Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Sunday 10 June 2012

Perokok

 

Aku dulu adalah penghisap rokok tegar yg pernah gagal dalam dua cubaan berhenti merokok. Aku start merokok pada umurku sekitar 17 thn. Waktu tu rokok ganya 1.25 sekotak. Dah tu aku pi OS, lagi murah, cuma 3 quater = 75 sen sekotak. Aku hisap rokok sampai hareganya jadi 3.40 sekotak. Waktu itu aku hisap sekaton seminggu tak masuk sabtu ahad sebab time tu boleh beli sekotak sekotak, ahad baru beli sekatun untuk sampai jumaat. 

Aku berhenti kali pertama atas nasihat doktor, waktu itu aku masuk hospital sakit dada. berhenti tiga bulan mula balik. 

Kali kedua pun sama juga, kali ini balik dari hospital, bini aku mengamok sakan, oklah aku berhenti tapi tak lama. 

Kali ketiga pada tahun 2003, sekali lagi aku masuk sepital, entah apa doktor cakap, aku masih ingat sampai sekarang dan aku dah tak merokok sampai la ni. 

Sekarang ni, kalau aku borak dengan kawan kawan perokok, aku selalu katakan yang ko ni merokok bukan sebab ketagih. Jangan jadi munafik, Kenapa bila bulan puasa boleh pulak tak merokok?. Merokok ini sebenarnya salah satu cara nak menunjukkan ego. Dalam islam sifat ini adalah haram, termasuk dalam bermegah megah dan sombong. Bangga kerana berjaya menghabiskan rm10 sehari semata mata kerana asap rokok?. Bangga bercerita dengan kawan kawan tidak beli susu anak kerana utamakan rokok?. Bangga selepas makan mesti pekena sekurang2nya sebatang?. Tak dapat tidur kerana tak dapat rokok?. Itu semua pembohongan, salah satu sifat munafik. 

Ianya mengambil masa tiga bulan untuk buang ego ini. Bukan diam saja, cucilah perasaan dan hati itu, buangkan ego itu dengan ingat Allah, berzikir dan berserah diri pada Allah, takutkan Allah dengan menjauhi sifat ego itu sendiri, insyaAllah boleh berhenti. 

Sekarang ini aku hairan kenapa ada orang sanggup gunakan RM10 sehari semata mata melayan ego sendiri?. Dengan siapakah yang mereka nak menunjuk?. Apa faedah yang mereka dapat dengan mengurang atau meniadakan belanja untuk orang orang dibawah tanggungjawab kita? Bukan kah itu zalim? Zalim itu kawan syaitan. 

Oleh itu berhentilah. Tidak jadi miskin kalau tak merokok. Tidak hilang kawan kalau tak merokok malah kehilangan kawan yang merokok diganti dengan lebih ramai kawan yang tidak merokok. Merokok itu perbuatan hina bukan sebab ianya telah difatwakan haram oleh sesetengah negara, tatapi hina kerana semata mata nak tunjuk egonya sendiri.

Perokok 2
Zaman dulu2 harga rokok cuma RM2.50. Lepas tu kerajaan yang kononya sayangkan rakyat sebab taknak jadikan rakyat penghisap rokok menaikkan kadar cukai rokok setiap tahun. Boleh kata tiap2 tahun harga rokok naik. Sekarang dah RM10.00 sekotak. Lagi mahal dari makan nasi campur sepinggan. Tapi orang hisap rokok juga. Tak dapat beli sekotak sebab tak mampu, org beli sebatang dua. 

Yang saya risaukan kini banyak rokok di pasaran gelap. Rokok seperti luffman, bola, gudang garam dan beberapa jenama lain yg boleh didapati dengan cuma RM3.00 sekotak. Ramai yg tak mampu beli yang mahal beralih pada rokok jenama murah ini yang kebanyakannya datang dari Indonesia. Saya cuma risaukan tahap kandungan dalam rokok ni. Menghisap rokok dah tentu menjejaskan kesihatan tapi membiarkan rakyat Malaysia terdedah dengan rokok2 dari Indonesia yang kita tak tahu kadar kandungannya juga sangat menakutkan..

No comments:

Post a Comment