Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Monday 16 April 2012

Mahathir teruk dah

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) merujuk kepada kenyataan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri yang dilaporkan oleh agensi berita BERNAMA semalam yang mendakwa bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diwujudkan ketika YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. 

Berdasarkan fakta, kenyataan YABhg. Tun Dr. Mahathir itu adalah tepat namun demikian adalah mustahil bagi beliau untuk menafikan kenyataan bahawa ketika PTPTN ditubuhkan, beliau sendiri memegang jawatan Perdana Menteri dan YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak (kini Perdana Menteri) pula merupakan Menteri Pendidikan yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 di Dewan Rakyat pada ketika itu. 

Jika merujuk kepada handsard Parlimen Kesembilan, Penggal Ketiga, Mesyuarat Pertama (Jilid III, Bil. 26) bertarikh 13 Mei 1997 [dilampirkan], Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib (ketika itu Menteri Pendidikan) pada jam 9.06 malam. 

Rang undang-undang ini kemudiannya telah diluluskan dan dimaktubkan menjadi Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 dan seterusnya PTPTN telah ditubuhkan di bawah akta ini yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. 

Justeru, kenyataan YABhg. Tun Dr. Mahathir yang dilaporkan oleh media semalam tidak akan sekali-kali menafikan fakta bahawa inisiatif penubuhan PTPTN adalah dilaksanakan di bawah pentadbiran beliau yang ketika itu merupakan Perdana Menteri dan juga YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang ketika itu menjawat Menteri Pendidikan dan merupakan menteri yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional pada 1997. 



NAJWAN HALIMI 
Timbalan Ketua Penerangan 
Angkatan Muda KEADILAN

No comments:

Post a Comment