Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Saturday 30 June 2012

Tergamak Cina dan India buat macam ini kepada PAS! anda SETUJU?












 Kenapa mesti pilih DAP

Setelah berlaku Tahaluf Siyasi antara PAS,PKR dan DAP, soalan yang sering ditanya oleh masyarakat ialah bagaimana sekiranya yang bertanding itu calon melayu BN dan DAP cina, jawapannya adalah DAP kerana gabungan antara kita dan DAP atas prinsip yang dipersetujui bersama untuk menentang kezaliman, tidak timbul persoalan cina atau melayu kerana BN juga adalah parti gabungan UMNO, MCA,MIC DLL, dan tidak adil menghukum DAP sebagai Parti Cina kerana keahlian DAP dibuka kepada semua kaum termasuk melayu dan Timbalan DAP Pahang adalah melayu.

Jawapan yang cukup mudah kenapa kita mesti pilih DAP ialah kerana gabungan kita dan DAP tidak sedikitpun menggadai prinsip kita sebagai sebuah Parti Islam, selagimana gabungan ini tidak menyebabkan berlakunya perlanggaran terhadap hukum AllahSWT dan kita masih berada dibatasan halal dan haram maka gabungan ini harus disisi Islam. Gabungan ini paduan Isti'anah antara kita dan mereka untuk menjatuhkan kezaliman. BN pastinya telah terbukti tidak mahu melaksanakan hukum Allah SWT, malahan mereka mempersenda dan menentang habis-habisan perlaksanaan hukum Allah SWT yang kita cadangkan. Saya membuat bandingan
" Kalau sekiranya berlaku pertandingan antara Abu Talib ( kafir yang membantu Nabi SAW) dan Abdullah bin Ubai ( munafik yang mengaku Islam tetapi menentang Nabi) pastinya kita akan mengatakan Abu Talib kerana walaupun ia kafir tetapi bantuannya sehingga Nabi SAW dapat menyebarkan Islam, atas sebab itu DAP mesti menjadi pilihan kita.
 Sambutan tahun baru cina

Sebelum berucap dimajlis sambutan tahun baru cina, seorang cina berumur sekitar 50 thn, perempuan. Dia bertanya dengan agak tinggi kerana isu pada masa tu ialah PAS berhasrat untuk teggakkan hudud apabila dapat memerintah, kenyataan tegas TGNA dan TGHH mungkin menimbulkan sedikit keresahan kerana dia adalah penyokong kita , Ust! saya mahu tanya, apasal itu PAS mahu buat itu Islam, susah lah saya
mahu jawap sama orang cina" lalu saya kata, saya akan jawap bila tiba giliran saya berucap.

Bila saya berucap saya katakan " Kenapa orang cina atau India nak rasa susah bila PAS nak tegakkan Islam, sekarang pun dah ada dua mahkamah, satu mahkamah syari'ah dan satu lagi mahkamah sivil, undang-undang hudud akan masuk dalam mahkamah syari,ah, adakah orang Cina atau India pernah kena hukum dengan mahkamah syari'ah? masing2 menggelengkan kepala", saya bagitau lagi, "Ini undang-undang Islam hanya untuk orang Islam sahaja, orang Cina, orang India jangan takut, Islam takkan hukum orang bukan Islam, macam puasa jugak, macam sembahyang juga, orang Islam sahaja yang kena puasa kena sembahyang, orang Cina dan India tak payah puasa kena sembahyang" . seorang cina bertanya " ustaz, kalau orang cina mencuri tak kena kerat tangan ke?. saya kata " tak, tapi dia mesti kena hukum juga ikut mahkamah sivil, tapi kalau melayu UMNO yang mencuri ke, rasuah ke mesti potong tangan" berderau bunyi tepukan tangan dari tetamu yg sebahagian besarnya orang cina. Habis berucap duduk semula kat cina perempuan tadi " OK ustaz "nice" katanya...fuhh lega.




No comments:

Post a Comment