Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Monday 4 June 2012

Keputusan Kes Batu Burok: Azman dan Suwandi tak bersalah

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini membebas dan melepaskan mangsa tragedi tembakan polis di Batu Burok yang berlaku pada 8 September 2007, lima tahun lalu. 

Kedua-dua tertuduh, Muhammad Azman Aziz, 26, dan Suwandi Ab. Ghani, 43, dibebas dan dilepaskan oleh mahkamah setelah pihak peguam belanya berjaya mewujudkan keraguan dalam perbicaraan tersebut. 

Selain Azman dan Suwandi, dua lagi tertuduh di bawah Sesyen 27(5)(a) Akta Polis iaitu Hisham Aziz@Abdul, 43, dan A.Rahman Abdullah, 67, turut dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu. 

Hakim Mahkamah Sesyen, Tuan Mohammad Khalid Haji Ab. Karim membaca keputusan perbicaraan tersebut pada jam 10.15 pagi serta disambut dengan laungan takbir para hadirin. 

"Hari ini mahkamah memutuskan kamu, Muhammad Azman Aziz dan Suwandi Ab.Ghani yang didakwa di bawah Seksyen 149 Kanun Keseksaan dibebas dan dilepaskan setelah pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan. 

"Mahkamah juga membebaskan Hisham Aziz@Abdul dan A.Rahman Abdullah yang dituduh di bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis," ujarnya ketika mengumumkan keputusan tersebut. 

Sebelum ini, Suwandi dan Azman dituduh bersama 18 orang yang lain pada 8 September 2007, jam 11.40 malam di tempat letak kereta Hotel Permai Inn, Jalan Sultan Mahmud kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang. 

Polis yang bertugas ketika menyurai perhimpunan tersebut iaitu Wan Aziz Wan Omar (RF143706) telah melepaskan tembakan peluru hidup hingga hampir meragut nyawa Suwandi dan Azman. 
 
Mereka berdua dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan pembedahan bagi mengeluarkan peluru hidup dilakukan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu. 

Harakah difahamkan, seramai 350 anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan bagi mengawal keadaan dengan melepaskan gas pemedih mata serta tembakan meriam air terhadap orang awam. 

Ketua Polis Terengganu ketika itu, Datuk Ayub Yaakob telah menahan reman seramai 23 orang yang terlibat dengan insiden berkenaan. 

Hadir sama memberi sokongan moral, Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali, Ketua Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Ketua Pemuda PAS Marang, Mohammad Khalil Abdul Hadi bersama lebih 50 orang ahli keluarga dan orang ramai. 

Admin: dop bersalah ok lepas.. kes tembak tu guaner pulok? 
polis tu dop bersalah gok ker??
Ambil tindakan undang2 keatas anggota polis terbabit dan ketua polis negeri agar ianya dijadikan teladan kpd anggota2 polis yg lain supaya tidak mudah melepaskan tembakan keatas orang awam yg tak bersenjata. Disusuli pula dgn saman dlm bentuk wang ringgit, kesakitan atau penderitaan, malu kerana sudah pasti jiran lihat polis bawa tertuduh dlm kereta polis dan beranggapan bahawa tertuduh telah melakukan jenayah, teladan.

No comments:

Post a Comment