Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Sunday 15 April 2012

ROBOHNYA PASTI JAYA INSAN BUKIT KATIL


BUKIT KATIL, Melaka, 15 April: Bangunan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Bukit Katil dirobohkan oleh pihak berkuasa negeri Melaka Sabtu lalu.

Bagi bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka yang mendirikan Pasti ini, Azrin Abdul Majid, tindakan ini hanya boleh merobohkan bangunan ini.

"Mereka boleh meruntuhkan bangunan ini tetapi tidak akan dapat meruntuhkan roh dan semangat perjuangan kita sekali-kali. 

"Ayuh, bangkit dan tumbangkan Umno/BN!" tulis Azrin dalam Facebooknya.

Bagi beliau, sejarah tidak akan terpadam. 

"PASTI dan Markas ini didirikan semasa saya menerajui Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dan Ketua Pengarah PASTI Malaysia. 

"Ia adalah hasil pengorbanan pemimpin, ahli dan penyokong PAS," tulis beliau.

Menurut beliau, bangunan ini telah dirasmikan oleh Allahyarham  Datuk Fadzil Mohd Noor, Presiden PAS pada tahun 2003.

No comments:

Post a Comment