Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Sunday 28 April 2013

SIAPA WAKIL KITA UNTUK N32 DUN AIR PUTIH KEMAMAN?


Calon PAS bagi N32 DUN Air Putih, Kemaman ialah  Cikgu Razak Ibrahim. Beliau merupakan bekas guru yang bersara awal kerana tidak rela secara berterusan menerima tekanan politik. Dikatakan sebagai mangsa tekanan politik zalim UMNO kerana sejarahnya yang ditukar dari Besut ke pedalaman Kemaman kerana fitnah politik yang dihadapinya ketika mengajar di Besut.  

UMNO tak boleh terima manusia yang cenderung dan terlibat dengan PAS sedangkan berapa ramai guru yang bergiat di dalam UMNO tanpa apa-apa tindakan malah diberi pula cuti khas apabila menghadiri Perhimpunan Agung UMNO. Contoh terkini yang terbaik ialah Ketua Sektor di Jabatan Pelajaran Terengganu, Zubir Embong, seorang pemimpin dalam pendidikan boleh diangkat menjadi calon BN bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Takkan Zubir Embong tup-tup diangkat menjadi calon kalau tidak aktif dalam politik UMNO. Inilah agaknya keadilan acuan UMNO.

Cikgu Razak ialah seorang yang besar jasanya dalam bidang pendidikan. Cikgu Razak merupakan seorang guru pakar dalam bidang pendidikan pemulihan khas apabila dilantik menjadi Ketua jurulatih utama Pendidikan Pemulihan Khas peringkat negeri dan Negara. Bukan sekadar itu, Timbalan Pengarah PASTI Kawasan Kemaman ini turut menerbitkan CD dan buku bacaan untuk Pendidikan Pemulihan Khas. Hasil kerjanya ini sudah banyak manfaatnya kepada anak didik dan kaum keluarga mereka di seluruh Negara amnya, dan di DUN Air Putih khususnya. Sebab itulah beliau mendapat Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Pemulihan Khas

Penampilannya nampak agak bersahaja atau low-profile. Ini adalah fenomena biasa bagi kebanyakan pemimpin-pemimpin yang lebih menekankan kerja daripada berkata-kata. Ini kontradik dengan Zubir Embong yang dikatakan amat pandai berkata-kata tetapi kerjanya ciplak belaka, termasuk ‘epantau-nya’. Di DUN Air Putih, ramai orang mengenali Cikgu Razak ini. Mereka terdiri daripada bekas murid-murid dan ibu –bapa murid-murid beliau. Keterampilannya bukan sahaja terserlah dalam bidang pendidikan malah dalam bidang kemasyarakatan seperti program qurban perdana di Kampung Mak Chili dan PASTI. Inilah contoh kepimpanan PAS yang menjalinkan sifat kepimpinan, keilmuan, jujur dan bekerja untuk agama Allah.

Lawan yang akan ditentangnya dalam PRU13 ialah Wan Abdul Hakim Dato’ Wan Mokhtar. Calon UMNO ini merupakan penyandang bagi N32. Secara peribadi, penulis menghormati beliau atas akhlak yang agak baik berbanding dengan sesetengah pemimpin UMNO yang bobrok dan pelahap. Namun, bapa borek anak memilih untuk menjadi rintik apabila menyambung perjuangan ayahandanya dalam perjuangan kebangsaan. UMNO zaman 80-an tidaklah serakus sekarang. Walaupun bersekolah tinggi, namun beliau tidak mampu melihat dan membezakan kebenaran. Hendak tak hendak beliau terpaksa meneruskan legasi UMNO yang terpalit dengan rasuah, fitnah seks, penolakan hukum hudud, meruntuhkan masjid dan kezaliman perampasan tanah rakyat.

Antara kegagalan manusia yang membawa bendera keris telanjang ini ialah projek  jambatan Sungai Pinang dan Pasar Baru Binjai atau Binjai Souq. Beruntungnya beliau berada dalam kalangan rakyat di pedalaman Kemaman ini. Beliau tak pernah didesak untuk menyelesaikan masalah Jambatan Sungai Pinang dan tak pernah dipersoalkan tentang kegagalan projek Binjai Souq. Oleh itu, Wan Abdul Hakim hanya perlu lihat sahaja kegagalan dua projek Barisan Nasional itu tanpa susah hati dimarahi oleh penduduk tempatan. Namun anak-anak muda yang berpendidikan dan terdedah dengan media baru mula melihat petaka kepimpinan yang tak amanah ini. Sudahlah projek meningkat juta-juta; apabila siap rosak sana rosak sini baiki sana baiki sini dan tak dapat digunakan setimpal dengan duit cukai rakyat.

Justeru kita melihat, seorang yang kelihatan cakna rakyat dan berakhlak baik tidak akan ada sinar barokah apabila bergelumang dalam satu perjuangan yang kotor dan rosak. Penulis hanya mendoakan agar suatu hari nanti beliau akan melihat kesilapannya dalam perjuangan kebangsaan lalu membawa diri dan keluarganya ke dalam perjuangan Islam melalui wadah PAS.

Sebagai natijah untuk pengundi-pengundi N32 DUN Air Putih, undilah manusia yang benar akhlaknya selaras dengan perjuangan agamanya. Jangan diundi manusia yang kelihatan elok akhlaknya tetapi tercemar sudah perjuangannya agar kita tidak berterusan menerima bahananya.


Thursday 25 April 2013

Ngeri: Aqidah Penyokong UMNO?


Sama ada diucapkan atau terpendam di dasar hati, semuanya laku di sisi Allah. Aqidah boleh rosak dengan berkata. Aqidah juga boleh rosak apabila hati berkata-kata. Rosak aqidah bermakna terkeluar dari Islam. Orang yang terkeluar dari Islam bermakna tempatnya di neraka. Kekal abadi. Mungkin jenazah dimandi, dikafan dan ditanam di kubur Islam. Tetapi itu bukan halangan untuk Allah mencampakkannya ke neraka.

Apabila anda berkata, “biarlah Nabi tak mengaku umat, asalkan Najib mengaku rakyat”. Apa ertinya di sudut aqidah? Tanyalah Fathul Bari . Tanyalah Mashitah Ibrahim apabila anda berkata, “Najib lebih bijak dari Nabi Muhammad”. Tanyalah ulama dalam UMNO dan para mufti apa erti Islam apabila anda berkata, “ Ini haram. Itu haram. Mana yang tak haram?” Apa maksud anda? Anda protes kepada siapa?

“Biarlah Nabi tak mengaku umat, asalkan Najib mengaku rakyat.” Kata-kata ini didengar  oleh Ustaz Abdul Rahman daripada mulut orang kampung. Siapa yang mengucapkannya? “Najib lebih bijak dari Nabi Muhammad” adalah dipetik dari facebook kepunyaan seorang gadis Melayu. Manakala, “Ini haram. Itu haram. Mana yang tak haram” adalah pengalaman penulis LanH ketika mengedarkan risalah tentang aurat kepada penyokong-penyokong UMNO pada hari penamaan calon.

Demikianlah kata-kata yang menjadi manifestasi aqidah. Itu tiga contoh ucapan ngeri yang diyakini datang daripada penyokong fahaman kebangsaan. Aqidah rosak bukan hanya melalui kata-kata lisan dan tulisan. Anda simpan dan pendam dalam lubuk hati pun, Allah tetap ambilkira. Dan banyak mana umat Islam di Malaysia yang rosak aqidah kerana ucapan dan i’tikad seperti itu?

Apakah UMNO mahu mempertahankannya? Apakah UMNO mahu kemukakan pelbagai alasan.  Silakan, tapi bukan kepada kami. Pertahankan dan berilah alasan kepada Allah kerana aqidah adalah simpulan hati antara anda dengan Allah. Masanya akan tiba jua untuk anda  berhadapan dengan Allah? Iaitu hari yang jika anda benar anda akan selamat dan jika anda terpesong, anda tiada jalan pulang.

Marilah bersama dengan perjuangan Islam untuk menyelamatkan akidah kita dan umat keseluruhan.

Tuesday 23 April 2013

SIFIR KEKALAHAN UMNO

HARI PEMBUBARAN PARLIMEN

RABU
R -    RAKYAT
A -    AKAN
B -    BUANG
U -    UMNO

HARI PENAMAAN CALON

SABTU
S -    SEMUA
A -    AKAN
B -    BERSATU
T -    TOLAK
U -    UMNO

HARI PEMBUANGAN UNDI

AHAD
A -    ADALAH
H -    HARI
A -    AKHIR
D -    DATUK NAJIB

TARIKH MENGUNDI 5 - 5 – 2013 – TARIKH AKHIR
55 TAHUN UMNO MEMERINTAH

Monday 22 April 2013

BERTUGAS SEHINGGA KE PAGI

Tengoklah yang mana buruk dan terbaik bila masak. Satu kajian yang pelik. 




Kereta ini selalu menghalang lalu lintas. Minta pihak AJK SKJ bertindak. wakawakawaka 

Terima kasih kepada penyumbang lambang bulan yang sentiasa cerah siang dan malam. Tempatnya yang sangat unik.

Friday 19 April 2013

SEBUAH PESAN BUAT PERANTAU


Salam,
Kami di cawangan dan kawasan amat-amat mengharapkan saudara-saudari pulang mengundi untuk PAS/PR. Mengikut culaan dan kajian kami, banyak kerusi nanti akan ditentukan pemenangnya oleh pengundi-pengundi yang berada di luar kawasan. Kami sedar bahawa ramai penyokong yang berada di seluruh pelosok Negara. Tanpa kepulangan dan undi saudara-saudari, berkemungkinan kita kalah tipis kepada lawan kita, UMNO/BN.

Kami di cawangan dan kawasan dah mula mencari dana tambahan untuk duit minyak  agar dapat diberikan kepada saudara-saudari yang jauh. Inilah petanda bahawa kami sangat-sangat memerlukan kepulangan dan undi saudara-saudari. Andaikata RM100.00 untuk duit minyak setiap pengundi. Kalau satu DUN ada 500 pengundi yang merantau, maka kami sedang pecah peluh mencari dana sebanyak RM50 000.00 untuk menjayakan misi “PAS/PR Melangkah Ke Putrajaya”.


Kami di kampung ini yang ramainya petani, nelayan, buruh kasar, kerja sendiri, peniaga runcit di pasar, dan pengayuh beca. Kami kumpulkan duit-duit kami untuk beli bendera, pasang poster dan bina markaz. Alhamdulillah, pemuda-pemudi, penyokong dan ahli perjuangan Islam tak memerlukan upah untuk buat kerja sehingga larut malam. Tapi kami prihatin. Kami nak sediakan minuman dan biskut kering untuk mereka agar mereka tidak haus ketika bekerja untuk Islam.

Duit tabungan kami hampir kering. KIni kami kena usahakan pula duit minyak saudara-saudari. Kami nak saudara-saudara balik mengundi. Biarlah malam kami bekerja, siang kami mencari duit, asalkan saudara-saudari balik mengundi untuk Islam. Janganlah kerana masalah duit, saudara-saudara tidak pulang mengundi. Janganlah kerana rasa PAS dah menang, saudari nafikan  1 undi untuk kami. Janganlah kerana sedikit demam dan sedikit urusan yang boleh ditangguhkan, saudara-saudari tangguhkan kemenangan Islam.

Pulanglah perantau, batu-bata perjuangan ini. Biarlah kami yang memanjat pokok menggantung bendera, bersengkang mata bermunajat dan membuat segala kerja kerana kami adalah kuli kepada Allah, pemilik perjuangan ini. Biarlah kami bergolok bergadai sebagai jihad untuk memenangkan Islam yang suci. Kami tak akan biarkan Islam kembali dagang pada zaman kami yang mencabar ini.

Saudara-saudari pulanglah. Balik mengundi dan pangkah kami.  Ingatlah, kami telah berfikir ketika mendaki anak bukit memanjat pokok gantung bendera, “ jikalah terjatuh dan mati. Kami reda………asalkan kami tinggalkan Islam untuk saudara-saudari serta anak cucu kita nanti.