Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Wednesday, 21 March 2012

Hutang negara kini pada paras 53% KDNK


Tinggal lagi 2% pun tidak kritikal?.. Alahai Awang Adek awatlah bangang sangat ni?


Kalau tahap pemikiran pemimpinpun macam ni.. faham-fahamlah ya tahap pemikiran penyokong-penyokong mereka.. sudah tentu lebih berganda lagi Bangangnya..


Hutang negara kita hanya tinggal 2% untuk sama dengan jumlah 55% KDNK yang dibenarkan oleh perlembagaan dia masih boleh kata tidak kritikal..

Takkanlah nak tunggu sama dengan KDNK atau lebih 55% baru nak kata kritikal kot??

Kalau dah gaji dengan hutang sama banyak.. nak hidup macam mana Awang Adek ooiii!!

Apalah nasib rakyat Malaysia dapat Menteri bangang macam ni??

Hutang negara kini pada paras 53% KDNK
Hutang negara belum berada pada tahap kritikal atau membimbangkan, walaupun ia hanya dua peratus sebelum mencecah had pinjaman yang dibenarkan oleh perlembagaan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin.

"Ia tidak berada pada tahap yang kritikal pada masa ini. Had kita adalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita kini cuma berada pada paras 53 peratus. Jadi tidak perlu bimbang tentang hal itu," katanya semasa sesi soalan di Dewan Rakyat hari ini.

Awang Adek menjawab soalan tambahan daripada Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) mengenai apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengawal hutang kerajaan yang semakin meningkat.

Malaysiakini

No comments:

Post a Comment