Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Monday 30 May 2011

MALAM 27hb MEI 2011 SELEPAS KULIAH MAGHRIB AJK SURAU RINGAN TULANG BANTU MEMASAK UNTUK KENDURI ANAK SAUDARA TUAN HAJI MUKHTAR PADA 28hb MEI

 Basuh daging untuk proses mati air kata orang tempatan

Sebahagian AJK surau yang boleh turut padang membantu. Alhamdulillah.

 Kita mengharapkan semua Jemaah surau kampung jaya mendaftar menjadi Ahli Jawatankuasa Surau biarlah sampai 200 orang AJK surau. Sekarang ini lebih kurang 40 orang. Apa yang kita mahukan semua orang bertanggungjawab kepada rumah Allah, bukannya AJK yang dilantik ataupun yang dipaksa suka rela.

 Bila ramai AJK yang rela hati menjadikan rumah Allah sebagai tempat utama yang perlu diambil cakna maka kesucian dan kemakmuran akan terbentuk.


 penyedian rempah ratus untuk masak kurmak


 Bukan senang untuk lapangkan masa hadir ke majlis seperti ini tambahan pulak waktu malam. 

Ikatan persaudaraan amat penting.

Tukang rasa penting

 Sup sudah masak



Rezeki tetap ada.


 Sambil makan, sambil bincang masalah surau kerana ada teguran daripada jemaah.

 Kata putus sentiasa ada.







 Habis dah.... ok jom kita balik jam sudah pukul 12 tengah malam.


 Kepada yang hadir, Tuan rumah mengucapkan Alhamdulillah dan terima kasih jumpa lagi.

GAMBAR MENCERITAKAN PERUBAHAN SEKITAR SURAU KAMPUNG JAYA

 Selepas penyewa rumah berpindah

 Rumah terbiar

 Pandangan mata menjadi persoalan

 Apakah tindak selanjutnya

 Roboh

 Bersih


 Jadikan kolam ikan?

 Jadikan dataran?


 Masih dalam perancangan lagi.



 Tuan Haji Awang (Pok Awang Comel) suami isteri yang selalu datang awal ke surau sebelum waktu maghrib

Sunday 29 May 2011

KENANGAN YANG TIDAK DAPAT DI GAMBARKAN DENGAN CERITA

Gambar ini dirakan sebelum kejadian tanah runtuh berlaku. Mereka ketika ini sedang berlatih nasyid. Tengok la wajah anak-anak kecil yang berserban dan berjubah. Mereka pergi selama-lamanya menemui Allah Yang Esa. Allah SWT turutkan bala bagi orang munafik dan ujian bagi orang mukmin ini berbagai bentuk mungkin ini salah satu daripadanya. Dan kepada mereka-mereka ini kumpulan munafik supaya kembali kepangkal jalan iaitu Agama Islam yang sebenar dan keseluruhan arahan serta suruhannya supaya sentiasa dipatuhi dan di ikuti jangan jadikan hiasan atas nama MELAYU ISLAM. Dan kepada mukmin yang sentiasa redha atas ujian Allah SWT akan mendapat kerahmatan di akhirat kelak InsyaAllah. Amin. 

Al Fatihah.

Terima kasih kepada senator Sharizat Jalil di atas penghinaan beliau kepada pusat pengjagaan anak yatim ini. Semoga Alla membalas dengan balasan yang setimpal. Sesungguhnya dalam isi rumahnya ada anak yatim, maka rahmat Allah tidak putus-putus. Apatah lagi kalau kita yang melaksanakan tanggungjawab itu untuk kebahagian anak yatim. Alhamdulillah.

BERSAMALAH KITA MENJAYAKANNYA.

PERBEZAAN 10 RIBU PEMUDA BERSAMA KETUA PEMINPIN RAKYAT

 Peminpin bersama pemuda bersorak gembira di malam hari kerana perlawanan bolasepak Mu dan Bercelona akhir 1-3. Adakah ini melambangkan kerahmatan daripada Allah SWT? Anda lihat jam di tangan sudah pukul berapa sekarang?

 Suasana peminpin dan pemuda dalam satu tempat yang berasingan. Mereka mendirikan solat hajat dan menadah tangan mengharapkan kerahmatan daripada Allah SWT. Walaupun angka bilangannya sama ramai daripada peminat sukan tetapi apakah penghujung kita apabila kematian tiba disaat ini? Sama-samalah kita fikir secara waras apabila memilih peminpinan tertinggi negeri ataupun negara.


Sedarlah wahai sahabatku. Mati kita belum diberitahu.