Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Saturday, 10 March 2012

Kemasukan Pelaburan


Alor Setar – Bagi tahun 2011, Kedah menduduki tempat kelima di kalangan negeri-negeri di Malaysia menerima kemasukan pelaburan di sektor perkilangan.

Jumlah pelaburan yang diterima hingga Disember 2011 adalah sebanyak RM6.14 bilion yang melibatkan 42 projek yang diluluskan.

Prestasi ini menunjukkan peningkatan yang memberansangkan, berbanding bagi tahun 2010 yang hanya mencatat nilai pelaburan sebanyak RM1.96 bilion.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air, Tenaga, Industri dan Pelaburan, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah berkata, daripada jumlah projek tersebut, 23 adalah projek baru dan 19 adalah projek pembesaran.

Bagi projek baru, ia berjumlah RM4.7 bilion dan projek yang diperbesarkan sebanyak RM1.44 bilion.

“Kita menduduki tempat kelima di Malaysia dengan jumlah pelaburan adalah sebanyak RM6.14 bilion, 42 projek.

“23 adalah projek baru, iaitu mereka yang baru melabur dengan Kedah, 19 adalah projek pembesaran operasi yang sedia ada.

“Tempat pertama adalah Pulau Pinang dengan jumlah pelaburan RM9.106 bilion, diikuti Selangor dengan jumlah RM8.741 bilion, Sarawak dengan jumlah RM8.453 bilion dan tempat keempat adalah Johor dengan jumlah RM6.584 bilion,” ujar beliau.

Tambah beliau, berikutan perkembangan pesat pembangunan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) dan sambutan yang amat menggalakkan daripada pelabur, kerajaan telah bersedia dengan kelengkapan zon industri dan infrastuktur.

“Di KHTP, kita telah tambah kepada zon industri fasa empat kepada pelabur yang berminat.

“Kita dah beri maklumat kepada pengarah-pengarah MIDA di seluruh dunia bahawa kita ada lebihan tanah untuk pelabur, jadi jika mereka hendak ke sini, kita telah ada tanah, yang jadi masalah kepada pelabur, mereka dah minat, tapi dia kena tunggu dulu untuk penyediaan tanah,” ujar beliau. -kedahla 

KEDAH: Lagi pelaburan masuk sebanyak RM1.84 billion


KULIM, 4 Mac 2012 – Kini terbukti bahawa Kedah sedang menjadi pusat tumpuan pelabur-pelabur luar dari pelbagai negara dan industri apabila merima pelaburan sebanyak RM1.84 bilion daripada Syarikat Panasonic Energy Malaysia Sdn Bhd.

Syarikat tersebut telah melaksanakan majlis pecah tanah dan pertukaran perjanjian sewaan tanah dengan kerajaan negeri Kedah di Kulim Hi-Tech Park.

Panasonic memilih Malaysia dan khasnya Kedah sebagai pengkalan baru kerana sokongan dan kerjasama pelaburan kerajaan Malaysia serta infrastruktur yang baik dan kualiti tenaga kerja yang cemerlang

Sementara itu, produk yang akan dihasilkan adalah production of HIT solar modules (pengeluaran bersepadu bagi wafer, sel-sel dan modul).

Keluasan bangunan tersebut adalah seluas 70 ribu meter persegi dengan bilangan pekerja yang akan berkhidmat syarikat tersebut nanti adalah 1500 orang.

Pihak syarikat berhasrat untuk memulakan operasinya menjelang Disember 2012 dan ianya akan menghasilkan Panasonic HIT (Hiterojunction dengan lapisan nipis pada dasarnya).

Modul solar ini menawarkan kecekapan penukaran teratas tahap dunia dan cirri-ciri cemerlang bagi pergantungan suhu yang dapat memastikan lebih berkuasa walaupun semasa musim panas dan pada suhu tinggi.

Pengkalan baru ini akan melaksanakan penghasilan pengeluaran tahunan sebanyak 300W.

Hadir dalam majlis tersebut adalah Pengerusi Kulim Technology Park Corp Bhd, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah dan YB Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul mewakili Menteri Besar. wartakedah

No comments:

Post a Comment