Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Monday, 12 March 2012

DAIRI MAHKAMAH

 9 BULAN SELEPAS DIROGOL, BARU REPORT POLIS?

Perempuan 20-an buat report dia dirogol seorang lelaki 20-an yang dah ada isteri dan anak. Tapi reportnya 9 bulan selepas dirogol. Dia mengandung 9 bulan.

Sebenarnya ceritanya apa, ceritanya mereka berdua buat kerja suka sama suka di beberapa hotel. Lepas mengandung dan lelaki tak mahu bertanggungjawab, barulah perempuan buat report.

Tapi, apa kesan pada report dia pada polis. Polis kena terima apa saja report, kalau tak mahu terima, nanti polis pula dipersalahkan. Tapi, kita kena fikir sendirilah, kenapa kes ini  susah untuk mensabitkan kes rogol ? Yer ler, dah 9 bulan baru report, kenapa tak 9 jam atau sehari dua lepas kejadian. Istilah rogol adalah bukan sukarela tapi dipaksa. Kecualilah perempuan tu bawah umur, ini dah lebih umur.

 Akhirnya kes ini dirujuk ke Jabatan Agama dan jelaslah kesalahan ini dan bukan susah untuk mensabitkan pasangan ini ke mahkamah syariah. Lebih lagi perempuan sudah mengandung hasil perbuatan terlarang mereka.

 BAPA MENANGIS SEMASA AKAD NIKAH


Suasana menyedihkan dalam satu majlis pernikahan. Waktu jurunikah sedang menikahkan satu pasangan, terdengar suara seorang lelaki dalam kelompok orang ramai yang hadir. Rupanya yang menangis itu adalah bapa kepada perempuan.

Pernikahan itu berlansung secara 'wali hakim' setelah mendapat perintah mahkamah. Waktu bapa dan ibunya bernikah 20 tahun lebih yang lepas, ibunya sudah mengandung 7 bulan. Maknanya, dia bukan anak bapanya yang sah. Bapanya tidak berjaya menahan kesedihan di hari bahagia anaknya.

 NIKAH MASA MENGANDUNG LUAR NIKAH

Pasangan 20-an bernikah masa perempuan sedang mengandung 5 bulan. Dalam 4 bulan selepas nikah, mereka melahirkan seorang anak lelaki. Selepas itu hidup mereka sentiasa bergolak. Sudah lebih 3 bulan isteri tidak duduk bersama suami lagi. Dia duduk rumah ibu bapa dia bersama anaknya.

Kesimpulan yang saya nak cerita di sini, sangat sebelum bernikah. Ada juga pasangan bernikah dalam keadaan tidak bersedia dari segi dalam pelbagai segi sebelum bernikah. Kekadang atas desakan mana-mana pihak atau pasangan ini yang membuat perkara sehingga mereka terdesak untuk bernikah. Bukanlah bernikah itu sekadar untuk menutup malu keluarga sahaja selepas mengandung luar nikah.

 REMAJA 19 TAHUN KHALWAT MASA SOLAT JUMAAT

Remaja lelaki dan perempuan 19 tahun ditangkap di sebuah hotel di Kluang sebelum solat Jumaat. Aduan mengatakan, sudah beberapa kali pasangan ini masuk hotel sebelum solat Jumaat dan keluar sebaik saja selesai solat Jumaat.

Setelah menerima aduan, penguatkuasa membuat tangkapan terhadap pasangan ini 20 minit sebelum azan.


Air mata keinsafan
     
KAJANG: Siapa sangka pada usia 60 tahun ada warga emas yang masih tidak tahu mengerjakan solat akibat terlalu leka dengan kehidupan dunia.
Itu antara pengalaman yang dilalui Pegawai Penjara, Zuriani Mamat, 37, atau lebih mesra disapa cikgu di kalangan penghuni penjara di situ.

“Saya tidak pernah bermimpi bakal bergelar cikgu di sini. Pada awalnya, saya hanya diminta memberikan sedikit ilmu agama kepada pesalah maklumlah diri sendiri pun masih kurang ilmu.
“Terfikir juga apa yang patut diajar sebab pada saya semuanya mereka sudah tahu. Di sini saya hanya mengajar perkara asas saja misalnya cara mengambil wuduk, solat, bacaan dalam solat, zikir dan lain-lain,” katanya yang sembilan tahun berkhidmat di penjara itu.

Pun begitu, sangkaan Zuriani meleset sama sekali apabila menemui seorang banduan warga emas berusia 60 tahun yang tidak tahu bacaan dalam solat. Waktu itu, hati kecilnya berasa sedih kerana pada usia begitu sepatutnya warga emas berkenaan tidak patut memberi alasan sedemikian.

“Saya tanya semula dengan warga emas berkenaan, adakah dia berkata benar atau hanya bergurau kerana mustahil tidak tahu bacaan dalam solat sebab jika tidak tahu bagaimana solat dia selama ini.
“Lalu warga emas berkenaan menjawab jujur dan mengakui dia sudah lama meninggalkan solat hingga lupa apa yang perlu dibaca. Sambil menangis dia meminta saya mengajarnya semula,” katanya.

Selain itu, Zuriani berkata, ada juga pengalaman manis apabila beberapa banduan bukan Islam dari Filipina, India dan China mendapat hidayah di penjara itu. Katanya, meskipun menempuh pelbagai cabaran dan dugaan, namun ia tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus memberi tunjuk ajar kepada mereka.
“Paling penting adalah sifat sabar kerana apabila berhadapan dengan banduan, setiap daripada mereka akan ada karakter yang berbeza serta perlu mainan psikologi yang tinggi. Adakala bukan semua boleh terima apa yang diajar.

“Kita pula tidak boleh terlalu tekan kerana khuatir akan terjadi perkara tidak diingini. Biasanya banduan tempatan masih boleh dikawal berbanding banduan asing yang selalu ikut perangai sendiri,” katanya yang mengajar segmen Halaqah di sini.

Beliau berkata, setiap modul yang diajar dikeluarkan Jabatan Penjara sendiri dan setiap sesi pembelajaran mengandungi 50 banduan.

Katanya, antara yang diajar adalah konsep 3T iaitu Talaqi, Tadarus dan Tahfiz yang diadakan setiap Selasa, Rabu dan Jumaat.

Waktu pembelajaran pula mengikut syif iaitu 9.30 pagi hingga 12 tengah hari dan jam 3 hingga 4.30 petang. Selain Zuriani, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut sama memberi ceramah kepada banduan berkenaan.

No comments:

Post a Comment