Saya
berdiri di sini sebagai orang biasa, tiada kepentingan politik, tak ada
cerita-cerita politik, tak nak jadi orang politik. Apa yang saya akan
ceritakan.. mungkin tak ada statistik seperti cerita dari bakal-bakal calon
kita dan orang-orang lama yang telah berada dalam Pakatan Rakyat.
Tapi cerita saya
adalah cerita rakyat biasa. Perkongsian saya adalah pengalaman saya merantau
lama, di New Zealand sahaja dah lebih 10 tahun dan dah setengah dunia dah saya
tengok. Dan saya dapat melihat perbandingan dengan apa yang sedang berlaku di
luar dan dalam negara kita.
Saya teruja
bercerita. Dalam penghijrahan dalam diri saya, penghijrahan dari tempat ke
tempat yang lebih baik. Dalam membetulkan diri saya, dan memdidik anak-anak
saya. Apabila saya berkawan dengan ustazah-ustazah dan ustaz-ustaz, saya
terjumpa hadis riwayat Said al-Khudri r.a yang meriwayatkan Rasul S.A.W
bersabda yang bermakna “jika diantara kamu berhadapan dengan kemungkaran
hendaklah kamu menukarnya dengan tangan kamu dan jika tak sanggup dengan tangan
kamu, dengan lisan kamu, dan jika tidak sanggup dengan lisan kamu,
membencinya dan itu adalah selemah-lemah iman”.
Saya terpanggil untuk bercakap sebenarnya lama jugak kena fikir. Anak-anak
kecil lagi, orang kata kalau bercakap diatas pentas pembangkang susah nak cari
makan, memanglah jabatan kerajaan tak bagi ‘show’ lagi dah.Tapi Allhamdullilah
mungkin kita berkawan-kawan dengan orang yang faham tentang agama. Kata orang,
seperti kita berkawan-kawan dengan orang yang membuat minyak wangi sikit sebanyak
InsyaAllah kewangian itu akan terpercik kepada kita. Jadi, bagi saya.. saya
diigatkan dia kata. “Aisyah, rezeki ada dimana-mana. Rezeki kita telah
ditentukan oleh Allah Taala. Daripada usia 4 bulan dalam rahim ibu kita memang
‘comfirm’ itu hak kamu. Itu yang Allah tentukan. Tapi, yang tak comfirm lagi,
di mana kesudahan kita. Di mana kesudahan kita ini sedikit sebanyak bergantung
kepada arah tuju. Kita membawa diri kita, bukan hanya diri kita tetapi juga
masyaakat di sekeliling kita, kemana arah tuju kita. Samaada kita nak
selamatkan diri kita di dunia ini ataupun kita sama-sama hanyut di bawah
pemerintahan orang yang tidak bertanggungjawab.
Mula-mula saya dulu ramai juga muslimah jaga anak sibuk nak besarkan anak
denagn family. Masa tu saya study. Bab-bab politik ni, tak minat. Tapi saya
balik di Malaysia tahun 1998, selepas lebih 10 tahun duduk di tempat orang,
saya balik dengan harapan membawa anak-anak saya untuk membesar di sebuah
negara Islam atau Negara yang dikatakan sebagai Negara Islam. Tapi bila saya
balik ke Malaysia, masyaAllah, saya tengokkan di Kuala Lumpur tu, Hollywood
melebihi hollywoo dan bollywoodnya pun lebih dahsyat dari Bollywood.
Apabila saya pernah dijemput untuk menghadiri membuat persembahan di rumah masa
tu dia masih atau timbalan menteri pada tahun 1998/1999. Mula-mula saya sampai
ini bukan rumah rasmi tapi rumah peribadi, masa tu dengan kawan saya orang New
Zealand dia cakap dasyat! Malaysia agaknya gaji menteri besar sungguh, kerana
rumahnya bukan main besar. Rumahnya setanding atau melebihi rumah
puteri-puteri atau putera-putera raja Negara-negara minyak, macam tu punya gah
rumah menteri….Jadi kalau macam tu saya kalau dapat satu penggal (jadi menteri)
pun jadi kalau dapat rumah macam ini.
Kemudian, saya berkawan dengan orang yang bisnes dan saya pernah diajak sekali.
Dia kata jom, kita shopping di Nilai tiga. Saya cakap kenapa nak kena shopping
di Nilai tiga? Dia kata ni dah nak dekat raya untuk beli kain baju untuk
bawah-bawah, kerani-kerani. saya kata biar betul? Kerani-kerani ni buat apa?
Dia kata, kalau tak bagi kerani bawah-bawah ni.. nanti claim (tuntutan) aku
semua nanti tak naik ke atas.
Saya terperanjat, kerana saya tinggal di New Zealand lebih 10 tahun. Kat sana
jarang ada rasuah-rasuah ni. Saya cakap biar betul? Dia cakap yelah. Tu baru
kerani bawah-bawah, kalau yang lebih tinggi pangkatnya, lagi besar ganjaranya.
Sebab itu tender kalau RM100,000 dan jadi RM300,000.00.
Saya sungguh
terkejut. Saya tak sangka benda ni berlaku di negara Malaysia, negara saya
sendiri. Seperti orang kata lah, benda-benda ni macam kebanyakan muslimah kalau
tak kena ke batang hidung kita sendiri kita mungkin tak berfikir dan tak ambil
serius kita tak ambil perhatian.
Pada tahun 2005, anak saya menghadapi krisis hak penjgaan anak. Dan saya dapat
tahu anak saya yang bongsu usia dia lima tahun sudah diajar oleh suami saya
menggunakan dadah. Pandai dia tunjukkan cara-caranya. Saya rasa yakin tuan-tuan
puan-puan yang ada anak bayangkan kalau anda dapati diri anda dalam situasi
itu. Tiba-tiba anak saya telah didedahkan dengan perkara-perkara ni. Dan saya
digugat hak penjagaan anak saya oleh orang asing mualaf mungkin bawa anak saya
ke luar negara dan selepas itu, saya tak tahu apa yang akan terjadi
dengan agama anak saya. Sebagai seorang ibu, dan saya tahu muslimah semua pada
malam ini akan turut merasakan apa yang lebih berharga dalam hidup kita
daripada menjaga akidah anak-anak kita.
Saya ditakdirkan diberi peluang untuk buat persembahan untuk seorang VIP
seorang menteri yang diamanahkan untuk menjaga hal ehwal wanita. Saya rasa
inilah peluang saya untuk menceritakan masalah saya. Ini pemimpin yang kita
pilih. Saya ingin mendengar nasihat dan ingin mendengar pandangan yang boleh
membawa jalan penyelesaian kepada masalah saya. Selepas persembahan itu, saya
dapat bertemu dengan beliau. Beliau memuji dengan senyum manis, suara merdu.
Dalam hati saya, saya berkata oh.. nilah peluang saya untuk menceritakan
masalah saya. Saya berkata, sebenarnya Datuk Seri ceritanya begini.. saya ada
masalah, anak saya macam ni macam ini.. dengan sekelip mata, wajah yang manis
itu berubah.
Marah, dia tak suka saya menceritakan masalah saya kepadanya. Masalah ini
maslah besar bagi saya masalah akidah anak-anak saya. Tak lama kemudian,
datanglah orang-orang dia denagn wajah yang marah, bertanye pada saya. Apa yang
you cakap pada Datuk Seri? Saya cakap, saya hanya menceritakan masalah saya.
You tak sepatutnya cerita mcam tu, you sepatutnya telefon orang-orang ini
orang-orang itu…macam ini macam itu. Dan akhirnya, saya tak dapat apa-apa
pertolongan pun daripada pihak ini. Pihak yang telah diamanahkan untuk menjaga
hal ehwal wanita.
Saya tak mintak
apa-apa, saya Cuma minta nasihat di mana saya nak bawa masalah saya. Di sini
saya mula berfikir, berfikir kerana apa, pelik juga Malaysia ni. Ini pemerintah
yang kita pilih, yang kita pilih, kita amanahkan untuk menjaga kebajikan kita
tapi bila kita berjumpa dengan dia, menceritakan masalah kita, dia marahkan
kita. Ada something wrong dengan sistem kita ni. Ada satu yang tak kena.
Dari sini, saya mula memerhati saya mula berfikir, dan selama saya duduk di
luar negara. Saya lihat dimana proses demokrasi yang dilakukan di luar negara.
Kalau kita tengok d TV hujah pemerintah setengah jam hujah pembangkang juga
setengah jam, rakyat dapat tengok kedua-dua hujah dan rakyat diberi peluang
embuat keputusan. Selama saya berada di sana, saya ingat Malaysia macam itu
juga. Tapi rupa-rupanya saya kena tipu hidup-hidup, bila saya lihat, saya
dapati yang laporan yang dibuat dalam media utama ni, tidak mncerminkan dan
tidak menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.
Saya sebagai seorang artis ni dia ada ‘advantage’ ada kelebihan. Kami dijemput
ke pelbagai program dan kita jumpa pelbagai masyrakat. Dan bila saya baca dalam
media utama saya dengar saya tengok dalam TV dan mereka kutuk-kutuk tentang
pembangkang. Saya mula berfikir, saya baru buat program dengan kumpulan itu,
haji itu, hajjah itu, kumpulan Nisa’…keapa dia asyik kutuk aja orang
ni…(sedangkan) orang itu tak macam ini. Orang ni tak macam yang mereka kutuk.
Saya dapati media utama kita hanya mengambil cerita satu pihak sahaja. Sejak
dari itu, saya cari media alternatif (yang mengambil cerita dua pihak).
Dan jika anda penyokong tegar pihak BN, buka minda sikit. Cuba baca (tengok),
kalau macam dalam mahkamah, kalau kita jadi hakim, kita kena dengar masalah
dua-dua pihak. Kalau anda mendengar dari media utama hanya mendengar satu
pihak. Carilah cerita, saya cerita dari pihak yang sebelah lagi supaya dapat
gambaran yang seimbang.
Kau dengar dari media utama kutuk-kutuk Kelantan miskin itu ini….cakap Kelantan
ni miskin lah, nil ah.. dah kau gi ambik royalti minyak kat sana. Kita ada
dengar betapa besarnya duit BRIM RM500 untuk anakanak RM100, tapi, kita tak
dengar cerita di media utama tentang ketirisan duit rakyat. Tahun 2010, kalau
mengikut laporan audit negara, ketirisan penyelwengan, rasuah masuk poket duit
rakyat sebanyakRM21 billion. Boleh bayangkan tak betapa banyak 21 billion tu,
itulah duit kita punya yang hilang pada tahun 2010, masuk dalam poket
(individu) yang tidak dapat dikira… tidak diberitahu kemana duit tu pergi.
Kalau kita lihat dari laporan (audit) karipap 20 sen 30 sen, bagi tender dah
jadi RM1…disitulah penyelwengan duit…
Bagaimana ia terkait dengan kita? Populasi rakyat 28 juta orang. Kita bahagikan
RM21 bilion kepada 28 juta rakyat, setiap kita megalami kehilangan kerugian
RM750 setiap orang!! Tak kira anak kecil ke…orang tua ke …..Kalu bab duit
hilang ni tak diceritekan, kalau bab bagi RM500 ni diceritakan, satu Negara
tahu. Jadi sekarang saya hendak anda semua berfikir kalau setiap orang daripada
kita menanggung dalam tahun 2010 sahaja. RM750 satu kepala, dalam satu rumah,
ada 4orang, maknanye dalam satu rumah itu, dah hilang RM3000, emak diberikan
RM500, ayah RM200 anak mungkin diberikan RM100. (jumlah RM800) bandingkan
jumlah yang diberi dengan jumlah duit kita yang hilang.
Bende-benda macam ni yang kita tak dapat ceritanya di media utama. Cerita kapal
selam. Kalau anda lihat, google, video cerita kapal selam melalui lawyer Suaram
tu, pihk media diharamkan menceritakan pembelian Scorpene ni. Scorpene ni kapal
selam. Kapal selam kita dah beli dua buah dengan harga RM7 billion. Rasanya tak
campur dengan kos2 yang lain. Mungkin kita perlukan kapal selam untuk menjaga perairan
kita. Tapi masalahnya, kapal selam kita tak boleh nak menyelam tu.. dah
tersadai di Sabah sana. Duit kita RM7 billion dihabiskan kepada kapal selam
ini. Dan banyak cerita yang kita masih mahu dengar tentang komisyen yang
diambil oleh pemerintah kita. Tapi cerita ni tak kan keluar dalam media utama.
Ia hanya keluar kerana ia menjadi kes antarabangsa. Nak tak nak orang luar
tulis pasal cerita ni.
Integriti kewaratwn tidak ada dalam media utama kita. Cerita tu hanya berat
sebelah. Contoh paling utama, perhimpunan bersih. Kalau anda lihat, beberapa
hari selepas perhimpunan Bersih ceritanya tentang bagaimana orang yang pergi
ni, adalah perusoh-perusoh yang menghuru-harakan keselamatan Negara kita. Ada
ke muka ni, muka-muka yang pergi tu perusoh? Yang pergi dengan saya tu, saya
parking kereta di hotel dan saya berjumpa dengan seorang hamba Allah ni
daripada Teluk Intan saya dapat berjalan bersama pergi ke Dataran Merdeka
dengan beliau datangnya bertongkat.Walaupun kakinya tak kuat, beliau datang
dengan semangat.
Berita fokus kepada tuntutan bersih, tidak diceritakan. Yang diceritakan rakyat
perusoh. Fokus tuntutan itu tidak diceritakan. Tuntutan ini hanya ingin
membersih nama pengundi yang tidak berdaftar. Itu adalah salah satu tuntutan
daripada lapan tuntutan yang diminta, tapi tak dikeluarkan. Kita kena faham apa
itu sistem demostrasi. Kalau tuan puan-puan lihat, saya behubung dengan
adik-adik di New Zealand yang juga menyertai himpunan bersih di sana, sebagai
student di sana. Tak ada pulak kerajaan di sana bawa gas pemedih mata, kalau
diorang nak cari pasal diorang boleh tanya kau pelajar luar, yang sibuk-sibuk
nak memprotes itu apesal? Tetapi mereka tak berbuat demikian. Kerana mereka
paham apa itu demostrasi. Apa hak kita sebagai rakyat untuk menyuarakan ketidak
puasan hati kita.
Kita kena fikir bila pemerintah menyindir-nyindir orang PAS kata tak sokong…
Tak redho ambil ‘durian runtuh’. Pikir satu je, itu bukan duit mereka. Tidak
ada sesiapa pun yang berhak untuk berkata kita tidak berhak mendapat apa-apa
bantuan.
Makcik-makcik dan orang-orang tua yang takut nak meyanggah pemerintah… Kita
kena ingat, pemerintah itu boleh buat apa-apa dengan izin rakyat. Rakyat yang
bagi dia kuasa. Kalau rakyat dizalimi, dan rakyat tidak puas hati. Rakyat boleh
ambil balik kuasa itu. Itu hak kita bersama. Sistem demostrasi ini senang
sahaja. Duit, harta benda, bangunan, tanah, itu adalah milik kita bersama
sebagai warganegara. Bila kita ada sistem demokrasi duit yang kita ada ni, kita
amanahkan kepada saudara kita seorang. Kita suruh dia jaga ni, bayar ni, jaga
syarikat amanh sebagai pemerintah. Dan kita lantik lagi sorang kawan sebagai
pembangkang dalam sistem demostrasi. Kita suruh pembangkang pantau orang yang
diamanahkan kalau ada penyelewengan kau cakap kat aku. Bila kawan kita
pembangkang ni datang kat kita menceritakan pada kita yang dia ni ada buat
benda yang ta betul. Ada ke kita (patut) marah balik kawan kita yang memerhati
itu?
Di situlah ramai orang silap tentang tugas pembangkang. Kalau kita tegar sangat
menyokong umno, sekurang-kurangnya buka lah minda anda. Dengar cerita sedara
kita ni sekurang-kurangya check dulu. Ramai muslimah yang saya tahu, tak mahu
ambil tahu tentang politik.
Saya sebagai seorang ibu saya sanggup kemari sana-sini kerana saya sayang anak
saya. Saya seperti anda juga, menatang anak saya bagai minyak yang penuh. Kalau
saya tak ambil perhatian apa yang berlaku di sekililing saya. Seolah-olah kita
meletakkan anak kita ke dalam sampan dan kita beri pendayung kepada orang lain.
Nah! Kau buat lah apa yang kau nak buat.
Begitulah terjadinya bila kita tak ambil perhatian kepada politik. Fikirkan
tentang masa depan anak-anak. Bagi saya saya tak sanggup tinggalkan anak-anak
saya dengan suasana rasuah yang berluasa, rasuah jadi budaya.....