Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Monday 4 June 2012

Kerajaan Thailand beri pampasan kepada mangsa keganasan politik

 

yang kena tembak di batu buruk.... Azman dan Swandi cam mana...? 

yang kena belasah di Berish 1.0 cam mana....? 

yang kena belasah di Bersih 2.0cam mana....? 

yang kena belasah di Bersih 3.0 cam mana....? 

yang kena belash di ceramah2 Pakatan Rakyat sejak 1998 macam mana....?
 



BANGKOK - Kerajaan Thailand hari ini menyampaikan pampasan pertama berjumlah lebih 577 juta Baht (RM57.7 juta) kepada 524 mangsa keganasan politik.

Timbalan Perdana Menteri Yongyuth Wichadit berkata penerima pampasan tersebut terdiri daripada 44 kes kematian, enam hilang upaya, 58 kecederaan teruk, 177 cedera dan 239 kes kecederaan ringan.

Kerajaan telah memperuntukkan pampasan berjumlah dua bilion Bath (RM200 juta) bagi 1,521 mangsa keganasan politik yang berlaku antara tahun 2005 dan 2010.

Ia termasuk 104 kes kematian, 34 hilang upaya, 93 kecederaan teruk, 521 cedera dan 769 kes kecederaan ringan.

Kesemua mangsa tanpa mengira fahaman politik sama ada penyokong nasionalis Baju Kuning atau penyokong Baju Merah layak mendapat bantuan tersebut.

Yongyuth berkata pampasan itu boleh membantu meringankan bebanan mangsa dan keluarga masing-masing serta menyumbang ke arah perdamaian negara.

"Saya amat bersimpati dengan kehilangan...tiada sesiapa mahu keganasan berulang," katanya.

Seorang penerima, Janpen Arreepom 46, berkata beliau akan menggunakan pampasan sebanyak 600,000 Baht (RM60,000) untuk perbelanjaan perubatan bagi suaminya serta membeli sebuah rumah kecil.

Suaminya, Kosol Somsak mengalami kecederaan di muka apabila penunjuk perasaan dan tentera bertempur di persimpangan Ratchaprasong pada Mei 2010.

"Saya tidak mahu suami saya menyertai sebarang protes jalanan sekali lagi kerana bimbang tentang keselamatan dan kesihatannya. Bagaimanapun, saya tidak dapat menghalangnya sekiranya dia mahu kerana beliau suka menyertai aktiviti seperti itu," katanya


No comments:

Post a Comment