Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Monday, 28 May 2012

Anwar Ibrahim dihalau dari Masjid

 

Dihalang dari memasuki samada Masjid atau Surau bukanlah satu perkara yang luar biasa buat Anwar Ibrahim, meskipun beliau telah dijemput ke Masjid atau Surau itu oleh beberapa AJK Masjid atau Surau itu.

Ini biasanya terjadi apabila ada dari kalangan AJK Masjid atau Surau itu merupakan penyokong tegar UMNO yang tidak dapat membezakan antara rumah Allah dan rumah mereka sendiri.

Sebagai seorang yang berugama Islam kita pasti tidak boleh menafikan bahawa Masjid atau Surau itu adalah rumah Allah, oleh itu setiap kita yang berugama Islam berhak ke atasnya.

Tetapi oleh kerana perasaan benci yang meluap-luap mereka (penyokong tegar UMNO) itu terhadap Anwar Ibrahim, mereka telah menganggap rumah Allah itu milik mereka sendiri.

Mereka telah menghalang Anwar dari memberikan ‘tazkirah’ sementara menanti waktu solat Isyak tiba.

Insiden terbaru telah berlaku di Masjid Taman Sri Pulai Perdana, Johor Baharu.

Kononnya menurut pencacai UMNO yang telah selamat menjalani proses pembodohan oleh pemimpin UMNO dalam soal ini, Islam tidak boleh berkompromi dengan manusia yang berkiblatkan nafsu, berTuhankan Syaitan dan bertopengkan Islam.

Atas dasar apa tuduhan itu dibuat? Sedangkan sudah dua kali Anwar dibebaskan dari tuduhan salahlaku seks oleh Mahkamah.. tidakkah itu satu fitnah?

Saksi dan nilaikan sendiri… adakah benar Anwar Ibrahim ditolak oleh seluruh kariah Masjid atau ditolak oleh segelintir AJK Masjid yang telah selamat menjalani proses pembodohan oleh pemimpin UMNO dan punya kepentingan?

Admin: Komen dari 
Sumaizi Sulaiman dalam Facebook ..."minta maaf saya mencelah..saya berada ditempat kejadian..saudara DSAI menumpang solat mghrib di masjid Pulai Perdana ni.Sebaik sahj slps solat jemaah menuntut beliau memberikan sedikit tazkirah atau sedikit ucapan aluan2 kpd hadirin..tetapi dihalang oleh dua tiga org jemaah senior a.k.a PETUALANG BANGSA..kononnya nak jaga kesucian masjid dari dikotori pngaruh politik ..memanndangkan DSAI pun ada program di Pengerang dan Kota masai slps itu..beliau terus mengambil kputusan yg professional iaitu meninggalkan masjid dan bersalaman dgn semua jemaah termasok la 3 ekor hero tua tadi..DSAI lepas tu pegi makan..i pun folo sekali.btw..slps DSAI meninggalkan msjid ..tinggal 5 6 org je jmaah..UMNO peruntuh institusi Masjid.."

No comments:

Post a Comment