Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Saturday, 24 March 2012

YB Baham Tanah

KUALA TERENGGANU– Sebagaimana yang dijanjikan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut, seperti yang dicabar oleh Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said, hari ini Sabtu 24 Mac, Haji Wahid mendedahkan nama-nama YB Umno yang ‘baham tanah’.
Empat dari mereka adalah dari kawasan Parlimen Besut yang terdiri daripada Ahli Parlimen Besut sendiri, Abdullah Md. Zain, ADUN Jerteh Dato’ Seri Idris Jusoh,  ADUN Hulu Besut Nawi Mohamad dan ADUN Kota Putera Muhamad Pehimi Yusof.
 Keempat-empat mereka dianugerahkan tanah seluas satu hektar (lebih kurang 2.5 ekar) setiap satu berhampiran pantai Dendong, mukim Tembila, Besut.

Perbandingan antara tanah yang mereka dapat berbanding dengan apa yang rakyat data dapat dilihat dengan jelas dalam pelan yang dilampirkan.

Lot-lot PT 6902, PT 6903, PT 6904 dan PT 6964 adalah diberikan keajaan Umno Terengganu setiap satu kepada Idris Jusoh, Pehimi Yusof, Nawi Mohamad dan Abdullah Md Zain. 

 dilihat dengan jelas dibelakang lot-lot terbabit terdapat pembahagian lot-lot kecil, itulah lot-lot yang diberikan kepada rakyat.

Seorang lagi penerima anugerah tanah dari kerajaan Umno adalah ADUN Batu Rakit Khazan Che Mat yang mendapat 0.9965 hektar di Mengabang Bakong, Batu Rakit Kuala terengganu. - Sumber daripada BO



No comments:

Post a Comment