Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Wednesday, 23 May 2012

Debat PTPTN


"Mana Tumpahnya Kuah Kalau Bukan Ke Nasi"...Kenali Insan Hebat "RAFIZI RAMLI".. Insan Yang Membongkar Konspirasi Fitnah Liwat II & Insan Yang Membuatkan Shahrizat Jalil "Lepaskan Jawatan" Sebagai Menteri Wanita Atas Pendedahan Skandal Lembu NFC... , Insan Ini Jugalah Yang Akan Tunjukkan Kepada Semua Rakyat Malaysia Mengapa "PTPTN" Harus Dihapuskan... Insan Inilah, RAFIZI RAMLI, Pengarah Strategi PKR....Cita-citanya semasa zaman persekolahan untuk menjadi Perdana Menteri. Seorang yang pakar pidato dan banyak memenangi beberapa pertandingan bahas. Beliau adalah anak jati Kemaman Terengganu yang menjadi kebanggaan guru-guru di Sekolah Menangah Sultan Ismail 1 sewaktu belajar dahulu. Selepas habis belajar, beliau mendapat pekerjaan di Petronas. Dan menjadi kesayangan Bos Petronas Tan Seri Marican supaya jangan letak jawatan. Kemunculannya sekarang ini banyak membuka minda politik yang ramai takut untuk berdepan dengan fakta dan kesahihan berita. Apa-apa pun teruskan usahamu untuk kemajuan bumi Malaysia ini atas nama keredhaan Allah S.W.T.





Sejarah & Biodata Rafizi Ramli (Pengarah Strategik PKR) yang berdebat bersama Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda Umno)

Lahir: 14 September 1977

Tempat Lahir: Besut, Terengganu

Membesar: di Kemaman dan Kuala Kangsar

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Pendidikan awal @ Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989)

Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994)

Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan


Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar
Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu)
Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992
Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993
Presiden, Badan Revolusi Agama
Presiden, Pancaragam Tentera
Presiden, Persatuan Bahasa Melayu
Ketua Pengarang, The Malay College Magazine
Dianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan
Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996)

Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996
Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996
Pengawas
Orkestra Morrison’s Academy
Leeds University (1996 – 1999)

Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
LATAR BELAKANG KERJAYA

Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003)

lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun
diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003, selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan
diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia
PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005)

Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant
Pengurus termuda semasa dilantik
PETRONAS/Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007)

Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia)

Pengurus Kanan termuda semasa dilantik

Bertanggungjawab menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia PETRONAS dengan aset melebihi RM30 bilion
PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009)

Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa)

Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat PETRONAS Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion
Pharmaniaga Berhad (2009)

Pengurus Besar
Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (2009 – )

Ketua Eksekutif

dia juga salah seorang Bekas Presiden Pelajar Sedunia sewaktu di UK yang telah membatalkan Rancangan Tony Blair untuk mengenakan Yuran belajar sebanyak USD 1k setahun untuk setiap pelajar. Beliau amat dihormati di UK.


No comments:

Post a Comment