Kemasik, 28hb. Mac - Kebangkitan
rakyat untuk membuat perubahan politik telah melangkaui batas perkauman dan
fahaman agama.
Kegagalan UMNO/BN
mengurus tadbir kerajaan yang diamanahkan menyebabkan masyarakat mulai
bangkit menunjukkan ketidakpuasan hati naluri mereka.
Bagi sebahagian
masyarakat kaum Tionghua di Pekan Air Jernih, Kemasik menaikkan bendera PAS
di premis mereka telah menceritakan kemahuan mereka dalam PRU Ke-13
nanti.
Puan Wang Liang Seng,
47 tahun kelihatan begitu bersemangat memasang bendera PAS dan Parti Keadilan
Rakyat. Beliau sendiri memanjat tangga setinggi lima belas kaki untuk
memasang bendera PAS tersebut.
(Gambar kiri - Puan
Wang (berbaju merah) memanjat sendiri tangga untuk memasang bendera PAS,
bendera PKR dan banting manifesto tawaran air percuma di Pekan Air Jernih,
Kemasik, petang tadi).
Puan Wang menyifatkan
PRU Ke-13 ini merupakan detik terbaik seluruh masyarakat membuat perubahan
dengan memilih PAS dan Pakatan Rakyat menerajui pemerintahan di Terengganu
dan di Putrajaya.
'Saya yakin perubahan
pasti berlaku, ramai jiran - jiran dan sahabat handai datang berbisik kepada
saya menyatakan sokongan secara diam dan akan membuat perubahan di PRU Ke-13
nanti', ujarnya ketika ditemubual oleh wakil www.dppkk.org.
Beliau seterusnya
berkata, 'pembaziran dan keborosan kerajaan UMNO/BN di Terengganu ini cukup
banyak dan kita sebagai rakyat dihimpit penderitaan hidup dengan harga barang
yang mahal dan gagal dikawal oleh kerajaan UMNO/BN', ulasnya.
Puan Wang seterusnya
berkata, 'dimana keupayaan dan ketegasan kerajaan Ahmad Said melindungi
rakyat yang dihimpit harga barang yang melonjak naik, apa guna kalau ada
kerajaan tapi tidak dapat buat apa pun untuk menolong rakyat macam saya ini',
tegasnya dengan perasaan penuh kecewa dengan kerajaan UMNO/BN.
Turut hadir di acara
memasang bendera di premis rumah kedai di Pekan Air Jernih ialah Ustaz Alias
Abdul Hamid, Pengarah PAS DUN Kemasik dan Mohd Tishaah Hamzah,
Ketua Penerangan PAS DUN Kemasik.
Sebahagian masyarakat
Tionghua di Pekan Air Jernih, Kemasik bergambar bersama Ustaz Alias Abdul
Hamid, Pengarah PAS DUN Kemasik di sessi menaikkan bendera PAS dan
PKR petang tadi.
|
Friday, 30 March 2012
Masyarakat Tionghua di Pekan Air Jernih, Kemasik bersama PAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment