Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Sunday, 1 April 2012

MALAYSIA MERDEKA TAHUN BILA BOS?


YAN - Hukuman ringan ke atas pesalah kes-kes moral tidak harus dilihat dari aspek hukuman itu saja, tetapi pada keperluan memberi kaunseling pada pesalah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini. 

Sehubungan itu, katanya, Jabatan Agama Islam Negeri wajar mengambil pendekatan memberi kaunseling kepada mereka yang terlibat kegiatan yang merosakkan moral dan maruah diri supaya dapat dijadikan pengajaran. 

Beliau mengulas isu denda RM25 dikenakan Mahkamah Majistret Seremban terhadap tiga wanita beragama Islam yang melakukan aksi menari tiang baru-baru ini. 

"Harapan kita masyarakat umat Islam tidak terjebak dalam perkara seperti ini," kata Jamil kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Peringatan Hari Antidadah Peringkat Negeri Kedah di Sekolah Kebangsaan Sungai Dedap dekat sini. 

Khamis lepas, tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh mahkamah berkenaan selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan 
melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai pada 24 Mac. 

Mereka didenda mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM25 atau penjara maksimum 14 hari. – Bernama
Admin: Merdeka 1957… jadi akta ini sebelum merdeka lah… hancurlah manusia kalau guna otak tidak kearah Islam.

No comments:

Post a Comment