11 April 2013 Khamis – Bermula jam 10
malam sehingga jam 1 pagi para pertugas memberi khidmat yang cemerlang untuk
kebangkitan Islam di Bumi Malaysia ini. Walaupun pertugas hanya diberi minum
dan makanan kekacang tidak menghalang pertugas bertungkus lumus untuk
kemenangan Islam. Ketiadaan makanan bukan persoalannya. Pertugas selalu
bertanya kawasan mana pulak malam ini kita lancarkan bendera bulan. Terima
kasih kepada pendakwah, alim ulama dan ustaz-ustaz yang sentiasa memberi tunjuk cara tatakerja dalam Islam supaya
tidak terkeluar daripada landasan ataupun batas-batas undang-undang semasa
bertugas memasang bendera mahupun banner. Alhamdulillah setakat ini para
pertugas masih bersopan dan adat
beragama sentiasa dipatuhi. Dan kepada Jemaah, pakat-pakatlah datang
bertugas untuk semarakan lagi suasanan santai. Jika Jemaah yang berkemanpuan,
hulurkanlah sedikit wang ringgit untuk kami berbelanja minum kopi selepas
bertugas. Wang ringgit yang Jemaah hulurkan sentiasa kita berbelanja untuk
membeli bendera, membuat banner, tali, kayu dan besi. Semuanya memerlukan
pembelanjaan yang banyak. Setiap malam hampir mencecah RM300 pembelanjaan yang
terpaksa kami keluarkan untuk misi PRU 13 ini. Bayangkanlah bertapa sukarnya
kami bergerak untuk menampung segalanya ini jika tanpa anda semua yang sudi
menolong. Kami hanya mampu berserah kepada Allah SWT agar dibuka pintu hati
masyarakat sekeliling agar memenangkan Islam di Bumi Malaysia ini. IsyaAllah.
No comments:
Post a Comment