Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Thursday 26 April 2012

Saya tidak gentar

10:56AM Apr 25, 2012

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman berkata rumahnya di Kulai, Johor disimbah cat merah awal pagi tadi.

Menurut Mazlan, cat itu disimbah di bahagian beranda dan kaki lima pintu belakang rumahnya di Felda Bukit Ramon.

"Apakah motif mereka mahu menakut-nakutkan saya dan keluarga? Demi Allah, saya tidak gentar.

"Perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan membela rakyat tetap diteruskan!" kata Mazlan melalui SMS kepadaMalaysiakini.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata, kejadian pada jam 3.30 pagi itu disedari 3 pagi selepas Mazlan pulang berceramah di Parit Sulong.

Sambil menyatakan kekesalan terhadap kejadian itu, Suhaizan mengesyaki pihak cuba mengancam Mazlan, aktivis yang terkenal dengan kelantangan membangkitkan isu berkaitan Felda dan tanah.

Tambahan lagi, kata Suhaizan, ia kejadian ketiga dalam tempoh seminggu di Johor selepas insiden di markaz PAS di Mersing pada 19 April dan rumah pemimpin NGO Pengerang tiga hari kemudian.

"TANAH mendesak kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci terhadap motif kejadian dan mendakwa pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian ini.

"Ini bagi mengelakkan kejadian di ingini berlaku selepas ini," kata Suhaizan yang juga setiausaha NGO Gabungan Tanah Rakyat (TANAH) pimpinan Mazlan.
 


No comments:

Post a Comment