Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Monday 9 April 2012

ZIARAH AJK SKJ YANG SAKIT

9 April 2012 Isnin jam 9.45 malam. 4 orang AJK SKJ datang menziarah Encik Zahari yang kurang sihat kerana demam dan batuk-batuk sudah 1 minggu. Rombongan AJK ini agak terlewat sampai kerana ada jemaah yang memohon untuk solat hajat di kedainya terlebih dahulu. Encik Zahari yang masih keletihan dan tidak bermaya untuk bersama tetamu memohon maaf kerana tekaknya terasa perit untuk bercakap. InsyaAllah selepas solat isyak pada 10 April kita akan adakan solat hajat memohon kepada Allah agar penyakit Encik Zahari dan Muslimin serta Muslimat akan cepat sembuh. Dan juga memohon kemenangan gerakan Islam seluruh dunia terutama Malaysia dalam Pilihanraya yang ke 13 nanti milih PR untuk menerajui negara yang tercinta ini. 


No comments:

Post a Comment