Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Saturday 16 June 2012

Bicara Hijrah Artis Bersama Abby Abadi dan Ustaz Yusof Embong

16 Jun 2012 Sabtu jam 3 petang di SKJ. Kemunculan artis Abby Abadi yang berkongsi pengalaman bersama Ustaz Yusof Embong di dalam Surau Kampung Jaya yang turut hadir Tuan Haji Hanafiah selaku Pengarah Dun Chukai memberi satu fenomena baru bagi jemaah. Yang mana selalunya surau ini di isi dengan ustaz-ustaz yang berbagai latar belakang pengajian pondok dan Universiti dalam dan luar negeri. Tetapi satu pendekatan yang baru bagi SKJ untuk memenuhi citarasa golongan ibu muda dan remaja masa kini dengan program santai didalam surau. Bersama artis yang telah berubah dengan memberi tip-tip dan satu gambaran baru bahawa mereka-mereka ini memerlukan kita semua untuk bersama-sama berubah menjadi insan mulia disisi Allah S.W.T. 
Dengan kehadiran masyarakat setempat yang memberi sokongan moral kepada artis. Di anggarkan sekitar 500 orang yang hadir.
kehadiran muslimat yang memenuhi ruang utama solat seawal program bermula. 
Kehadiran Tuan Haji Hanafiah selaku pengerusi program yang memberi satu hajat untuk kita sama-sama berubah dalam PRU13 nanti bagi menegakkan hukum hudud dalam negeri Terengganu dan negara Malaysia. 
Bagi penilai penulis, Puan Abby Abadi perlu bersama golongan ustaz dan alim ulama lebih kerap lagi bagi tidak tergelincir daripada landasan serta batas-batas agama apabila bercakap. Kekosongan ilmu agama yang akan memberi ruang kepada fitnah serta godaan nafsu serta suka tonjol apa yang tidak sepatutnya apabila bercakap. Maka berhati-hatilah dalam percakapan. Dan kepada ustaz, apabila seseorang artis yang bercakap pastikan tidak tersasar dan cuba kemudikan supaya tidak menimbulkan suasana yang akan dianggap gossip Melodi. Jika artis berkenaan tergelincir atau tersalah cakap semasa program berlangsung mohon kepada ustaz-ustaz pembetulkan selalu dihadapan jemaah. Jangan adakan unsur-unsur fitnah berlabuh. Sebab artis-artis kita ini perlukan bimbingan. 










Gambar sekitar program bersama artis. Terima kasih kapada yang terlibat. Kita tunggu 7.7.2012 malam sabtu jam 7.30 untuk program Forum Perdana bersama artis iaitu Sham Kamikaze, Ustaz khairul Ikhwan dan Ustaz Suhaimi Md Saad bertempat di SKJ.

No comments:

Post a Comment