Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Sunday, 7 April 2013

KEBENARAN DAN KEADILAN DARI KACAMATA UMNO


Masing-masing dakwa benar. Masing-masing dakwa cari kebenaran. Penyokong UMNO dah jumpa kebenaran yang dicarinya. Kebenaran itu cukup jelas. Tak payah nak fikir-fikir lagi. Terang lagi bersuluh. Mari kita lihat. Mari kita nilai kebenaran bagi pihak UMNO.
1.       Aku Janji bukan manifesto. Kalau manifesto, nanti rakyat kata UMNO penipu dan tak adil. Kerana adil dan benar bagi UMNO ialah 10 minit rakaman manifesto PR sama dengan 180 minit aku janji ( bukan manifesto tau) UMNO/BN secara langsung. (PR juga ada Aku Janji. PR nak juga 180 minit secara langsung untuk Aku Janji. PR hanya tolak 10 minit rakaman untuk manifesto.)
2.       Untuk UMNO, turun harga kereta baik untuk rakyat dan Negara. Bagi PR, turun harga kereta membangkrapkan Negara.
3.       Bagi UMNO ( dan SPR juga), permit Harakah dua kali seminggu sama dengan permit harian Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo, RTM dan TV3. Bagi UMNO, tak adil kalau PAS diberikan lesen akhbar harian dan TV.
4.       Bagi UMNO, DAP itu parti Cina  manakala MCA itu parti para tok syeikh. Maka apabila Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri Pulau Pinang dikatakan negeri itu diperintah oleh Cina. Ketika Koh Tsu Koon jadi Ketua Menteri, UMNO relaks aje sebab Koh Tsu Koon itu keturunan tok syeikh.
5.       Bagi UMNO, apabila PR buat demontrasi, dikatakan demontrasi itu bukan budaya kita. Apabila UMNO buat dikatakan itu persembahan  kebudayaan.   Tarian punggung dan hadiah kek tahi itulah budaya baru bagi kepercayaan penyokong UMNO.
6.       Cara UMNO ambil kerajaan  Perak bukan rampasan kuasa dan bukan juga gila kuasa. Yang gila kuasa bagi UMNO ialah mana-mana manusia atau parti yang cuba nak lawan UMNO melalui pilihanraya.
7.       Bagi UMNO, orang yang bunuh Altantuya wajar dihukum mati tetapi orang yang mengarahkan pembunuhan biarlah terus menjadi misteri.
8.       Bagi UMNO, berjuang untuk Islam ialah dengan mendirikan masjid dan berarak maulidurasul. PAS bukan berjuang untuk Islam kerana hudud tiada dalam al-Quran mengikut Amanat Tun Mahathir.
9.       Bagi UMNO, yang luluskan lesen judi dan bina kilang arak itu bukan Melayu UMNO. Itu kerja MCA dan MIC. UMNO tak terlibat apa-apa pun cuma pergi tolong rasmi.
10.   Bagi UMNO, DAP akan bina Negara Kristian biar pun DAP ada 40 MP yang kebanyakannya beragama Buddha manakala PBS yang majority Kristian itu sedang melaksanakan Negara Islam di Sabah bersama-sama  UMNO.
Tak larat aku nak coretkan keadilan dan kebenaran dari kacamata UMNO. Kalian buatlah buku untuk dihadiahkan kepada orang yang sentiasa dilihat benar dan adil dulu, kini dan selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment