Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Friday, 16 March 2012

Medium Sumbangan Bantuan Mangsa Penamatan Pinjaman Yayasan Terengganu



Sukacitanya dimaklumkan bahawa Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir sesi 2011/2012 telah bersetuju untuk membuka medium sumbangan secara rasmi bagi membantu kewangan mahasiswa yang telah ditamatkan Perjanjian Pinjaman Pelajaran Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu oleh pihak Yayasan Terengganu baru-baru ini.
Sehubungan dengan itu, sumbangan ikhlas bolehlah disalurkan melalui draf bank atas nama Yang Dipertua KPT Mesir; Mohd Zahani bin Abdul Ghani, No. Passport : A 19700321, No. Kad Pengenalan : 890411-11-5599, atau dimasukkan ke dalam akaun HSBC atas nama beliau yang bernombor 032-084857-108.
Sebarang permasalahan atau maklumat lanjut, silalah rujuk :-
1.  Yang Dipertua KPT Mesir, saudara Mohd Zahani Bin Abdul Ghani (+201115263796)
2.  Ketua Biro Kebajikan KPT Mesir, saudara Ahmad Shahrir bin Alias (+201111851643)
3.  atau Ketua Unit Kebajikan Hal Ehwal Wanita Islam KPT Mesir, saudari Nur Hamizah binti Zahid (+201119169300)
Semoga makluman ini diambil perhatian yang sewajarnya daripada semua pihak dan lebih memudahkan urusan yang berkaitan. Segala kerjasama dan sumbangan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, wassalam.
“KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH”
“BERIMU DAN BERAMAL”
Saya yang menurut perintah,



WAN MOHD KHAIRUDDIN BIN WAN ISA
Setiausaha,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2011/2012.


No comments:

Post a Comment