Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Wednesday, 21 March 2012

DAHULU KAYA SEKARANG MISKIN KENAPA?

 

Drp: Ustaz Mohd Khalil

Sekali dengar memang susah nak percaya cerita ini. Cerita apa ? Cerita seorang lelaki anak 4, dulu dia orang kaya, sekarang dah jadi orang susah. Dulu dia kerja kerajaan, kemudian pergi ke swasta dan kemudian buat bisnes sendiri. Waktu dalam kerajaan dan swasta kira dia walaupun belum kaya tapi kira semua cukup. Masa berniaga, dia boleh dipanggil orang kaya atau jutawan.

Siapa dia ini ?

Saya tanya dia mengenai beberapa orang yang dia kenal sebab dia mengaku dia kerja itu. Memang dia kenal orang itu, malah rakan satu pengajian universiti dengannya pun ada. Waktu di swasta, gajinya mencecah 10,000 sebulan. Isteri dia juga kerja kerajaan yang gaji besar juga. Apabila bersara (bukan pencen sebab lelaki ini tidak ada pencen), lelaki ini masuk bidang perniagaan yang serba sedikit ada kaitan dengan kerjanya selama dalam kerajaan dan swasta dulu.

Kalau dikira pengalaman dia, secara kasarnya memanglah kita rasa dia akan berjaya dalam bisnes yang diceburinya. Tapi kemewahannya tidak lama, akhirnya bisnes dia lingkup. Habis semua duit simpanan dan KWSP dia. Bila ditanya, macammana duit itu boleh habis, katanya banyak kena tipu dalam bisnes. Yang tipu ini adalah kawannya sendiri, satu bangsa satu agama juga. Jumlahnya kalau dikumpul-kumpul, angka sudah mencapai angka juta.

Makan Duit Pencen Isteri

Bernasib baik juga isteri ada pencen  1,000 lebih sebulan. Kalau nak ikut macam orang lain, dapat pencen penuh tapi isterinya tak penuh sebab ambil pencen awal. Tapi bila ditolak kos hidup sekarang, kira macam tak ke mana juga. Anak dia 4 orang iaitu 3 sedang belajar di universiti termasuk seorang di luar negara dan seorang sedang sekolah berasrama. 

Dia hanya ada sebuah rumah di KL yang sudah dibelinya lama dulu dan dah habis bayar bank. Itu sajalah rumah yang dia ada, nak dijual tak patut pulak, nak duduk mana nanti. Dia ada satu kereta yang usianya dah belasan tahun, dah habis bayar bank, nak tukar kereta tak mampu.

Anak Belajar Banyak Keluar Duit

Anak 3 orang universiti, seorang sekolah asrama, bukan sikit belanjanya. Setiap bulan ibubapa terpaksa beri pada anak untuk melihat anaknya berjaya dalam pelajaran. Kiranya giliran ibu dan bapa dah selesai, dulu ibu dan bapa belajar sampai universiti juga. Hidup mak bapak senang tapi sekerat jalan saja senang, lepas tu jadi susah pula.

Bukan kata nak beli baju dan seluar baru, nak makan  pun mak bapak tak  cukup sekarang. Namun, hidup ini perlu diteruskan. Ibu dan bapanya banyak habiskan waktunya di masjid berjemaah dan banyak berkawan dengan ustaz-ustaz dan imam-imam. Dia sedar masa muda dan senangnya dulu dia banyak lalai dan alpa.

Isterinya pula selalu bersedih tetapi akhirnya menerima hakikat yang hidup ini adalah seperti putaran roda, ada masa kita ada kuasa dan jawatan. Dan ada masanya kita berada di bawah, orang lansung tak mahu pandang kita. Isterinya jadi seorang yang lansung tak mahu meminta-minta dari orang lain. Pasangan ini tak mahu mintak tolong sana, mintak tolong sini walaupun kawan-kawan satu pengajiannya dulu sekarang jadi orang besar dan hebat. Pasangan ini redha, bahawa kekayaan itu bukanlah jaminan kebahagian hidup yang mutlak.

Pasangan  ini jadi tabah menghadapi liku-liku hidup ini serta banyak berserah kepada Allah menentukan masa depannya. Yang dia mahu lihat sekarang adalah kejayaan anak-anak yang semuanya belajar pandai.

No comments:

Post a Comment