Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Tuesday, 15 May 2012

"Isteri saya, dulu tak benarkan saya kawin lagi, sekarang dah benarkan"

 

Lelaki ini umur 60-an berniaga, pendapatannya tak lari dalam 10,000 sebulan. Isteri pertama dia 50-an, bekerja sebagai salah seorang yang menguruskan perniagaannya. Anaknya 6 orang, sudah ada menantu dan beberapa orang cucu.

Lelaki ini hendak bernikah dengan seorang pekerjanya, janda 30-an, anak dua. Bagaimanapun, isterinya menentang, malah bermusuhan dengan wanita ini. Pernah isteri menyuruh suaminya membuang kerja wanita ini dengan membawa pelbagai cerita, antaranya cerita kononnya wanita ini gatal dan miang dengan pekerja lain. Sebaliknya si suami mempertahankan wanita ini yang masih punyai anak yang masih bersekolah dan akan hilang sumber pendapatan kalau diberhentikan.

Bukan Gurauan

Si suami tetap berhasrat untuk menikahi perempuan ini dan merujuk kes ini di pejabat kadi. Dia dinasihatkan supaya memohon kepada mahkamah syariah  untuk kelulusan dan sekiranya dia ingin memudahkan urusannya, dia boleh melantik peguam syarie. Hasrat nak kawin bukan gurauan, dia melantik peguam untuk urusan ini.

Si isteri melenting dan menentang hingga terkeluar dari mulut isterinya yang minta diceraikan sekiranya suaminya ingin bernikah dengan 'si janda miang' itu. Bukan itu saja, isterinya menghasut anak-anaknya menyebelahi ibunya. Kira macam wresling WWF lah ni, kalau nanti kena belasah kat gelanggang, boleh ada geng tolong bantu. Macam Bret Hart kena belasah dengan Stone Cold, ada geng dia tolong.

Hehe.....Dulu saya tahun 80-an dan 90-an, saya peminat wresling, sekarang dah tak minat. Sekarang punya wresling dah banyak lakonan terutama persatuan gusti tu masuk bursa saham di Amerika beberapa tahun dulu, jadi lebih kejar keuntungan, bukan aksi perlawanan sebenar.

Bagaimanapun, anak-anaknya yang dah berumahtangga, mula-mula menyokong emak dan memulaukan bapa, tapi lama kelamaan, keadaan dah okey semula. Yer le, terfikir juga anak-anak, apa salah ayah dia sampai anak taknak mengaku anak pada seorang bapa yang baik serta banyak berjasa pada anak-anak.

Setahun Bersabar

Dalam tempoh itu, tanpa berselindung, si suami cerita pada isterinya yang dia sedang dalam proses di mahkamah.  Mulanya isteri tetap tak setuju. Tapi sudah kira-kira setahun, akhirnya suami dapat berita baik yang nak dikongsi berita baik ini dengan kadi. Setakat berkongsi berita baik sajalah, benda lain yang baik, tidak dikongsi pula, hehe.

SELAMAT PENGANTIN BARU...

No comments:

Post a Comment