Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Wednesday, 14 March 2012

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH


Apalah yg dapat diberitahu anak ke sekolah? 
papa semakin parah...? 
wang semakin lelah...? 
jika semalam berlauk,hari ini cuma berkuah... 
kerana kerajaan kita sedang susah...? 
maka subsidi kita terpaksa diserah.. 
jika semalam kau makan sepinggan, 
hari ini makan separuh... 

kerana barang makin angkuh, 
wang papa makin rapuh... 

apa yg dapat dibisik pada anak 
berkopiah ke madrasah...? 
makananmu sayang, 
sebahagiannya sudah hilang.... 
jika mereka bertanya siapa yg bawa lari, 
kepada siapa patut kami tuding jari? 

janganlah nanti mereka membenci pertiwi.... 
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini... 
atau kami jadi insan curang.. 
kami beritahu cuma subsidi shj yg kurang? 
tiada apa yg hilang, 
nanti akan datang wang melayang...

No comments:

Post a Comment