat, daripada duit habis, lebih baik beli dan bayar untuk rumah dan kereta, habis juga duit. Pada saya, kalau nak beli rumah ker, kereta ker, repair rumah ker, kenalah ada perancangan, hati-hatilah jangan sampai terperangkap dalam hutang sehingga membebankan.

Mydin

Semalam saya beli satu buku bertajuk 'Mydin'. Siapa Mydin tu, bukan Ustaz Sulaiman Mydin yang terkenal tu, tapi Mydin yang kaya dan berjaya dengan empayar pasarayanya seluruh negara tu. Saya baru baca buku tu separuh tapi saya ada minat untuk meneruskan bacaan saya. Ini kisah Mydin yang mula dia niaga kat Penang sebelum merdeka. Lepas merdeka dia pindah ke Kelantan, berniaga di sana. Kemudian buka cawangan lagi di Kuala Terengganu dan sampai sekarang sudah ada hampir seluruh negeri di semenanjung.

Dari situ, bermulalah menapak satu perniagaan yang dibina dengan usaha yang gigih untuk berjaya. Hasilnya, sekarang Mydin dah usia 80-an dan anaknya meneruskan perniagaan pasaraya Mydin yang menandingi kehebatan pasaraya seperti Gaint, Econsave, dan lain-lain. Yang saya lihat, Mydin melatih diri dan anak-anak dia dengan jimat cermat, simpan duit dan memerlukan masa berpuluh tahun untuk berjaya.

Kenapa Tak Boleh Simpan Duit ?

Saya berbual dengan seorang yang akan naik gaji lebih kurang RM 250 sebulan. Sebelum tu, saya tanya, selama bekerja dalam 7 tahun ini, berapa ratus dia ada simpan dalam sebulan ? Soalan tu lambat dijawab, akhirnya dia mengaku, adalah dalam RM 100. Lepas tu, dia jawap gagap, katanya, itu pun kadang-kadang ada simpan, kadang-kadang tak.

Saya dah tahu, dia ada kereta yang lebih mahal dari kereta saya, ada rumah dan personal loan, campur tolak semua tu lebih 1,000 yang kena bayar sebulan. Okeylah, saya kata, selepas ini, mulai bulan depan, bolehkah simpan duit RM 250 sebulan ? Dia termenung seketika, kemudian saya tolong bagi jalan, yang duit RM 250 itu adalah jumlah kenaikan gaji dia nanti.

Kenapa selama ini tak naik gaji RM250, dia boleh hidup. Jadi kalau dah naik RM 250, tak bolehkah duit itu disimpan dalam Tabung Haji atau ASB ?

Jangan Fikir Kita Naik Gaji

Boleh ker kita jangan fikir kita naik gaji ? Sebelum ini pun kita tak sangka sangat kita nak naik gaji. Jadi, kalau kita tak naik gaji pun, kita dah cukup makan dan pakai setiap bulan. Kalau gitu, menyimpanlah.

Kalau baca cerita Mydin tadi, Mydin boleh berjaya sejak dulu, dulu bukan ada pinjaman pernaigaan mudah macam sekarang. Lagi satu, kalau Mydin berhutang dah tentu tinggi faedah banknya, bolehkah dia jual barang murah di pasaraya dia ?

No comments:

Post a Comment